Total Pageviews

17 December 2020

Kriteria Pemilihan Pakej STEM Ke Ting 4 /2021

 


Hari ini saya nak kongsikan mengenai format pemilihan aliran ke tingkatan 4 tahun 2021. Maklumlah tiada pt3 , maka cadangan ada yang mengambil peperiksaan akhir tahun ting 2 sebagai ukuran dan ada yang mencadangkan gabungan dengan peperiksaan akhir tahun ting 2, dan ujian -ujian yang diadakan sewaktu di tingkatan 3 . 

Jadi mari kita tengok satu satu terutama pemilihan aliran ke pakej STEM A dan STEM B .


Antara Cadangan oleh PPD Bangsar Pudu WPKL sewaktu taklimat. Refer pada skrin di atas. Terutama pemarkahan untuk peperiksaan atau ujian. 


Kriteria pertimbangan professional untuk murid layak atau tidak ke STEM A atau B



 SKOR PENILAIAN BILIK DARJAH (PBD)  
PBD (Penilaian Bilik Darjah) memberi autonomi kpd guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan murid. Ia membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. 
Band 6 paling terbaik kerana murid mampu menzahirkan idea yg kreatif dan inovatif, berupaya membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yg sesuai dan bertatasusila.  Oleh itu  minimum band 4 diperlukan untuk Sains ,Math, ASK atau RBT kemasukan ke pakej STEM bagi mata pelajaran Sains Tulen dan Matematik Tambahan serta Sains Gunaan Dan Teknologi.





TRAIT PSIKOMETRIK MINAT KERJAYA

Trait Investigatif adalah yang terbaik dalam 3 kod Holland Inventori Minat Kerjaya yang diperolehi untuk psikometrik. Anda perlu mempunyai trait investigatif dalam 3 kod Holland : Cth:  IAS, RIA, SAI

Investigatif: Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

Keputusan Psikometrik
Trait R realistik adalah terbaik dalam kod 3 Mata Holland Inventori Minat Kerjaya kerana suka bekerja dengan persekitaran mesin atau benda.
Realistik : Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan.

Konvensional : Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan.  
 

Inventori Kecekapan Pelbagai 

Skor pada setiap kotak yang mewakili konstruk tertentu membawa maksud konstruk tersebut adalah tinggi untuk 75% hingga 100% , sederhana 50% hingga 74% , dan rendah iaitu 0 hingga 49%.

Bagi Inventori Kecekapan Pelbagai skor yang tinggi pada:

Logik Matematik

Suka bekerja dengan nombor, menganalisis situasi,hendak tahu bagaimana sesuatu itu berfungsi,menunjukkan ketepatan dalam menyelesaikan masalah, bekerja dalam situasi yang memerlukan penyelesaian yang tepat


Boleh rujuk link entri blog saya tahun lepas mengenai pemilihan pakej. cabaran dan kekuatan setiapakej. Klik link di bawah

Tq Kelab Guru  2020 souvenier end year                                                                                                                                   1)beg cantik ada tulisan Nurhaiza Che Mat                                                                                                2) Kek coklat dan cookies yang delicious                                                                                                    3) 2 tupperware pink  buat bekal tahun 2021 uhuk..uhuk                                              





2 comments:

Suhaila said...

ASSALAMUALAIKUM PUAN,

Boleh share info berkenaan program orientasi Tingkatan 1 2021?

Guru Kaunseling Nurhaiza Che Mat said...

Waalaikummussalam

Kami menggnakan live youtube sepanjang 3 hari dijalankan