Penggal kedua persekolahan dan kadar murid ke sekolah datang lewat semakin menurun dengan adanya perubahan SOP yang baru berbanding tahun 2017. Program ilham dari Penolong Kanan HEM yang baru dan nama TOPAZ diilhamkan oleh saya.
Mengapa saya memilih nama TOPAZ kerana ia singkatan dari
TO:Total
P: Penguatkuasaan
AZ: A hingga Z yang bermaksud menyeluruh
Analogi batu permata topaz memberikan karisma kepada pemakainya. Sejarah Yunani menyebut batu permata ini jika dipakai dalam peperangan menghasilkan keberanian kepada diri. Oleh itu analoginya bagi murid kita, karisma yang tinggi jika mereka berani berubah sikap dalam menjauhi masalah disiplin di sekolah mahupun dalam kehidupan seharian.
Memandangkan program ini sudah masuk ke penggal kedua, maka pemenang bagi kelas terbaik Anugerah TOPAZ ini untuk kelas yang tidak pernah ada murid lewat bagi bulan tertentu dan anugerah butterfly yang diuruskan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling untuk kes murid lewat tegar hingga 10 kali hadir lewat pada 4 bulan pertama persekolahan tetapi sudah berubah ke positif dengan pengurangan lewat malahan ada yang tidak pernah lewat langsung semasa penggal kedua.
Bagi anugerah kelas TOPAZ ialah 5 Alpha, 5 Gamma dan 4 Al Farabi kerana ada satu bulan yg tiada murid lewat langsung dari kelasnya.
Bagi anugerah kelas TOPAZ ialah 5 Alpha, 5 Gamma dan 4 Al Farabi kerana ada satu bulan yg tiada murid lewat langsung dari kelasnya.
TOPAZ: TOTAL PENGUATKUASAAN OPERASI LEWAT
KE SEKOLAH
PROGRAM MENANGANI KEHADIRAN MURID
LEWAT KE SEKOLAH
SMK CHERAS, KUALA LUMPUR.
1.0 PENGENALAN
Program ini bertujuan untuk
membendung gejala datang lewat daripada terus berleluasa. Gejala datang lewat merupakan
salah satu fokus utama yang berkaitan dengan salahlaku murid di sekolah kerana
kekerapannya yang semakin meningkat. Jika tidak dibenteras, masalah ini akan
membawa kesannegatif kepada murid, keluarga dan sekolah. Murid akan hilang
sikap bertanggungjawab, suka berbohong, berdolak dalik dan yang lebih buruk
lagi murid akan bersikap menentang. Murid sebegini akan ketinggalan dalam
bidang akademik danmungkin boleh menjerumuskan mereka ke dalam kegiatan negatif
yang lebih buruk lagi. Hal ini akan menjejaskan pencapaian sekolah dalam semua
bidang.
2.0 MATLAMAT
Program ini perlu diberi penekanan supaya masalah dating
lewat dapat diatasi disamping menghindari pelbagai masalah disiplin yang lain.
Program ini juga dirancang untuk membentuk budaya cemerlang dan menjana
prestasi murid yang gemilang dalam bidang sahsiah, akademik dan kokurikulum.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memastikan jumlah murid datang lewat kesekolah
berkurangan.
3.2 Memberi kesedaran kepada
murid supaya mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
3.3Membentuk budaya sekolah yang cemerlang danmelahirkan
murid yang berdisiplin.
4.0 DEFINISI
Datang lewat boleh ditakrifkan sebagai tiba di sekolah
selepas waktu yang ditetapkan oleh pengurusan sekolah iaitu selepas jam 7.30
pagi. Datang lewat dikategorikan kepada dua iaitu
4.1 Datang lewat yang dirancang
4.2 Datang lewat yang tidak dirancang
5.0 SASARAN
Semua murid SMK Cheras
6.0 TEMPAT, MASA DAN AKTIVITI
Tarikh :
Januari – November 2018
Hari :
Isnin – Jumaat
Masa : 7.30 pagi
Tempat :
SMK Cheras
Hari
|
Masa
|
Aktiviti Murid Islam
|
Tempat
|
Aktiviti Murid
Bukan Islam
|
Tempat
|
Isnin - Khamis
|
7.30-8.00 pagi
|
Solat Dhuha
|
Surau
|
Kerja Amal
|
Sekitar Kawasan Sekolah
|
Jumaat
|
7.30-8.00 pagi
|
Bacaan Yasin
|
Dewan
|
Aktiviti Peningkatan
Sahsiah
|
Tapak Perhimpunan
|
Isnin- Jumaat
|
Selepas 8.00 pagi
|
Tindakan pengawas, guru
disiplin dan kaunselor diambil alih oleh pengawal keselamatan.
|
7.0 KPI
(IndikatorOutputdanOutcome)
Output
|
Menangani masalah kehadiran lewat ke sekolah dengan
penurunan kadar lewat ke sekolah
|
Outcome
|
Membentuk budaya hidup yang cemerlang dan melahirkan
insan yang berdisiplin
|
8.0 Implikasi Kewangan
TINGKATAN
|
ANGGARAN
PERBELANJAAN
|
SUMBER
KEWANGAN
|
|
1
|
RM10 X 3 X 10
|
RM300.00
|
SUWA
|
2
|
RM10 X 4 X 10
|
RM400.00
|
|
3
|
RM10 X 9 X 10
|
RM900.00
|
|
4
|
RM10 X 10 X 10
|
RM1000.00
|
|
5
|
RM10 X 9 X 10
|
RM900.00
|
|
JUMLAH
|
RM3500.00
|
9.0 Ahli Jawatankuasa
JAWATANKUASA KHAS MENANGANI KEHADIRAN MURID LEWAT KE SEKOLAH
Pengerusi :
Pn Hjh Kamariah Bt Abu (Pengetua)
Timbalan Pengerusi :
Pn Nor Azlinda Bt Hasmunih (PK HEM)
Naib Pengerusi :
Cik Lee Swee Ching (PK Tadbir dan Kurikulum)
Naib Pengerusi :
Pn Maznah Bt Musa (PK Kokurikulum)
Setiausaha :
Pn Rozinani Bt Awang (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Penyelaras :
En Mohd Noor B Mat Deris (Ketua Guru Disiplin)
AJK :
1. Guru Bertugas Mingguan
2. Guru Disiplin
3. Guru Kaunseling
4. Guru Pengawas
5. Guru Pemantau Aktiviti
6. Pengawas
7. Guru Tingkatan
8. Pengawal Keselamatan
9.1 AgihanTugas
Bil.
|
Ahli Jawatankuasa
|
Tugas
|
1.
|
Guru Bertugas Mingguan, Guru Disiplin, Guru Pengawas dan Pengawas
(Pintu Pagar)
|
- Guru
bertugas memantau dan memberi
amaran
secara lisan kepada murid lewat.
- Pengawas
mencatat tarikh murid datang
lewat
kesekolah ke dalam fail rekod murid
datang
lewat.
-
Memaklumkan aktiviti, tempat dan guru
bertugas.
|
2.
|
Guru Disiplin
|
- Mengambil tindakan disiplin
mengikut
prosedur yang telah
ditetapkan.
|
3.
|
Guru Pemantau Aktiviti
|
- Memantau
dan memastikan murid lewat
melaksanakan aktiviti yang telah ditetapkan.
|
4.
|
Pengawal Keselamatan
|
- Memastikan
murid datang lewat selepas
jam 8.00
pagi menulis nama dalam buku
yang
disediakan.
-
Mengarahkan murid ke pejabat untuk
mendapatkan slip kehadiran lewat.
-
Menyerahkan senarai nama kepada Ketua
Guru
Disiplin.
|
5.
|
Kaunselor
Puan Rozinani Bt Awang
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
|
- Mengambil
tindakan terhadap murid-murid
yang
dirujuk ke UBK.
-
Menguruskan ganjaran untuk murid kategori
butterfly individu dan kategori kelas terbaik sahsiah murid awal ke sekolah.
|
PROSEDUR
KENDALIAN STANDARD TOPAZ
KES
LEWAT
|
TATACARA
TINDAKAN
|
TINDAKAN
|
Lewat sebelum jam 8.00 pagi
|
- Memberi amaran secara lisan
- Mengenalpasti nama murid
yang datang
lewat 10 kali atau lebih.
- Murid akan dirujuk kepada
guru
bimbingan dan kaunseling
untuk tindakan
kaunselor.
- Siasatan dilakukan oleh
guru disiplin dan
kaunselor sama ada lewat kategori yang
tidak dirancang atau dirancang.
- Surat Amaran 1, 2 dan 3
akan dihantar
untuk makluman ibu bapa.
- Tindakan gantung sekolah
selama 2 hari
akan diambil setelah
perjumpaan dibuat
oleh guru disiplin dan
murid yang telah
menerima Amaran ke 3.
- Merekod data lewat dan
tindakan dalam
SSDM.
|
Guru Bertugas Mingguan
Guru Disiplin
Guru Pengawas
Pengawas
Kaunselor
PK HEM
|
Lewat selepas jam 8.00 pagi: (Lelaki)
|
- Murid lewat 3 kali akan dirujuk ke
kaunselor kali pertama.
- Lewat 6 kali akan dirujuk ke kaunselor
kali
kedua.
- Lewat 7 kali akan dikenakan tindakan
rotan 1 kali dan Surat Akur Janji
- Kes berulang akan dikenakan rotan 2 dan
3 kali.
- Panggilan telefon kepada ibu bapa
untuk
sesi perbincangan
- Gantung sekolah selama 2 hari
|
Pengawal Keselamatan
Guru Disiplin
Kaunselor
PK HEM
|
Lewat selepas jam 8.00 pagi: (Perempuan)
|
- Surat Akur Janji dan Surat Amaran
merujuk kepada kes datang lewat
sebelum pukul 8.00 pagi
(Amaran 1 : 2 kali lewat)
- Murid akan dirujuk kepada
guru
bimbingan dan kaunseling
untuk tindakan
kaunselor.
- Panggilan telefon kepada ibu bapa
untuk
sesi perbincangan selepas Amaran 3
- Gantung sekolah selama 2 hari
|
Pengawal Keselamatan
Guru Disiplin
Kaunselor
PK HEM
|
10.0 Kaedah Pemantauan
10.1 Intrumen Penilaian Program
10.2 Borang Post Mortem
10.3 Rekod Keberkesanan Program
11.0 Penutup
Operasi murid datang lewat
kesekolah dapat membantu pihak sekolah meningkatkan tahap disiplin dan
seterusnya dapat membentuk budaya cemerlang serta meningkatkan prestasi pelajar
dalam aspek sahsiah, akademik dan kokurikulum.
Disediakanoleh:
...............................................
(NOR
AZLINDA BT. HASMUNIH)
PK HEM
SMK Cheras
Ulasan :
Diluluskan / Tidak diluluskan:
………………………………………………
(HJH
KAMARIAH BT ABU)
Pengetua
SMK Cheras
Tarikh:
Good news
After bad news
After bad news