Total Pageviews

4 September 2018

Kelab Remaja : Jaringan Pintar UBK dan Klinik Kesihatan



Morning Tuesday!
Hari ini mendapat jemputan menyampaikan ceramah kpd peserta yang terlibat dalam Sambutan Hari Belia dan Perasmian Kelab Remaja Klinik Kesihatan Cheras dan SMK Cheras. 

Yang menjadi satu catatan sejarah ialah Kelab Remaja Klinik Kesihatan Cheras yang baru ditubuhkan tahun ini oleh pihak klinik kesihatan cheras. Oleh kerana saya dan Dr Nazeerah sudah terlibat dgn smart partnership ini dari tahun 2015 dan 2016 lagi untuk program remaja kesihatan mental di sekolah, maka tidak menjadi masalah untuk meneruskan kolaboratif ini untuk tahun 2018. 

Kolaboratif yg memberikan win win mencapai KPI masing masing dalam meningkatkan amalan perkhidmatan samaada untuk pihak UBK malahan untuk Klinik Kesihatan Cheras juga. 

Peserta Kelab Remaja saya ambil dari peserta Kelab Kerjaya saya. Maka perjumpaan ahli Kelab Kerjaya saya pada hari Rabu sebanyak 12 perjumpaan bergabung dgn aktiviti dari Klinik Kesihatan Cheras dgn aktiviti bersama doktor perubatan, pegawai fisioterapi, pegawai nutrisi untuk kepelbagaian aktiviti yg menarik minat murid menyertai aktiviti kokurikulum. 

Maka hari ini pelancaran perasmian Kelab Remaja, senamrobik, persembahan sketsa dan silat oleh ahli Kelab Remaja SMK Cheras, ceramah saya Kesihatan Mental Di Sekolah, ceramah sexual reproductive oleh doktor, cabutan bertuah, penyampaian sijil kepada semua ahli, penyampaian sijil penyertaan kpd sekolah dan jamuan makan  

Yang menariknya mengenai jaringan pintar ini ialah saya mudah mendapatkan maklumat dan nasihat dari doktor perubatan sendiri di hujung jari dan jika ada masalah kesihatan mental murid saya yang melibatkan psikoterapi atau prosedur merujuk murid dengan doktor perubatan dengan lebih efektif.  Jom like facebook Kelab Remaja https://www.facebook.com/Kelab-Remaja-Klinik-Kesihatan-Cheras-2464477956913882/q untuk info terkini. 

Anda boleh menyaksikan tayangan video multimedia aktiviti yg telah dijalankan oleh murid SMK Cheras yg terlibat sebagai ahli kelab ini untuk program tahun ini.
https://www.facebook.com/2464477956913882/videos/490759438058824/


Kera dihutan disusukan
Anak sendiri kelaparan
Quote of yesterday :)

Persembahan sketsa

Perasmian progran

Senam robik

Cabutan bertuah

Persembahan silat

Perasmian program



Cenderamata untuk persembahan sketsa

AJK Klinik Kesihatan Cheras

Cenderamata utk sekolah kpd Pn Rozinani
Selaku guru penasihat kelab






Penyampaian sijil ahli Kelab Remaja


















Ceramah Kesihatan Mental Remaja

Cenderamata untuk penyampaian slot
Kesihatan Mental Sekolah


No comments: