Terbang ke Alor Setar Kedah untuk taklimat kepada peserta guru bimbingan dan kaunseling di Perlis bagi modul Serlahkan Keunggulan Diri Anda iaitu modul SUDI untuk menangani masalah murid berisiko keciciran sekolah.
Memandangkan saya antara panel pembina modul untuk sekolah menengah, maka Bhgn Pengurusan Sekolah Harian meminjam khidmat 4 panel pembina modul iaitu saya dan Kak Julia sebagai fasilitator modul sekolah menengah manakala Harriani dan Shafawati fasilitator modul sekolah rendah.
Saya ditugaskan slot khas iaitu mengisi borang penilaian impak program intervensi murid berisiko cicir dan bagaimana dari dapatan impak itu satu penulisan kajian tindakan dapat dihasilkan.
BORANG PENILAIAN IMPAK
PROGRAM INTERVENSI MURID BERISIKO CICIR
BAHAGIAN
A : MAKLUMAT DEMOGRAFI
NAMA
SEKOLAH : SMK CHERAS
KOD
SEKOLAH :
WEB 0210
LOKASI
: JALAN YAAKOB LATIFF, BANDAR TUN RAZAK, CHERAS, KL
NEGERI
: WPKL
NO
TELEFON SEKOLAH: 03-91318517
BAHAGIAN
B: MAKLUMAT PROGRAM
NAMA
PROGRAM : SPOT (SISTEM PEMANTAUAN ORANG TERTENTU)
KUMPULAN
FOKUS: MURID BERISIKO KECICIRAN SEKOLAH
TEMPOH
PERLAKSANAAN: 3 BULAN ( atau anda boleh menulis tarikh cth 1 Ogos hingga 20 September)
JUMLAH
MURID BERISIKO CICIR TERLIBAT: 12 ORANG ( atau jumlah yg telah diintervensi iaitu 40/65 org)
a)
Isikan pada ruangan yang disediakan di bawah:
Strategi
|
Menurunkan
kadar ponteng sekolah melalui intervensi kaunseling
|
Komponan
#Ada 4 fokus isitu sahsiah, disiplin, kerjaya dan psikososial Jika murid sederhana ramai tetapi jatuh sedeehana sebab skor akademik yg teruk tetapi kehadiran baik, maka boleh guna komponen kerjaya sbg cth. |
Fokus
Peningkatan Disiplin
|
Aktiviti
|
1)
LDK melalui modul Hati Ke Hati dan
Minda Sihat
2)
Kawalan kad SPOT
3)Talian
Kasih
|
Faktor
Risiko Yang Di Atasi
|
Ponteng
kelas, ponteng sekolah, salah laku
|
Keberkesanan
|
Contoh:
% kehadiran murid
ke sekolah meningkat
Peningkatan
15% kehadiran murid ke sekolah berbanding sebelum program.
% salah laku
menurun
Penurunan
1% salah laku di sekolah oleh murid sasaran
Pencapaian akademik
yang meningkat
5
murid sasaran telah lulus semua subjek
atau
3
murid sasaran telah meningkat bilangan subjek lulus
|
b)
Sila berikan pandangan berdasarkan soalan di bawah:
Berikan
cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi isu keciciran murid di sekolah.
Konsultasi
ibu bapa dua kali seminggu sekali melalui Talian Kasih
-
Disemak
oleh, Disahkan
oleh,
(PK
HEM) (Pengetua)
KAJIAN
TINDAKAN
PROGRAM
SPOT THE BUTTERFLY
OLEH
NURHAIZA BT
CHE MAT
GURU
KAUNSELING SMK CHERAS
1.0 REFLEKSI YANG LALU
SMK
Cheras merupakan sebuah sekolah harian biasa yang mempunyai peratus kehadiran
yang rendah iaitu 89% pada tahun 2017. Murid sekolah ini sahaja
purata 20 -30 murid dibuang sekolah setiap tahun dan Ini meningkatkan lagi kes
keciciran murid di sekolah.
Unit
Bimbingan Dan Kaunseling menganjurkan projek SPOT berdasarkan teori tingkah
laku Skinner pada awal tahun lagi untuk memantau murid yang ponteng tegar
dengan penggunaan kad SPOT. Oleh kerana itu, projek SPOT ini menjadi salah satu
dari aktiviti di bawah kategori Butterfly. Terdapat 3 kriteria dalam projek
SPOT iaitu memantau ponteng sekolah dan ponteng kelas, memantau kehadiran ke
sekolah sama ada lambat atau tidak dan memantau salah laku murid. Murid
dipantau dengan penggunaan kad SPOT oleh guru kelas, guru subjek, guru disiplin
dan guru kaunseling sendiri.
Murid – murid SPOT ini akan diberi pengiktirafan kepada
murid yang bermasalah disiplin tetapi atas daya usaha dan bimbingan yang diberi
dapat menonjolkan imej diri yang baru dan positif serta disenangi oleh
rakan-rakan dan guru-guru. Penilaian untuk murid
dalam kategori ini dibuat setiap tiga bulan berdasarkan
kriteria-kriteria iaitu penurunan kes ponteng sekolah dan kelas, penurunan kes
lewat ke sekolah dan penurunan kes salah laku disiplin.
2.0 Fokus Kajian
Fokus
Kajian adalah terhadap 12 murid berisiko tinggi keciciran sekolah
yang
pernah dibuang sekolah.
3.0 OBJEKTIF
Di akhir program,
a)
Peningkatan kehadiran murid ke sekolah melalui pemantauan tingkah laku murid secara maksimum dengan penggunaan kad
SPOT
b)
Peningkatan tingkah laku positif melalui ganjaran kepada murid yang telah menunjukkan
perubahan yang baik dalam sahsiah mereka
4.0 KUMPULAN SASARAN
12 murid yang mempunyai masalah kehadiran ke sekolah
dari sekolah lain yang masuk ke SMK
Cheras
5.0 PERLAKSANAAN
5.1 TINJAUAN
MASALAH
Peningkatan
kemasukan murid yang dibuang sekolah dari sekolah lain ke SMK Cheras dan bilangan murid yang pernah
dibuang sekolah dan menerima surat amaran meningkatkan aduan guru
terhadap salah laku.
5.2 ANALISIS
TINJAUAN MASALAH
Data tahun sebelum atau data bulan
Januari – Mac yang menunjukkan masalah dari
laporan guru, buku kawalan kelas, atau apa sahaja
5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN :
BIL
|
AKTIVITI
|
TINDAKAN
|
1
|
Murid mendaftar masuk
|
Penyelaras tingkatan
|
2
|
Sesi kaunseling murid
|
Guru kaunseling
|
3
|
Sesi konsultasi ibu bapa
|
Guru kaunseling
|
4
|
Menyerahkan surat aku janji murid SPOT kepada murid
|
Guru kaunseling
|
5
|
Menyerahkan surat makluman kepada ibu bapa mengenai
SPOT
|
Guru kaunseling
|
6
|
Guru kaunseling menyerahkan nama murid kepada guru
disiplin dan guru tingkatan
|
Guru kaunseling
|
7
|
Guru kaunseling menyerahkan kad SPOT berwarna merah
|
Guru kaunseling
|
8
|
Murid perlu mendapatkan tandatangan daripada ketua guru
disiplin/ guru kaunseling pada masa 1 selama sebulan
|
Guru disiplin
|
9
|
Murid perlu mendapatkan tandatangan pada setiap guru
subjek selama sebulan
|
Guru mata pelajaran
|
10
|
Guru subjek bebas mencatat apa sahaja dalam buku
catatan sama ada lewat masuk kelas, tidak menyiapkan latihan, atau tidur
dalam kelas, atau memuji murid kerana menyiapkan buku latihan.
|
Guru subjek
|
11
|
Guru kaunseling akan meletakkan nama murid sebagai
murid SPOT dalam buku kawalan kelas untuk pemantauan bersama guru mata
pelajaran
|
Guru kaunseling
|
12
|
Perjumpaan sebulan sekali bersama pentadbir dan
kemajuan sahsiah dan disiplin murid bersama maklum balas dari kad SPOT
|
Pengetua/PK HEM/ PK Petang
|
13
|
Murid yang dipantau selama sebulan akan diberikan
status berikut untuk bulan berikutnya:
Kad merah:
jika tidak
berpuas hati dengan kehadiran, lewat atau masalah salah laku murid
Kad kuning:
Jika terdapat perubahan yang lebih baik dari aspek
kehadiran, lewat atau masalah salah laku
Kad hijau:
Kehadiran ke sekolah yang cemerlang dan lewat ke
sekolah kurang 3 kali sebulan dan tiada masalah salah laku.
Intervensi kaunseling dalam bentuk LDK
|
Guru kaunseling
|
14
|
Follow up dengan ibu bapa murid SPOT bagi kes kad merah
yang berterusan dan talian kasih
|
Guru kaunseling
|
15
|
Ganjaran berbentuk sijil dan hadiah iringan setiap 3
bulan akan diberikan kepada murid yang menerima kad kuning atau kad hijau
sahaja.
|
Setiausaha HEM
|
5.4 PERLAKSANAAN
TINDAKAN DAN IMPAKNYA
% kehadiran murid ke sekolah
meningkat
% pencapaian akademik
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Konsultasi ibu bapa dua kali seminggu sekali melalui
Talian Kasih
Morning Perlis
Pulut ikan manis
Pulut ikan manis
2 comments
TERIMA KASIH CIKGU ATAS BIMBINGAN
DARIPADA
CIKGU NAGENDRAN
SJKT SARASWATHY
KEDAH
Sama -sama Cikgu Nagendran