Total Pageviews

2 December 2020

e-rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling : Soalan lazim


Minggu lepas penataran dengan JU Kebangsaan iaitu Aisyah dari Johor untuk belajar tentang sistem erekod perkhidmatan kaunseling. Isnin lepas bersama -sama JU Negeri pula buat simulasi untuk sistem ini agar dapat ditaklimatkan secara lancar kepada daerah masing masing.

Selaku Timbalan pengerusi MGKKL maka saya kena masuk mendengar semua taklimat dari kebangsaan ke negeri, dari negeri ke daerah huhu maka fahamlah apa yang boleh dilakukan dengan sistem ini. Oleh kerana saya juga emnggunakan sistem erekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling , maka cepat hadam klik sana sini. Cuma sistem erekod yang diperkenalkan oleh Johor ini lagi advance merangkumi semua wrap sekali dengan dua sistem yang saya gunakan iaitu edashboard kaunselor sekolah, epsikometrik dan erekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

saya susun di sini soalan soalan lazim untuk saya check balik 

Soalan-soalan lazim

1. Adakah Buku Rekod lama tidak lagi digunakan selepas sistem ini digunakan?
* tidak perlu beli buku rekod selepas ini. Sistem ini akan dikuatkuasakan pada tahun 2021.


2. Adakah kod klien akan berubah pada tahun berikutnya? 
* kod klien akan tetap sama untuk tahun semasa. Tahun hadapan jika klien yg sama akan ada kod yang baharu.
No. Klien akan di update mengikut turutan klien
Individu=ki01
Kelompok=kk01
Kod seperti berikut dijana : KI/01/bidang fokus


3) Data psikometrik 2020, bila masuk tahun 2021 ke mana?
Data tahun semasa sahaja tetapi data sebelum ini akan disimpan 

4) Rekod guru di sekolah lama boleh diakses oleh GBK baru ?
 Rekod guru sek lama akan disimpan dalam  satu pangkalan data 
Rekod untuk sekolah sahaja dan data tentang bilangan sesi dan semua rekod terpakai untuk sekolah lama sahaja, apabila GBK berpindah maka data di sekolah baru tidak bersambung dengan perkhidmatan GBK di sekolah lama.


5). Adakah LPBK perlu diisi dan dihantar untuk tahun ini?
* untuk tahun ini gbk perlu isi tapak excel macam biasa. Ketua akan kumpul semua LPBK sekolah masing-masing dan masukkan maklumat dalam data LPBK sementara dalam sistem sepkm. Sila tunggu surat.

6. Di bahagian program Ziarah Cakna, adakah semua GBK perlu mengisi atau salah seorang sahaja?
* Salah seorang sahaja. Kalau ada 2 atau lebih GBK yg pergi, GBK seorang lagi boleh isi di bahagian program. Kalau dalam sehari ada dua buah rumah, jika GBK ada 2 orang. Masukkan data, 1 rumah 1 GBK
*Jika murid sudah berpindah dari sekolah, dan tiada lagi nama dalam data APDM maka tidak perlu key in

7. Adakah laporan boleh dijadikan evidens keberhasilan.
* Boleh.

8.. Dokumentasi dalam sistem sudah lengkap semuanya. Jadi untuk dokumentasi boleh print sahaja 




. Kelas ganti 
perlu catat kehadiran?
Kehadiran murid perlu direkod setiap kali masuk kelas ganti.

Kelas ganti pada waktu yg sama tapi ada dua kelas yg berbeza.
maka perlu mengisi 2 rekod.



Key in lain -lain  sumbangan:
1) mengalu - alukan kehadiran murid
2) Aktiviti kelab bimbingan dan kaunseling
3) Aktiviti Kelab Kerjaya
4) Lain lain aktiviti yang melibatkan bukan kerja buat GBK


Key in bahagian dokumentasi untuk:
1) menjalankan ujian psikometrik  
2) sebaran maklumat (Covid-19, Pengurusan stress) 
3) menyediakan laporan program  
4) mengisi dlm erekod
5) membuat brosur



Key in Program 
1) PRS
2) Kuiz 
3) Aktiviti menggunakan google meet

Jika buat program untuk semua tingkatan. ,kehadiran murid juga perlu direkod
 sebagai bukti jika diminta oleh JPN. Misalnya melibatkan murid ponteng.


 Key In Sesi Kaunseling atau Bimbingan
Jika buat sebaran , dan ada sesi interaksi dengan murid maka boleh tagging bimbingan untuk aktiviti tersebut



Penghantaran buku rekod
Penghantaran rekod mingguan ke dashboard pengetua. PK dan GK juga perlu semak rekod GBK.


Adakah GBKLD perlu isi sistem e rekod?
GBKLD juga perlu mengisi kecuali bahagian kaunseling individu atau kelompok
dan perlu menghantar e report setiap minggu kpd guru besar 





Terima kasih semua JU Negeri dan Daerah :)


Thanks Perpustakaan Negara Malaysia

No comments: