Total Pageviews

18 October 2018

Lawatan Penandaaras Unit Kaunseling Dari Majlis Guru Kaunseling Lipis, Pahang



Lawatan penandaaras dari MGK Lipis, Pahang ke SMK Cheras semalam. Terima kasih kerana sudi hadir ke mari.
Sewaktu awal temujanji saya tiada masalah dengan tarikh yang dipersetujui tetapi aptabila tiba-tiba saya perlu ke kompetensi di Perak untuk menjadi fasilitator kompetensi guru bimbingan dan kaunseling DG44 dan DG48 di PLGDP Hutan Melintang, Perak saya terpaksa meminta tukar masa kehadiran mereka ke sekolah saya di sesi petang. Ini kerana Rozi juga perlu ke taklimat UPU Online di UPNM di sebelah pagi dan Kak Raudzah pula tidak sihat sangat.
Rushing dari PLGDP Hutan Melintang Perak ke KL dengan 2 jam 20 minit masa perjalanan. Saya tiba di sekolah pada pukul 2 dan Kak Raudzah sudah mula memberikan taklimat e-klien.

Berurusan dgn Hashmina yg memang berurusan dengan kami sejak awal lagi. Kami mengenalinya dalam pertandingan pengurusan kaunseling peringkat kebangsaan.  Dia mewakili Pahang pada tahun 2016. Peranan PRSnya boleh dijadikan penandaaras dan mempunyai lebih dari satu bilik kaunseling untuk diuruskan. Menarik kan?

Memang rezeki mereka, saya kongsikan handout cara menulis kajian tindakan kaunseling dan membimbing mereka bagaimana menulis kajian tindakan dalam masa yg singkat.
Selesai taklimat, lawatan ke bilik kaunseling. Semoga perkongsian win win ini membantu meningkatkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Drive for 2h 20m
Self tberaphy 
Sing a long the journey hihi









































No comments: