27 November 2018

Ganjaran 2 Imtiyaz/2018 Peratus Kehadiran Terbaik Ting 2

Ganjaran 2 Imtiyaz/2018 Peratus Kehadiran Terbaik Ting 2


Tahniah 2 Imtiyaz ganjaran kehadiran ting 2 terbaik . Kita jalan jalan ke Tugu Negara dan ke Muzium Bank Negara juga. Turut serta murid kehadiran penuh ting 3. Sudah dua tahun berturut kelas ini memegang peratus kehadiran terbaik. Tahniah! 



























Bondingday with
Nana and her bestfriend
MyTown, Cheras
Gegirl outing

26 November 2018

Laporan Program Remaja Hebat 2.0/ 2018: SMK Cheras PPW Pudu

Laporan Program Remaja Hebat 2.0/ 2018: SMK Cheras PPW Pudu


Tahniah 2 Imtiyaz


Laporan perlu dihantar ke PPW Bangsar Pudu dan saya hantar lengkap dengan gambar . Program Remaja Hebat merupakan nama untuk program kehadiran di peringkat daerah. 

Cuma pada blog ini gambar terutamanya untuk rekod dan rawat susah nak share kerana melibatkan muka-muka murid bermasalah. Gambar program REKRUT penerima anugerah kehadiran penuh dan kelas terbaik tidak mengapa..

Ya memang menjadi guru kaunseling di sekolah hot spot yang dilabelkan kepada kami memang KPI kami memang terhadap peningkatan disiplin dan pemantapan sahsiah. Peningkatan kehadiran 0.5 % pun kami dah senyum gembira inikan pula naik 2 peratus mcm lompat lompat menang anugerah pula walau tak capai 90 peratus. 
Bilangan surat amaran yg semakin menurun dan bilangan buang sekolah juga menurun merupakan pencapaian memuaskan tahun 2018.


1.0       PENGENALAN

               Projek Zoom In merupakan program anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling bagi meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling berbanding hukuman disiplin untuk menarik murid hadir ke sekolah. Berdasarkan teori Maslow mengenai motivasi manusia akan meningkat jika dihargai dan diberikan pengiktirafan disamping keperluan kasih sayang maka  aktiviti Zoom In yang dijalankan. Zoom In yang dijalankan ialah  Zoom In Kelas, Zoom In Guru Tingkatan, Zoom In Ibu Bapa dan Zoom In Murid. Melalui projek Zoom In Kelas dan Zoom In Guru Tingkatan, insentif berupa sijil penghargaan dan hadiah iringan diberikan kepada murid dan guru. Manakala melalui Zoom In Murid, murid rasa dihargai dan disayangi kerana diambil berat melalui pendekatan hati ke hati manakala bagi Zoom In Ibu Bapa, konsultasi ibu bapa melalui talian kasih dan cakna meningkatkan keberkesanan komunikasi bagi memantau perkembangan murid. Setiap tahun Unit Bimbingan Dan Kaunseling menggunakan program Zoom In dengan strategi yang berbeza – beza.



2.0       OBJEKTIF       
            1) Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah bagi sesi 2018
            2) Meningkatkan kehadiran murid berisiko keciciran sekolah

3.0       SASARAN
Program REKRUT: Rekod Untuk Tindakan: Semua murid SMK Cheras
Program R&R : Rekod Dan Rawat: Penerima Surat Amaran Ponteng Sekolah

4.0       TARIKH, TEMPAT DAN MASA
            Sepanjang tahun 2018 di SMK Cheras


5.0       AHLI  JAWATANKUASA


Pengerusi                                        : Pn Kamariah Bt Abu
Timbalan Pengerusi                        : Pn Nor Azlinda Bt Hasmunih
                                                                   (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi                                 : Cik Lee Swee Ching
                                                                 ( Pk Tadbir Dan Kurikulum)
Naib Pengerusi 2                                : Pn Salehan (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3                             : En Raheman Bin  Ahmad (PK  Petang)
Setiausaha                                       : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Ahli Jawatankuasa                             :        1. Encik Mohd Noor Bin Mat Deris
                                                                        2. Pn Rozinani Bt Awang
                                                                 3.  Pn Raudzah Bt A. Rahman
                                                                        4. Pn Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh
                                                                       



6.0       PROGRAM KEHADIRAN MURID: REKOD UNTUK TINDAKAN
BIL
ISU
PROGRAM/ INTERVENSI
SASARAN
PELAKSANAAN
1
Tidak mengharapkan guru tingkatan semata-mata dalam pengurusan kehadiran murid
Program Zoom In Mentor
Semua guru di sekolah
-    Melantik mentor bagi setiap kelas bagi membantu guru tingkatan dalam pengurusan kehadiran murid
-          
      .
-          
2
Menggalakkan lebih ramai murid mempunyai motivasi harian untuk ke sekolah
Program Zoom In Kelas
Semua murid
-          

-     Kelas terbaik kehadiran akan diberikan ganjaran lawatan di akhir tahun dan pertengahan tahun menikmati jamuan percuma.
3
Murid tidak hadir ke sekolah disebabkan masalah kewangan
Program Guru Penyayang
10 orang
-          Bantuan duit pengangkutan ke sekolah
-          Bantuan makanan percuma di sekolah
4
Menggalakkan lebih ramai murid suka ke sekolah
Program Sahsiah Unggul Individu Terbilang
-     Murid yang hadir penuh dan murid yang tidak hadir sehari sahaja pada penggal 2018.
-          Murid terpilih akan diberi sijil penganugerahan kehadiran penuh di akhir penggal pertama dan penggal kedua persekolahan beserta cenderamata. Pada penggal kedua ganjaran lawatan



6.0       REKOD DAN RAWAT (R&R)

6.0       PROGRAM KEHADIRAN MURID: REKOD UNTUK RAWAT
BIL
ISU
PROGRAM/ INTERVENSI
SASARAN
PELAKSANAAN
1
Murid tidak hadir ke sekolah
Program Zoom In Murid
-Hati Ke Hati
Murid yang pernah menerima surat amaran ponteng   sekolah
-    Intervensi kelompok bersama kaunselor
-          
     Soal selidik masalah ketidakhadiran murid
-
2
Murid tidak hadir ke sekolah
Program Zoom In Murid
-Cakna
Murid yang  tidak dapat dihubungi  ibu bapa melalui telefon
-    Lawatan ke rumah untuk berbincang masalah anak

3

Murid tidak hadir ke sekolah masalah psikososial
Program Kelab Remaja bersama Klinik Kesihatan Cheras dan program GenTHA iaitu Generasi Tanpa HIV AIDS.

-     30 orang
      murid tingkatan 4 
berisiko
-    Menjalankan terapi relaksasi dan intervensi Minda Sihat untuk  murid dapat hadir ke sekolah. Perlaksanaan  5 intervensi berkala

4
Murid ponteng kelas, ponteng sekolah
Kem PPSDM
25 orang murid tingkatan 1, 2 , 3 dan 4.
      Menggunakan intervensi dari modul PPSDM  KPM dengan program 3 hari dan lawatan Tunas Bakti.
5 Murid berubah tingkah laku lebih baik Anugerah Butterfly SUIT 10 orang murid yang pernah dibuang sekolah tahun 2017 Hadiah dan sijil akhir tahun Majlis Anugerah HEM kepada murid yang sudah berubah hadir ke sekolah hingga Oktober 2018 menerima anugerah.






7.0       PENILAIAN PROGRAM

            DATA KEHADIRAN 2018

           
TAHUN
% KEHADIRAN
2016
86.3
2017
86.7
2018
88.7

PERATUS KEHADIRAN MENGIKUT TINGKATAN
TINGKATAN
PERATUS KEHADIRAN 2018
PERALIHAN 1
96.35
PERALIHAN 2
95.29
PURATA
95.82


1 AMANAH
91.03
1 BESTARI
92.98
1 IMTIYAZ
96.88
1 SAPELELE
90.90
1 GAMELAN
90.82
1 GIGIH
89.33
1 JUJUR
92.38
1 LUHUR
90.96
1 MAKMUR
93.44
1 SETIA
92.02
JUMLAH
92.0


2 AMANAH
90.81
2 BESTARI
91.45
2 IMTIYAZ
96.78
2 SAPELELE
94.21
2 GAMELAN
87.50
2 ANGKLUNG
87.06
2 GIGIH
87.99
2 JUJUR
87.14
2 LUHUR
90.30
2 MAKMUR
90.17
JUMLAH
90.3


3 AMANAH
81.15
3 BESTARI
81.12
3 IMTIYAZ
94.12
3 SAPELELE
88.50
3 GAMELAN
76.90
3 GIGIH
80.83
3 JUJUR
84.93
3 LUHUR
81.55
3 MAKMUR
77.16
JUMLAH
83.21


4 ALPHA
94.78
4 BETA
96.73
4 GAMA
89.46
4 ALFARABI
92.08
4 ALKHAWARIZMI
82.30
4 ALBIRUNI
75.63
4 ALKHINDI
71.65
4 ARRAZI
78.65
4 IBNU SINA
87.51
4 IBNU RUSYD
77.77
JUMLAH
84.65


5 ALPHA
93.45
5 BETA
95
5 GAMMA
90.88
5 ALFARABI
92.03
5 ALBIRUNI
81.82
5 ALKHINDI
76.12
5 ARRAZI
81.55
5 IBNU SINA
87.98
5 IBNU RUSYD
75.80
JUMLAH
86.07


DATA MURID PENERIMA SURAT AMARAN
TAHUN
SURAT AMARAN 1
SURAT AMARAN 2
SURAT AMARAN 3
BUANG
2018
224
107
57
30
2017
263
122
65
39


Cadangan penambahbaikan

Tahun 2019 perancangan strategik fokus kepada peningkatan disiplin murid untuk pemantauan kelas berisiko tinggi dan individu berisiko keciciran sekolah setiap hari Rabu.


Selamat bercuti anak -anak
Ibu pula selamat bekerja 
Hingga tamat SPM ....

 

Telegram Channel