Hari pengedaran markah peperiksaan PT3, pentaksiran Bilik Darjah, pelaporan SEGAK, pelaporan Kokurikulum, pelaporan psikometrik. Ada 5 pelaporan yg diperolehi oleh murid PT3. Pentaksiran mereka bersifat holistik. Oleh itu jika memohon ke sekolah berasrama penuh, ke MRSM, ke sekolah Kawalan Aliran Agama , Ke Kolej Vokasional dan SM Teknik permohonan tidak meminta result PT3 semata mata tetapi markah gred PBD, PAJSK dan psikometrik juga dipohon.
Oleh itu saya share di sini untuk panduan ibu bapa malahan kepada murid murid juga bagaimana mentafsir semua pelaporan pelaporan yg mereka perolehi.
Lihat pada Inventori Kecekapan Pelbagai jadual di atas sekali.
Kotak-kotak yang mengandungi perkataan VLM, VLI, MATH, VIS, MZK, NAT, ITR, ITE, KIN, EKS
dan dilengkapi skor-skor pada setiap kotak
Skor pada setiap kotak yang mewakili konstruk tertentu membawa maksud konstruk tersebut adalah tinggi untuk 75% hingga 100% , sederhana 50% hingga 74% , dan rendah iaitu 0 hingga 49%.

Apakah itu verbal linguistik?
(VLM bermaksud Visual Linguistik Bahasa Malaysia dan VLI bermaksud Verbal Linguistik Bahasa Inggeris)
kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahiran meliputi mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingati maklumat dan memahami perkataan.
Konstruk visual ruang (VIS) : Kebolehan berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan corak. Individu ini bantu membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal seperti memahami peta, carta, gambar, video dan filem serta boleh melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual. Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. Individu yang mempunyai ciri ruang visual ini juga baik dalam menyelesaikan puzzle dan boleh menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkait antara objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan individu mempersembahkan idea visual dan ruang berkecenderungan dalam imaginatif dan kreatif.
Konstruk muzik (MZK) : kecerdasan muzik berkebolehan mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya. Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendeskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Individu berupaya menggunakan set asas atau elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada bunyi atau muzik.
Konstruk naturalis (NAT) : Kecerdasan yang mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Seorang pencinta alam yang dapat mengklasifikasi flora, fauna dan galian dengan mudah. Banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara flora dan fauna. Murid kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasannya dengan mengadakan aktiviti luar kelas.
Kinestetik (KIN) :
Berkebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Individu ini juga cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh, cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Individu ini mahir memanipulasi objek fizikal dan mengimbangi pergerakan fizikal dan mental. Individu ini belajar dengan lebih berkesan melalui pergerakan otot seperti sukan dan tarian.
Interpersonal (ITE)
Kecerdasan yang membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah serta memberi motivasi kepada orang lain. Kecerdasan interpersonal yang baik memiliki interaksi yang baik dengan orang lain. Sebab itu mereka mampu berasa sensitif dan memhami emosi, perasaan , fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. Murid -murid ini belajar berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya.
Intrapersonal(ITR)
kecerdasan ini merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan boleh menilai diri sendiri. Orang ini dapat mengenali diri sendiri secara lebih mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap kebaikan dan kelemahan diri masing-masing. kebolehan ini memberi keyakinan yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat pada diri mereka. Mereka pandai menetukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta berdikari. Orang ini menyukai belajar secara sendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi. Individu dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup. Mereka memiliki kepekaan terhadap perasaan dan situasi yang berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi konflik. Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada saat yang diperlukan.
Eksistensial (EKS)
Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Individu ini mampu menelaah milai-nilai yang berkembang di tengah kehidupan masyarakat, sama ada tradisional atau nilai baru yang sedang berkembang
Lihat kotak di bahagian bawah pula untuk psikometrik Inventori Minat Kerjaya (RIASEK) tengok pada kod 3 mata Holland tersebut. Contohnya sijil di atas: Kod skor Minat Kerjaya ialah SEA ia bermaksud Sosial, Enterprising, Artistik yang dominan terhadap murid ini. Terdapat 6 kod semuanya dan hanya tiga kod huruf yang ditunjukkan yang menunjukkan kecenderungan murid tersebut. Rujuk maksud sosial, enterprising dan artistik pada nota di bawah.
Kod ini membantu untuk pemilihan aliran yang bersesuaian terutama bagi kod dominan huruf pertama dari 3 kod yang tertera. Cthnya kod I cenderung kpd sains, kod E cenderung kpd kursus perniagaan dan ekonomi, kod K cenderung kepada perakaunan, kod R cenderung kepada kemahiran manakala S cenderung kepada mana mana kelas dan akan dirujuk pula kepada kod kedua dan ketiganya. Kod A cenderung kepada seni lukis, seni reka, muzik dan sebagainya.
Mari kita rujuk maksud kod tersebut

Realistik : Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan.
Investigatif: Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.
Artistik : Daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistik. suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang. Mempunyai aspirasi yang tinggi dan menghargai seni kreatif
Sosial : Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial.
Enterprising : Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan. perniagaan dan keusahawanan. Wujud suasana pengaruh, memimpin, mengarah dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.
Konvensional : Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan.
- Unit Beruniform
- Sukan/Permainan
Jika rujuk gambar pelaporan jadual di atas, ada GPA dan CGPA. GPA ialah skor dalam tahun semasa dalam tingkatan tersebut. CGPA pula ialah markah terkumpul.
Jadi jika contoh di atas T1 62.62/62.62 bermaksud di ting 1 skor PAJSK ialah 62.62 dan CGPA gred purata pun sama kerana tahun pertama ting 1. Apabila murid ini naik ting 2 GPA/CGPAnya 77.46/67.14 bermaksud ting 2 gred PAJSK tahun semasa ting 2 meningkat 77.46 tetapi gred markah terkumpul ting 1 dan 2 hanya 67.14. Apabila murid ini naik ting 3 dan mendapat markah yg tinggi iaitu A sebanyak 90.14 sewaktu ting 3 tetapi gred purata GPA masih tak capai A iaitu 78.66 . Jadi gred PAJSK ialah B krn dibundarkan menjadi 7.8 bagi peratus sebanyak 10% untuk pengiraan kemasukan merit kokurkulum ke universiti.

PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
Ini adalah Pentaksiran Bilik Darjah yg merupakan pentaksiran berterusan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran utk mendapatkan maklumat tentang kemajuan, perkembangan, kebolehan dan pencapaian murid. Ditaksir dalam bentuk ujian, peperiksaan, kuiz dan kerja projek murid bagi semua mata pelajaran. Murid akan menerima antara skor 1 hingga 6 bagi topik yg diuji.
Skor 1 hingga 6 membawa maksud seperti jadual di bawah.
Band 3 disamaratakan dgn gred lulus. Justeru itu guru perlu merangka aktiviti pemulihan bagi membantu murid mencapai band minima 3. PBD memberi autonomi kpd guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan murid. Ia membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan.
Band 6 paling terbaik kerana murid mampu menzahirkan idea yg kreatif dan inovatif, berupaya membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yg sesuai dan bertatasusila.
Oleh itu minimum band 4 diperlukan untuk kemasukan ke kelas Sains bagi subjek Sains dan Matematik.
PELAPORAN PAJSK
PELAPORAN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI , SUKAN DAN KOKURIKULUM
Terbahagi kepada tiga komponen
- SEGAK
- Kokurikulum:
- Unit Beruniform
- Sukan/Permainan
- Ekstra Kurikulum
PELAPORAN PENTAKSIRAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)
Skor SEGAK 18 - 20 markah gred A, 15 - 17 gred B, 12-14 gred C, 8-11 gred D, 4-7 gred E
Jadi dalam contoh pelaporan murid dlm gambar di atas, gred kecergasan fizikalnya ialah B.
Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan
Index Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu seseorang. Cara pengiraan Index Jisim Badan adalah
- Bawah 18.5 kurang berat
- Antara 18.5 - 22.9 berat yang sihat
- 23 hingga 27.4 agak lebih berat
- 27.5 dan keatas gemuk / obes
Jadi dlm contoh gambar di atas, BMI murid ini adalah berlebihan berat badan.
PELAPORAN PENTAKSIRAN AKTIVITI SUKAN DAN KOKURIKULUM
KOKURIKULUM
setiap murid wajib mengikuti tiga aktiviti kokurikulum seperti berikut:
i. Kelab/Persatuan
ii. Pasukan Badan Beruniform; dan
iii. Sukan/Permainan
Ekstra Kurikulum
Ekstra kurikulum merupakan satu kegiatan sukarela yang bermanfaat pada atau di luar waktu persekolahan, ke arah pembentukan peribadi yang terpuji. Markah yang diperoleh daripada bidang ini akan dicampurkan dengan markah tertinggi purata 2 daripada 3 aktiviti kokurikulum samaada Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform atau Sukan/Permainan.
syarat merit 10 peratus markah kokurikulum bagi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Awam (UA). Bagi tujuan pentaksiran hanya dua markah tertinggi sahaja yang diambil kira daripada tiga aspek utama yang melibatkan enam (6) elemen. Purata dua markah tertinggi itu akan dicampur dgn extra kurikulum untuk mendapat skor GPA.
Jika rujuk gambar pelaporan jadual di atas, ada GPA dan CGPA. GPA ialah skor dalam tahun semasa dalam tingkatan tersebut. CGPA pula ialah markah terkumpul.
Jadi jika contoh di atas T1 62.62/62.62 bermaksud di ting 1 skor PAJSK ialah 62.62 dan CGPA gred purata pun sama kerana tahun pertama ting 1. Apabila murid ini naik ting 2 GPA/CGPAnya 77.46/67.14 bermaksud ting 2 gred PAJSK tahun semasa ting 2 meningkat 77.46 tetapi gred markah terkumpul ting 1 dan 2 hanya 67.14. Apabila murid ini naik ting 3 dan mendapat markah yg tinggi iaitu A sebanyak 90.14 sewaktu ting 3 tetapi gred purata GPA masih tak capai A iaitu 78.66 . Jadi gred PAJSK ialah B krn dibundarkan menjadi 7.8 bagi peratus sebanyak 10% untuk pengiraan kemasukan merit kokurkulum ke universiti.
Alhamdulillah
You acheive your dream
Thanks for al the wishes
Best student PT3 SMKC 2018