20 December 2018

Slaid dan Modul Kajian Tindakan Dan Penerbitan Guru Kaunseling





Sudah semakin menghampiri tahun 2019. Apakah projek anda untuk tahun 2019? Sudah bersedia dengan kertas cadangan kajian tindakan untuk tahun hadapan? Saya berkongsi bahan -bahan untuk rujukan guru bimbingan dan kaunseling menjalankan kajian tindakan.

Klik di sini untuk melihat Slaid Cara Menulis Kajian Tindakan
Klik sini untuk bimbingan modul Modul Kajian Tindakan Dan Penerbitan Guru Kaunseling
Klik sini untuk melihat contoh Kajian Tindakan Zoom In Meningkatkan Kehadiran Murid Ting 5 Ke Sekolah

Saya share cara menulis kajian tindakan. Saya menggunakan contoh kajian tindakan tahun 2015 untuk saya tunjukkan bagaimana dari kajian tindakan Zoom In Meningkatkan Kehadiran Murid Ting 5 Ke Sekolah  saya yang hanya bermula dengan tiga muka surat dan mendapat pengiktirafan penulisan kajian tindakan peringkat zon pada tahun 2015, dan saya menyertai pertandingan amalan terbaik kaunseling peringkat kebangsaan pada tahun 2015 hingga mendapat top 5 amalan terbaik kaunseling peringkat kebangsaan di Bandar Einstek, Negeri Sembilan tahun 2015 menggunakan impak dari kajian tindakan tersebut dan perlaksanaan program untuk semua ting

Seterusnya pada tahun 2016 di bawah program Zoom In saya fokuskan kepada murid berisiko keciciran sahaja dan menyertai pertandingan pengurusan terbaik kaunseling peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Saya memenangi tempat keenam pengurusan kaunseling sekolah menengah peringkat kebangsaan 2016 di Kedah.

Pada tahun 2017 saya mengumpulkan modul -modul saya dalam program Zoom In Meningkatkan Kehadiran Murid Ke Sekolah untuk menyertai pertandingan Inovasi Modul Kaunseling peringkat kebangsaan pada tahun 2017 dan memenangi pingat perak. Saya memfokuskan kepada program menangani keciciran murid di bawah subtopik Zoom In dan memenangi amalan terbaik disiplin peringkat KL tahun 2017 dan seterusnya top 6 peringkat kebangsaan tahun 2017 di Johor. Menggunakan modul yang pernah mendapat pengikitrafan, saya pamerkan di pameran Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan dan mendapat anugerah emas untuk pameran dan anugerah emas untuk dokumentasi.

 Kajian tindakan Zoom In Meningkatkan Kehadiran Murid Ke Sekolah tahun 2015, saya dengan konsisten mengumpul data sehingga tahun 2017 dan menghasilkan penulisan arkitel jurnal bertajuk Menangani Murid Berisiko Keciciran Sekolah Di Bandaraya Kuala Lumpur dan diterbitkan oleh Bahagian Psikologi Kaunseling, KPM. edisi 8/2017 dan diedarkan pada tahun 2018.

Saya ingin tegaskan disini bahawa kajian tindakan yang konsisten akan membantu kita dalam kemenjadian murid secara profesional, dan data -data yang dapat disandarkan untuk menjadi eviden dalam menambahbaik program yang dijalankan. Dan jangan lupa untuk key in dalam splkpm kajian tindakan yang dibuat dibawah kendiri untuk penyelidikan. Ia akan kekal sebagai history dalam profesion kita bahawa satu penyelidikan telah dijalankan. Ia akan membawa 10 mata merit untuk satu kajian tindakan. Saya kongsikan bahan -bahan bengkel saya agar guru kaunseling yang tidak mengikuti bengkel ini boleh memanfaatkannya.


                                




KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN
 MENINGKATKAN KEHADIRAN MURID TINGKATAN 5
KE SEKOLAH


NURHAIZA BT CHE MAT
SMK CHERAS, KUALA LUMPUR



1.0         Refleksi Yang Lalu

Peratus kehadiran pelajar ke sekolah bagi tahun 2014 untuk tingkatan 5 adalah rendah sekitar . Dari analisis data kehadiran murid sewaktu mereka berada di tingkatan 4 2013, satu penemuan yang mengejutkan apabila kehadiran murid sewaktu mereka di tingkatan 4 lebih baik dari kehadiran mereka di tingkatan lima 2014 seperti graf 1 di bawah. Pihak sekolah perlu mengadakan tindakan segera bagi murid Tingkatan 5 2015 ini kerana kehadiran murid sewaktu di Tingkatan 4 2014 tidak memberansangkan.

                                                                        Graf 1
2.0       Fokus Kajian
Fokus kajian ialah terhadap murid sesi pagi Tingkatan 5 tahun 2015




3.o      Objektif Kajian
             
Objektif Umum

              Agar dapat meningkatkan kadar kehadiran murid Tingkatan Lima ke          sekolah berbanding tahun  2014

              Objektif Khusus:

1)    Agar murid bermotivasi untuk hadir ke sekolah bagi meningkatkan peratus kehadiran murid kelas masing- masing ke sekolah bagi memperolehi anugerah inisiatif program Zoom .
2)    Agar guru selaku mentor bermotivasi untuk menggalakkan komitmen pelajar ke sekolah melalui inisiatif anugerah mentor yang diwujudkan.
3)    Agar murid yang berisiko tidak hadir ke sekolah mudah di saring untuk program Hati Ke Hati dan Lawatan Ke Rumah.

4.0       Kumpulan Sasaran
            Semua murid Ting  5 2015 SMK Cheras

5.0       Tindakan Yang Dijalankan
Tindakan 1 :
Menyediakan soal selidik punca ketidakhadiran pelajar ke sekolah
        .

            Tindakan 2 : Menjalankan aktiviti Hati Ke Hati
            Mengadakan sesi kaunseling kepada murid yang masih lagi            meneruskan tingkah laku yang tidak sihat iaitu ponteng sekolah dan        mengenal pasti faktor yang lebih menarik mereka untuk tidak ke          sekolah.


            Tindakan 3.  Mengadakan lawatan ke rumah:
            Mengadakan lawatan ke rumah bagi kes yang mana murid tidak dapat      dikesan punca ponteng sekolah, tidak dapat menghubungi ibu bapa     melalui telefon dan tiada komunikasi antara ibu bapa penjaga murid          dengan pihak sekolah. Kes lawatan ke rumah akan dikongsikan     bersama murid lain di tapak perhimpunan agar warga sekolah             mengetahui bahawa guru serius untuk menangani masalah
            ini hingga ke rumah.

            Tindakan 4: Mempromosikan insentif kepada warga sekolah mengenai     insentif bulanan dan insentif terbaik penggal persekolahan pertama.            Kelas yang berjaya mencapai target sasaran 90% akan menerima sijil             penghargaan dan kelas yang       mencapai 95% akan dibawa satu             aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar      bilik darjah seperti    lawatan ke kolej dan lawatan ilmiah yang lain. Manakala kelas             yang sentiasa menunjukkan peningkatan akan memperolehi juga    intensif anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling.

            Tindakan 5 : Mengadakan intensif bulanan terhadap mentor kelas iaitu     guru    kelas dan guru mentor kedua melalui anugerah sijil Zoom        Cemerlang bagi kelas yang memperolehi kehadiran cemerlang ke            sekolah sebanyak 90% sebulan dan anugerah sijil Zoom Harapan bagi    yang memperolehi kedatangan kelas yang semakin meningkat.    Mentor juga berpeluang untuk mengikuti lawatan bersama     murid kelasnya yang dibiayai secara percuma untuk aktiviti luar bilik darjah.




6.0       JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN



BIL
AKTIVITI
TARIKH  PERLAKSANAAN
1
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
Nov - Dis 2014
2
Menulis cadangan kajian tindakan
Dis 2015
3
Merancang Tindakan
Jan 2015
4
Melaksanakan Tindakan
Jan – Mei 2015
5
Membincangkan Masalah Yang Timbul
Jun 2015
6
Refleksi Kajian
Jun 2015
7
Menulis Laporan Kajian
Julai 2015
8
Pembentangan Dapatan Kajian
Julai 2015
9
Penerbitan Kajian Tindakan
Ogos  2015





Sewaktu bertugas sebagai fasilitator kajian tindakan untuk peserta Perak dan Selangor 
di BTPN Sungai Buloh, Perak.

FORMAT KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

Butiran
Huraian
Contoh penerangan
Tajuk Kajian
a) tajuk ditentukan dengan mengenal pasti kemahiran yang ingin dikaji

b) Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju, tindakan dan sasaran kajian.

Nama Penyelidik


Catatkan nama penuh penyelidik/ahli kumpulan
Nurhaiza Bt Che Mat
Nama sekolah

Catatkan nama dan alamat lengkap sekolah
SMK Cheras
Jalan Yaakob Latiff
Bandar Tun Razak
56000, Cheras, K.L
4.0  Refleksi
Refleksi merupakan muhasabah diri untuk menilai kembali pengajaran yang lalu

Refleksi mengandungi:
a. Tema/ masalah/isu keprihatinan yang telah dikenal pasti

b. Refleksi Pengalaman Yang Lalu

c. Kaitkan pengalaman yang telah dikenal pasti supaya masalah menjadi lebih jelas.

d. Rujuk bahan yang berkaitan seperti  keputusan peperiksaan, dan bahan yang berkaitan yang dapat membantu penyelidik mengingat kembali apa-apa yang telah dilaksanakan atau berlaku.

e. Terjemah refleksi secara bertulis.
  Pada masa kini ponteng sekolah dalam kalangan pelajar menengah atas semakin menjadi-jadi. terutama murid kelas perniagaan dan vokasional. Setiap tahun murid ting 5 dari kelas aliran tersebut mempunyai lebih dari  30 kes buang sekolah, berhenti secara sukarela dan penerima surat  amaran kedua dan ketiga.  Ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab dan surat dari ibu bapa menyebabkan guru-guru mentakrifkan mereka sebagai ponteng sekolah.  Apabila pelajar-pelajar menengah atas ini ponteng sekolah , mereka akan dikenakan tindakan mengikut bilangan hari ketidakhadiran mereka.  Pada masa ini , terdapat  murid  tingkatan 5  terdapat seramai 211 orang yang terdiri daripada  kelas-kelas aliran sains tulen, aliran teknikal,  aliran vokasional dan aliran perniagaan. Didapati maklumat dari buku kedatangan  murid, terdapat 30 orang murid tingkatan 5 aliran vokasional dan perniagaan  yang menerima surat amaran satu bagi kes ponteng sekolah.  Murid –murid menengah atas ini merupakan murid yang telah mendapat surat amaran pertama dari bulan Jan – Feb 2018. 
5.0 Fokus Kajian
Fokus Kajian merupakan fokus yang menjadi masalah atau isu

Proses menentukan fokus kajian ialah
a) Tentukan tema/ masalah kajian

b) Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi P&P yang lalu.
Kajian ini dibuat untuk mengenal pasti punca dan menjalankan intervensi kaunseling bagi mengurangkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan murid 5 aliran vokasional dan perniagaan iaitu seramai 30 orang murid yang menerima surat amaran pertama pada bulan Jan – Feb 2018.

6.0 Objektif Kajian
Objektif Kajian meliputi:

a) Objektif Kajian terdiri daripada objektif umum dan objektif khusus

b) Objektif berkaitan dengan masalah

c) Objektif berkaitan dengan aktiviti/tindakan

d)Objektif hendaklah boleh diukur

e) Semua objektif khusus hendaklah diukur/ dinilai semasa menjalankan tindakan/aktiviti
Objektif Umum

1) Meningkatkan peratus kehadiran murid tingkatan 5 ke sekolah bagi tahun 2018.


Objektif Khusus:
1)  Mengurangkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan murid ting 5 aliran vokasional dan perniagaan yang menerima surat amaran pertama agar tidak sampai ke amaran ketiga dan menamatkan tingkatan 5.
2)                  Meningkatkan kehadiran murid –murid sasaran ini melalui sesi kaunseling dan intervensi bagi meningkatkan motivasi mereka untuk hadir ke sekolah.

7.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan yang hendak  dikaji atau sampel kajian:

a) Sebutkan bilangan responden yang dikaji


30 murid dari kelas perniagaan dan vokasional SMK Cheras
8.0 Tindakan Yang Dicadangkan
Nyatakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan
1) Zoom In Murid
2) Program SPOT
3) Program SUIT

9.0 Jadual Perlaksanaan Kajian
a) Boleh dibuat dalam bentuk jadual/carta perbatuan
b) Masukkan aktiviti yang dirancang bagi menjalankan kajian
c) Masukkan tarikh tentatif kajian akan dijalankan.Tarikh mungkin berubah mengikut keperluan/keadaan semasa.



LAMPIRAN 2:

FORMAT LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Bahagian
Proses/Penjelasan
Huraian
Isi Kandungan
Mengandungi senarai isi kandungan dan muka surat bagi pecahan tajuk

penghargaan
Mengandungi penghargaan kepada pihak yang membantu melaksanakan kaijian atau menyiapkan laporan

Tajuk Kajian
a) tajuk ditentukan dengan mengenal pasti kemahiran yang ingin dikaji

b) Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju, tindakan dan sasaran kajian.

Nama Penyelidik


Catatkan nama penuh penyelidik/ahli kumpulan

Nama sekolah

Catatkan nama dan alamat lengkap sekolah

Abstrak
Abstrak memberi maklumat umum/ penting kepada pembaca tentang apa yang dikaji tanpa membaca keseluruhan laporan kajian terlebih dahulu.

Abstrak hendaklah:
i) Ditulis dalam satu perenggan sahaja dan tidak melebihi satu muka surat (100 hingga 200 patah perkataan)

ii) Menggunakan font 9/10 dan jenis tulisan Arial/ Times New Roman

b. Abstrak hendaklah mengandungi
i) Tujuan
ii) Kumpulan sasaran
iii) Fokus Kajian
iv) Tinjauan Awal
v) Pelaksanaan Kajian
vi) Dapatan

1.0 Refleksi
Refleksimerupakan muhasabah diri untuk menilai kembali pengajaran yang lalu

Refleksi mengandungi:
a. Tema/ masalah/isu keprihatinan yang telah dikenal pasti

b. Refleksi Pengalaman Yang Lalu

c. Kaitkan pengalaman yang telah dikenal pasti supaya masalah menjadi lebih jelas.

d. Rujuk bahan yang berkaitan seperti  keputusan peperiksaan, dan bahan yang berkaitan yang dapat membantu penyelidik mengingat kembali apa-apa yang telah dilaksanakan atau berlaku.

e. Terjemah refleksi secara bertulis.

2.0 Fokus Kajian
Fokus Kajian merupakan fokus yang menjadi masalah atau isu

Proses menentukan fokus kajian ialah
a) Tentukan tema/ masalah kajian

b) Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi yang lalu.

3.0 Objektif Kajian
Objektif Kajian meliputi:
a) Objektif Kajian terdiri daripada objektif umum dan objektif khusus

b) Objektif berkaitan dengan masalah

c) Objektif berkaitan dengan aktiviti/tindakan

d)Objektif hendaklah boleh diukur

e) Semua objektif khusus hendaklah diukur/ dinilai semasa menjalankan tindakan/aktiviti

4.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan yang hendak  dikaji atau sampel kajian:

a) Sebutkan data/maklumat responden yang dikaji

5.0 Pelaksanaan Kajian
Pelaksanaan Kajian meliputi:
a) Cara mengumpulkan maklumat

1) Menghuraikan secara terperinci cara –cara mengumpulkan maklumat

2) Maklumat boleh diperolehi melalui:
i) Pemerhatian

ii) pemeriksaan

ii) sesi temubual
iv) soal selidik
v) Ujian Pra



b) Analisis Tinjauan Masalah
Analisis tinjauan masalah dilakukan dengan membuat jadual atau apa-apa bentuk data  untuk menunjukkan bahawa anda telah mengumpul data/ maklumat untuk mengetahui bagaimana masalah ini timbul dan perkara –perkara lain yang berkaitan dengan masalah yang dikaji

c) Tindakan menangani masalah

Nyatakan semua aktiviti, bahan-bahan atau cara-cara anda membuat pemerhatian untuk menguji keberkesanan tindakan/aktiviti yang telah dijalankan ke arah meningkatkan kemahiran murid bagi menangani masalah yang sedang dikaji.

d) Cara Perlaksanaan
Huraikan bagaimana kajian tindakan telah dilaksanakan


e) Membuat Refleksi Kajian

i) Huraikan keberkesanan tindakan anda dengan menggunakan data/ maklumat yang telah dikumpulkan

ii) Terangkan perubahan tingkah laku murid melalui pemerhatian

iii) Terangkan perubahan emosi murid yang telah dikumpul melalui temubual atau soal selidik

iv) Huraikan perasaan penyelidik terhadap keberkesanan kajian yang telah dijalankan.

6.0 Cadangan Kajian Seterusnya


a) Anda boleh meneruskan kajian tindakan dengan mengambil tindakan susulan (gelungan kedua)

b) Jika kajian tindakan anda tidak berjaya, anda boleh menulis seperti berikut:
“Memandangkan kajian tindakan yang telah saya jalankan tidak berjaya, maka saya akan menggunakan tindakan/aktiviti aktiviti laian untuk menangani isu ini”

Bibliografi
Menyusun senarai bahan rujukan mengikut abjad bermula dengan nama pengarang, tahun,nama buku dan  penerbit

Lampiran
Sertakan segala bahan yang digunakan dalam kajian sebagai lampiran kajian.





LAMPIRAN 3:

FORMAT KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

Tajuk Kajian
a) tajuk ditentukan dengan mengenal pasti kemahiran yang ingin dikaji

b) Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju, tindakan dan sasaran kajian.

Nama Penyelidik


Catatkan nama penuh penyelidik/ahli kumpulan

Nama sekolah

Catatkan nama dan alamat lengkap sekolah

4.0  Refleksi
Refleksi merupakan muhasabah diri untuk menilai kembali pengajaran yang lalu

Refleksi mengandungi:
a. Tema/ masalah/isu keprihatinan yang telah dikenal pasti

b. Refleksi Pengalaman Yang Lalu

c. Kaitkan pengalaman yang telah dikenal pasti supaya masalah menjadi lebih jelas.

d. Rujuk bahan yang berkaitan seperti  keputusan peperiksaan, dan bahan yang berkaitan yang dapat membantu penyelidik mengingat kembali apa-apa yang telah dilaksanakan atau berlaku.

e. Terjemah refleksi secara bertulis.

5.0 Fokus Kajian
Fokus Kajian merupakan fokus yang menjadi masalah atau isu

Proses menentukan fokus kajian ialah
a) Tentukan tema/ masalah kajian

b) Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi P&P yang lalu.

6.0 Objektif Kajian
Objektif Kajian meliputi:

a) Objektif Kajian terdiri daripada objektif umum dan objektif khusus

b) Objektif berkaitan dengan masalah

c) Objektif berkaitan dengan aktiviti/tindakan

d)Objektif hendaklah boleh diukur

e) Semua objektif khusus hendaklah diukur/ dinilai semasa menjalankan tindakan/aktiviti

7.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan yang hendak  dikaji atau sampel kajian:

a) Sebutkan bilangan responden yang dikaji

8.0 Tindakan Yang Dicadangkan
Nnyatakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan

9.0 Jadual Perlaksanaan Kajian
a) Boleh dibuat dalam bentuk jadual/carta perbatuan
b) Masukkan aktiviti yang dirancang bagi menjalankan kajian
c) Masukkan tarikh tentatif kajian akan dijalankan.Tarikh mungkin berubah mengikut keperluan/keadaan semasa.






Contoh kajian tindakan di bawah adalah dari peserta kompetensi guru bimbingan kaunseling di Kelantan.








Times Square for kids
Good night Kluang.

 

Telegram Channel