Total Pageviews

21 May 2019

Iftar Ex PRS Batch 2003




Temujanji dgn ex PRS batch 2003 untuk berbuka puasa. 4 org ni memang rapat dan memang selalu ke hulu hilir dgn saya. Dah berusia 30an dan masing masing masih keep in touch antara satu sama lain. Dah lama buat temujanji tetapi hari ni tak sangka kena attend dua meeting. Dari SMK Setapak Indah ke sekolah. Dari sekolah rushing ke PPW Bangsar Pudu untuk Dialog Prestasi pula. Balik ke Kajang dah jem..maka pergi ke rumah adik untuk menumpang bersiap.
Nak dijadikan cerita..on the way ke Wong Solo Bandar Seri Permaisuri...tayar kereta saya pancit dan terpaksalah duduk dlm kereta diam diam...call sana sini. Datanglah si Amin, si Dalida ni bantu saya. Tgh bantu..ada pula seorang pemuda bermotosikal yg nampak gaya mcm pekerja bengkel. Dia bantu sampai tukar tayar..Dah nak habis barulah pomen insuran datang tolong tangkap gambar sahajalah. Dah nak habis datang pula Azrul :)
Habis urusan tayar kereta ini pkl 7.25 mlm, maka perlahan lahan drive dari Bandar Tun Razak ke Bandar Seri Permaisuri. Berbuka puasa di situ dan masing tak nampak tanda nak betpisah maka pkl 9 malam bergerak pula ke Paparich huhuhu..
lama tak jumpa byk betul nak update cerita.
Terima kasih menceriakan hari cikgu:)

A day full of conflict
From morning one by one..
Thanks for this iftar
Make me smile for today :)

























No comments: