Bermula tahun lepas saya memperkenalkan kain ungu dan berkasut hitam untuk murid PRS dan tahun ini melangkah ke hadapan dengan memperkenalkan pemakaian blazer kepada PRS untuk PRS Tingkatan 5 dan 4 sahaja kerana mereka banyak terlibat dengan aktiviti luar dan lawatan penandaaras di sekolah. Selain itu, aktiviti rasmi sekolah juga melibatkan PRS selaku juruacara, bertugas di atas pentas untuk penyampaian hadiah dan mengendalikan aktiviti sekolah. Kepimpinan yang nyata terserlah dengan pemakaian yang meningkatkan lagi imej ketrampilan diri sesuai dengan kempen SMART yang diperkenalkan UBK pada tahun ini. Kos bagi setiap blazer adalah RM95 dan UBK menampung RM 30 untuk setiap blazer. Idea yang mendapat sokongan ahli dan kami juga menyediakan 3 blazer berwakaf untuk murid yang kurang berkemampuan. Permohonan yang diperkenankan oleh pengetua ini, saya share di sini.
KERTAS KERJA
KERTAS KERJA
PEMAKAIAN BLAZER
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
1.0
PENGENALAN
SMK Cheras merupakan
sekolah yang mempunyai kebitaraan dalam muzik sapelele dan Unit Bimbingan Dan
Kaunseling. Pihak sekolah sering menerima lawatan penandaaras dari warga
sekolah lain untuk melihat aktiviti yang dijalankan oleh Unit Bimbingan
Kaunseling. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan agen Unit Bimbingan Dan
Kaunseling dalam membantu menjalankan aktiviti yang dianjurkan oleh Unit
Bimbingan Dan Kaunseling SMK Cheras. Ini menjadikan ahli Pembimbing Rakan
Sebaya berani bercakap di khalayak ramai, berketrampilan dan mampu menjalankan
aktiviti dengan kawalan yang minima dari guru penasihat. Oleh itu hampir semua
aktiviti penting sekolah mempunyai PRS sebagai ahli jawatankuasa yang memainkan
peranan masing-masing. Guru kaunseling mengambil inisiatif untuk menukar baju
seragam PRS kepada warna yang dapat membezakan PRS dengan murid lain. Idea
untuk ahli PRS menengah atas memakai baju blazer kerana semua pemimpin murid di
sekolah ini memakai blazer iaitu pengawas sekolah, pengawas pusat sumber
sekolah malahan AJK Koperasi juga. Memandangkan banyak lawatan penandaaras dari
PRS negeri lain ke sekolah ini juga, maka adalah satu tindakan yang sewajarnya
untuk memulakan pemakaian seragam murid PRS yang lebih berketramilan bagi
meningkatkan keyakinan diri mereka.
2.0 MATLAMAT
Melahirkan Pembimbing Rakan Sebaya yang
berketrampilan dari segi berpakaian
sebagai pandangan positif untuk
pandangan pertama orang yang memandangnya.
.
3.0 TARIKH/ MASA/
TEMPAT : 1 Julai 2019 di sekolah
4.0 SASARAN
Semua
PRS Tingkatan 5 dan Tingkatan 4
5.0 Objektif
1)
Perbezaan pemimpin murid
dengan murid biasa dapat dikenalpasti.
2)
Murid dilihat lebih berketrampilan sebagai pemimpin.
6.0 KPI
Output
|
Semua murid
tingkatan 5 dan tingkatan 4 mempunyai blazer PRS
|
Outcome
|
Meningkatkan
keyakinan murid sewaktu menganjurkan aktiviti atau lawatan penandaaras
samaada ke sekolah lain atau warga sekolah lain ke SMK Cheras
|
7.0 ANGGARAN
PERBELANJAAN
Bil
|
Perkara
|
Harga
|
Jumlah
|
Sumber
|
1.
|
Blazer
|
RM 30.00 x 30 orang
|
RM 900.00
|
PCG Kaunseling
|
Jumlah
|
RM 900.00
|
8.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi :
Encik Jamil Bin Jamaludin
Timbalan Pengerusi :
Pn Nor Azlinda Bt Hasmunih
Setiausaha
: Puan
Nurhaiza Bt Che Mat
Timbalan Setiausaha :
Puan Rozinani Bt Awang
9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 URUS SETIA
Unit
Bimbingan Dan Kaunseling
9.2 TENTATIF
Majlis Penghargaan Dan Perlantikan PRS
akan dijalankan pada 24 Julai 2019
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko
|
Punca
|
Penyelesaian
|
Tanggungjawab
|
Baju tidak siap dan bayaran tempahan tidak
diperolehi oleh pembekal sewaktu Majlis Penghargaan Pemimpin Dan Perlantikan
Pemimpin
|
Kelewatan mengukur baju blazer oleh pembekal
blazer
dan ada bayaran tertunggak untuk menjelaskan
baki hutang bagi mendapatkan blazer.
|
Mengukur baju PRS sendiri dan menghantar
kepada tukang jahit dan mempromosikan lebih awal kepada ahli PRS agar dapat
bayaran yang secukupnya sebelum program.
|
Guru penasihat PRS
|
11.0 PENUTUP
Diharapkan agar urusan tempahan blazer berjalan dengan
lancar dan murid dapat menggunakan blazer yang baru dan lebih memberikan
keyakinan kepada ahli PRS.
Ulasan
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Disediakan
oleh,
Diluluskan oleh,
(Nurhaiza Bt Che Mat)
(Jamil Bin Jamaludin)
Nasi Arab for iftar
How I miss abah very much..