25 May 2019

Selamat Berhijrah Kaunselor Raudzah A. Rahman




Sepatutnya gambar ini merupakan gambar photoshoot untuk Ucapan Hari Raya. Penuh keceriaan dan kegembiraan ikhlas dari hati. Setiap tahun memang kami suka mengambil gambar khas untuk ucapan Hari Raya kami.

Tetapi selang beberapa jam...mendapat mesej dari Kak Raudzah yang berjaya dalam permohonan pertukarannya ke Hulu Langat, Selangor. Gembira untuknya yang penat berulang alik dari Negeri Sembilan ke SMK Cheras memakan masa sejam setengah untuk perjalanan sehala. Tetapi jauh rasa di hati kesedihan dan sayu rakan sekerja yang ke 6 meninggalkan saya. Sudah 5 tahun bersama harung susah dan senang dalam mengendalikan Unit Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah.
Mujur mendapat perkhabaran bukan waktu sekolah, jika tidak sudah tentu air mata mengalir tanpa dapat ditahan - tahan lagi. Mendengarnya pun sudah sebak ….

Saya dan Rozi memang mengetahui tentang permohonan pertukaran ini. Kak Raudzah pun di saat -saat akhir baru mempunyai keberanian dan kekuatan untuk mengisi borang itu. Kami pula yang berdebar menunggu permohonannya Berjaya atau tidak..dan dalam masa yang sama mendidik hati dan emosi menerima situasi andaikata permohonannya berjaya.

Nampaknya memang rezeki Kak Raudzah berhijrah di tempat baru

Saya selesa bekerja dengannya dan oleh kerana sebelum dia ditempatkan di sini saya sudah tahu mengenai latar belakang dirinya,  kekuatannya dan kelemahannya kerana kami berada di dalam satu daerah yang sama sebelum dia ditukarkan ke sekolah saya.

Kak Raudzah seorang yang lemah lembut dan saya cuba memberikan tugasan dalam mode yang boleh diusahakannya. Kena beri arahan yang jelas padanya   jika anda nak hasil yang diingini:)

 Sebagai ketua, saya memerlukan pasukan yang boleh menerima arahan dengan baik, mengejar dateline yang sepatutnya, tidak berkira sangat dengan masa kerja dan boleh bersama-sama mencapai misi visi UBK.  Yang penting bertolak ansur serba melengkapi kelemahan masing masing dan bugarkan potensi kekuatan masing masing. Dan yang paling menyejukkan hati saya,  apabila saya menegur tentang sesuatu kerja yang saya tidak berpuas hati, team yang tidak merajuk dan tidak buat muka huhuhu. Sentiasa redha je tersengih -sengih dan membetulkan apa yang diminta. Ciri-ciri yang ada pada kedua dua rakan sekerja saya buat masa ini.

Saya tentukan rindukan dia terutama apabila dia mempunyai idea -idea tentang projek yang ingin dilaksanakannya tetapi dia stuck untuk mengembangkan idea pada kertas kerjanya dan terdengarlah panggilan suara manjanya "Haiza….akak nak buat camni...tapi.." huhu signal minta tolong darinya.

Oleh kerana minatnya pada hiasan dia dapat mewujudkan laluan koridor bilik kaunseling seperti taman dan saya namakan Taman itu sempena namanya Taman Raudzah penghargaan untuknya hasil kerja dan idea darinya  dan saya tukang cari duit sana sini untuk cukupkan bajet yang diperlukan bagi hiasan luar koridor :)

Dan hingga kini lekat saya mengelar koridor UBK sebagai TAMAN RAUDZAH

Kami mendoakan agar Kak Raudzah dapat rakan sekerja yang boleh saling menyokong antara satu sama lain, semoga dia sentiasa cergas dan bolehlah kami datang melawatnya membuat lawatan penandaaras.….kena layan kami kak.

We love you Kak Raudzah….We will miss you


-Jaya Jusco Cheras Selatan-


























 

Telegram Channel