Total Pageviews

28 June 2019

Kajian Tindakan Kaunseling Berfokus Berimpak : Intervensi Kaunseling Murid Berisiko Cicir 2019





Slot yang dikendalikan oleh saya untuk Bengkel Intervensi Murid Berisiko Cicir Dan Murid Cicir Peringkat WPKL ialah kajian tindakan secara kaunseling berfokus terhadap murid-murid berisiko cicir ini. Saya membimbing guru-guru kaunseling menjalankan kajian tindakan untuk meningkatkan profesionalisme masing masing memandangkan ia sebuah penulisan ilmiah dan diiktiraf. Jangan lupa key in dalam splkpm bahagian penilaian kendiri untuk penyelidikan. Anda akan mendapat 10 mata merit. Kertas kajian tindakan disahkan oleh pengetua dan tunjukkan eviden kepada setiausaha LDP.

Saya share draf kajian tindakan khas untuk sasaran murid berisiko cicir dan murid cicir sahaja. Semoga guru -guru dapat menjalankan kajian tindakan yang mudah dengan adanya panduan.

Sila rujuk slaid ini dahulu SLAID KAJIAN TINDAKAN MURID BERISIKO CICIR
Sila rujuk cara mengisi borang kaunseling berfokus BORANG KAUNSELING BERFOKUS BERIMPAK

Mulakan dengan borang pengesanan ini untuk list murid kaunseling berfokus murid cicir

Data untuk perkembangan murid kaunseling berfokus  

Borang rumusan di akhir kajian tindakan. Jika separuh dari murid sasaran berjaya positif selepas intevensi maka intervensi itu berjaya. Ini contoh


Tindakan yang dijalankan sila gunakan mana-mana intervensi Modul SUDI atau intervensi yang telah dicipta sepanjang bengkel dijalankan dalam kumpulan atau jika ada mana -mana intervensi yang dijalankan oleh anda.





KAJIAN TINDAKAN: INTERVENSI BUTTERFLY SUIT UNTUK MENANGANI MURID BERISIKO CICIR SEKOLAH

OLEH

NURHAIZA BT CHE MAT

 SMK CHERAS, JALAN YAAKOB LATIFF, CHERAS,KL

nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com


1.0           Refleksi Yang Lalu

Sepanjang bulan Januari – Mac 2019, terdapat 3 % murid berisiko cicir dikenalpasti melalui sistem APDM sekolah, maklumbalas dari guru tingkatan dan guru mata pelajaran. Setiap murid berisko cicir ini menyumbangkan hanya 50% -60% kadar kehadiran murid ke sekolah sepanjang Januari hingga Mac 2019. Ini menyumbangkan kepada peratus kehadiran murid ke sekolah yang rendah. Murid berisko cicir seramai 3% ini juga merupakan penyumbang kepada data murid buang sekolah pada tahun 2018 dan penerima surat amaran kedua dan ketiga pada tahun 2018. Intervensi kaunseling yang terancang dan berterusan perlu dijalankan untuk menangani murid berisiko cicir ini dari semakin meningkat peratus ketidakhadiran ke sekolah dan meningkatkan data buang sekolah. Diharapkan dengan adanya satu program intervensi yang konsisten masalah murid berisiko cicir ini dapat ditangani.

                        

2.0           ISU KEPRIHATINAN

3 % murid berisiko cicir dikenalpasti melalui saringan data APDM oleh guru kelas, penyelaras tingkatan dan  Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


3.0     OBJEKTIF

            3.1       Objektif Umum

                        Melalui tindakan yang dijalankan, diharapkan

                        1) Peratus murid berisiko cicir dapat dikurangkan


            3.2       Objektif Khusus

                    
                        Melalui tindakan yang dijalankan, diharapkan agar dapat:

1)    Mengenal pasti intervensi untuk murid berisiko cicir

2)    Murid berisiko cicir dapat mengurangkan kadar ponteng sekolah dan kekal bersekolah sehingga akhir sesi persekolahan.


4.0       KUMPULAN SASARAN

            10 orang murid berisiko cicir


5.0       PERLAKSANAAN KAJIAN

            5.1       TINJAUAN MASALAH            

                        Tinjauan masalah berdasarkan data APDM Januari hingga Mac 2019 dan maklum

balas dari pihak guru kelas


            5.2       ANALISIS TINJAUAN MASALAH         

1)    Analisis peratus murid berisiko cicir bulan Januari – Mac tahun 2019 mencecah 3%

2)    Analisis data peratus kehadiran murid murid berisiko cicir ke sekolah hanyalah 60% sahaja sepanjang Januari – Mac 2019

                                    

            5.3       TINDAKAN YANG DIJALANKAN

                        5.3.1   Menyediakan kertas kerja

                        5.3.2   Menjalankan soal selidik


SOAL SELIDIK KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH



Bil
Soalan
Ya
Tidak
1
Saya tidak minat subjek akademik tertentu


2
Saya sering tidak menyiapkan kerja sekolah


3
Saya tidak suka dengan guru tertentu


4
Saya bergaduh dengan kawan saya


5
Saya selalu tidur lewat dan sukar bangun pagi


6
Saya bekerja hingga lewat malam dan letih


7
Ibu bapa tidak sedar saya ponteng kerana ibu bapa keluar bekerja lebih awal


8
Sering tertinggal bas dan bermasalah pengangkutan pergi ke sekolah


9
Tidak berminat ke sekolah apabila ada aktiviti kokurikulum


10
Saya rasa tidak bersemangat untuk ke sekolah


11
Nyatakan sebab lain sekiranya tiada tersenarai di atas:
1)
2)





                        5.3.3    Analisa Soal Selidik

Bil
Soalan
Ya
Tidak
1
Saya tidak minat subjek akademik tertentu
8
2
2
Saya sering tidak menyiapkan kerja sekolah
8
2
3
Saya tidak suka dengan guru tertentu
5
5
4
Saya bergaduh dengan kawan saya
1
9
5
Saya selalu tidur lewat dan sukar bangun pagi
9
1
6
Saya bekerja hingga lewat malam dan letih
5
5
7
Ibu bapa tidak sedar saya ponteng kerana ibu bapa keluar bekerja lebih awal
7
3
8
Sering tertinggal bas dan bermasalah pengangkutan pergi ke sekolah
2
8
9
Tidak berminat ke sekolah apabila ada aktiviti kokurikulum
2
8
10
Saya rasa tidak bersemangat untuk ke sekolah
10
0
11
Nyatakan sebab lain sekiranya tiada tersenarai di atas:
1)
2)





                        5.3.4   Tindakan Yang Dijalankan

1}Sesi kaunseling individu dan kelompok
    Menjalankan sesi kaunseling individu sebanyak 3 kali dan kaunseling 
     kelompok sebanyak 3 kali
                                  

                                    2} Intervensi Personaliti Gaya Belajar
                                      Murid mengenalpasti gaya belajar masing -masing untuk disesuaikan dengan 
                                      personaliti agar memaksimumkan potensi diri.

                                   3}  Intervensi Modul SUDI : Jom Berjaya Bersama-Sama
                                    Murid menjalankan aktiviti dengan bimbingan guru kaunseling untuk mencari 
                                     pengaruh kawan yang baik dan positif manakala kawan yang negatif dijauhi 

                                    4} Halatuju Selepas SPM: Meningkatkan kefahaman murid mengenai peluang 
                                      belajar di bidang vokasional dan kemahiran yang diminatinya selepas tamat 
                                      SPM

                        5.3.5   Konsultasi Keibubapaan melalui Ziarah Cakna Dan Talian Kasih
                                   Seramai 10 murid telah dihubungi ibu bapanya dan 4 murid telah dijalankan 
                                ziarah cakna ke rumah untuk konsultasi keibu bapaan. Kontrak dengan ibu bapa 
                                 dijalankan untuk pemantauan anak dengan kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah

                        5.3.6   Ganjaran Tingkah Laku Positif

                                Murid yang berjaya menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif diberikan 
                                ganjaran


                         5.3.7   Menyediakan laporan



5.4       PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN IMPAKNYA

          
            5.4.1      Keberhasilan


Contoh data sebelum intervensi

Contoh data selepas intervensi





5.5       Refleksi Kajian




Kajian tindakan ini menunjukkan bahawa hasil yang positif berjaya menurunkan kadar murid berisiko cicir jika adanya program dan intervensi yang dijalankan oleh guru guru kaunseling. Murid yang berjaya menghapuskan terus masalah ponteng sekolah atau berjaya mengurangkan ponteng sekolah berbanding bulan Januari hingga Mac 2019, telah diberikan ganjaran sijil dan hadiah iringan  kerana sahsiah positif pada bulan Oktober 2019.
.
6.0       Cadangan Kajian

Meningkatkan peratus sasaran untuk intervensi murid berisiko cicir bagi kelas peperiksaan iaitu kelas Tingkatan 5 atau Tingkatan 3 sahaja.




BIBLIOGRAFI

Mohd Fadzil Che Din (2012). Pengenalan Kaunseling.Penerbitan Excellent Mind Resources,Kelantan.


Thank you Neez 
Semoga murah rezeki 
kelas tambahan percuma









No comments: