Total Pageviews

3 June 2019

Selamat Hari Raya Daripada UBK SMK Cheras


Lagi 2 hari kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Cuti sekolah hingga 11 Jun 2019 dan diharapkan cuti sekolah yang panjang ini dapat dimanfaatkan bersama kaum keluarga dan saudara mara.

Seperti kebiasaan setiap tahun kami akan menjalankan sesi shooting fotografi ahli UBK untuk mengucapkan selamat Hari Raya kepada warga sekolah khususnya dan kepada semua umat Islam amnya. Namun gambar fotografi tahun ini saya save untuk tujuan lain pula iaitu hari terakhir sblm cuti sekolah dan gambar terakhir dirakamkan dgn keriangan sblm Kak Raudzah mendapat pengesahan pertukaran. Oleh itu nak wish Hari Raya tahun ini, saya lebih selesa dan gembira guna gambar tahun lepas.

Fotografi ini diambil pada tahun lepas sewaktu pameran UBK menggayakan baju kebaya songket pemberian puan pengetua ketika itu Pn Kamariah Bt Abu. Nampaknya tahun ini kali terakhir kami beraya bersama di bawah label UBK SMK Cheras. Selepas ini sudah membawa haluan...dgn penghijrahan Kak Raudzah hanya tinggal saya dan Rozi sahaja. 

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
Yang pergi, semoga silaturrahim tetap terjalin ukhwah yang erat 
Yang ditinggalkan perjuangan diteruskan.

Orait kad raya maya pengganti diri dipost di media sosial dgn ayat

Pecah kaca
Pecah gelaa
Selepas baca
Harap balas

Huhu pantun legend










Balik kampung on..





No comments: