8 July 2019

Penyelia Lapangan Kaunselor Berdaftar



Tahniah kpd praktikal ini Muzarina Bt Juhari dari UKM yang mengikuti kursus Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Yang menariknya di awal praktikal dia berani menghubungi saya untuk memohon sebagai penyelia lapangan kedua. Dia memohon bantuan KPM untuk mengenalpasti guru kaunseling di KL yang menjadi kaunselor berdaftar untuk dilantik selaku penyelia kedua memandangkan setelah beliau menjalani praktikal di sebuah sekolah di Zon Bangsar, baru dia mengetahui guru gutu kaunseling di sekolah tempat praktikalnya tidak berdaftar dgn Lembaga Kaunselor.
Rupa rupanya, polisi UKM untuk penyelia lapangan wajib mempunyai lesen sbg kaunselor berdaftar agar semua dokumen itu valid disahkan oleh pihak universiti. Saya menerimanya memandangkan saya tidak perlu ke sekolah tempat praktikalnya hanya membantu menyemak semua dokumen tugas praktikalnya dan bahan bahan yang telah pun disemak terlebih dahulu oleh penyelia lapangan pertama iaitu guru kaunseling yg bertugas di sekolah praktikalnya. Saya perlu menyemak sekali lagi sebelum dokumen dihantar ke pensyarahnya.
Terima kasih atas buah tangan kek yang sedap. Semoga maju jaya dik.


Welcome Shamira
Our new 


 

Telegram Channel