Total Pageviews

10 July 2019

10 Julai 2019..Genap Perkhidmatan 19 tahun




10 july 2019...genap 19 tahun dari tarikh posting 10 july 2000.
Nak share gambar legend tahun pertama posting. Tahun pertama dan saya memberanikan diri untuk menyertai pertandingan dalam satu kategori Karnival Sains Dan Kerjaya. Niat ambil pengalaman tahun pertama masuk sbb tidak mencuba maka kita tidak tahu formatnya pada tahun tahun akan datang.
Rezeki berpihak pada team saya Johan Eksplorasi Alam Kerjaya Kerjaya Sains Dan Teknologi peringkat Zon Pudu. Tak percaya sebenarnya bila diumumkan maklumlah sekolah Zon Pudu ni ada 2 sekolah berasrama penuh dan 4 buah sekolah kluster kecemerlangan. Dapat beat johan satu wow untuk kami. Mara ke peringkat negeri mendapat tempat ketiga di Karnival Sains Dan Kerjaya peringkat WPKL di IPG Teknik Cheras ketika itu. Teruja kali pertama naik pentas bersama team untuk menerima hadiah...terus berkobar kobar semangat setiap tahun. Tahun berikutnya masuk lebih dari satu kategori dan tahun tahun berikutnya sampai maksimum 5 kategori. Punyalah obsess masuk pertandingan hahahaha.
Sejak itu tanpa GAGAL saya akan memastikan team wakil sekolah dalam mana mana kategori walaupun satu kategori wajib membawa pulang anugerah walaupun tempat ketiga. Untuk mereka yg bertanding dan untuk sekolah. Saya? Gaji mcm biasa juga walau kalah ke..menang ke.
Ya...yang penting niat. Sewaktu menyertai pertandingan saya ingin murid saya merasai keseronokan persaingan, berdisiplin dan buat sehabis baik untuk diri mereka. Saya percaya top 3 dalam tangan jika adanya komitmen dan kerjasama. Jika kalah...disebut sebut sebagai layak menang. Jika menang satu bonus. Pada masa itu, saya tak terfikir dan tidak tahu  bahawa setiap kali murid menang bertanding ia memberikan merit juga untuk prestasi perkhidmatan kita.
Cuma yg saya perasan sewaktu saya terbuka hati untuk memohon Guru Cemerlang DG48, saya menyusun resume saya untuk ruang pengiktirafan dan anugerah untuk tiga tahun, baru saya perasan list anugerah saya panjang berjela hampir 15 pencapaian dan anugerah untuk kemenjadian murid dalam pertandingan sahaja. Belum lagi anugerah dan pencapaian peribadi.  Rupanya  ia satu asbab juga untuk saya mendapat Guru Cemerlang. Huhu kalau tau...mohon masa DG 41 lagi.
Tagline saya kpd peserta setiap kali bertanding..jangan cipta sejarah KALAH..kerana kita tidak pernah KALAH. Mesti ada team yg kena bawa balik anugerah untuk sekolah. Bertabahlah ye anak anak mendapat guru pembimbing seperti saya☺

No comments: