13 July 2019

Trip PRS ke Muar, Johor








Hari ini kami ke Muar, Johor. Rancangan asal untuk penandaaras sekolah di  Simpang Renggam dan Kluang, Johor. Memandangkan hari Ahad adalah hari bersekolah di Johor untuk membuat lawatan penandaaras, maka kami bercadang satu hari Sabtu berjalan di Muar, Johor.
Bertolak dari sekolah pada pukul 8.15 pagi,  Seramai 35 murid PRS dan 3 guru kaunseling menuju ke destinasi pertama iaitu di Tanjung Emas, Muar. Tujuan asal disini untuk menikmati makan tengah hari asam pedas Muar.
Tanjung Enas mempunyai jeti dan pemandangan disini agak cantik untuk mengambil gambar. Kami berada di sini hampir sejam 30 minit.





Destinasi kedua kami untuk solat berjemaah ialah di Masjid Sultan Ibrahim antara masjid tertua di Muar. Berada disini selama sejam untuk berehat dan solat jamak.

Destinasi ketiga ialah di Kolam Air Panas Kpg  Gersik. Turun bas je rombongan kami memenuhi kolam air panas ini. Aktiviti sejam lima belas minit  untuk mencelup celup kaki. Masuk percuma sahaja. Di tengah tengah Kolam Air Panas itu memang airnya agak panas. Tetapi binaan kolam kedua agak suam membolehkan kami duduk disekeliling kolam kedua tersebut.



Destinasi ke empat kami menujiu ke Kompleks Air Itam destinasi percutian dan membeli belah yang murah. Kami duduk di sini hampir dua jam 30 minit. Ada yg borong kerepek, ada yang borong bunga bunga huhu geng cikgu lah tu dan bantal beraneka jenis.
Destinasi kelima homestay di Simpang Renggam, Johor. Boleh rekemen mmg cantik dan besar serta bersih. Hanya RM 200 untuk rumah penginapan lelaki dan RM 230 untuk rumah penginapan perempuan yg lebih besar.

Thank you Uda
For dinner treat




 

Telegram Channel