18 September 2019

MANUAL SUDI 2.0: FORMAT KAJIAN TINDAKAN


Dalam Manual SUDI 2.0 juga mempunyai bab bahagian format kajian tindakan dan contoh kajian tindakan menangani murid berisiko keciciran sekolah hasil penulisan saya yang pernah dimasukkan dalam jurnal bahagian psikologi dan kaunseling. Bagi yang pernah mengikuti bengkel saya, kajian tindakan yang asas anda boleh masukkan dalam fail manakala kajian tindakan aras tinggi untuk penerbitan jurnal boleh ditulis seprti contoh tersebut.

Saya sharekan formatnya yang saya ambil dari sepkm tulisan ahli panel pembina manual ini untuk kajian tindakan





Hari kedua di sini merupakan slot saya berkenaan dengan kajian tindakan menangani murid berisiko keciciran sekolah. Saya pernah upload slaid pembentangan saya dalam entri blog saya iaitu Kajian Tindakan Kaunseling Berfokus Menangani Murid Keciciran Sekolah

MANUAL SUDI 2.0 : Format Kajian Tindakan












PANDUAN KAJIAN TINDAKAN
5.1 BAHAGIAN 1
 5.1.1 PENGENALAN
Modul ini disediakan untuk membantu guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa (GBKSM) dalam usaha menjalankan kajian tindakan bagi menangani keciciran murid di sekolah. Tujuan utama modul ini ialah untuk menyediakan panduan sebelum sesuatu tindakan dapat dirancang atau diambil tindakan. Fokus modul adalah untuk memudahkan pengkaji membuat perancangan tindakan dan melaksanakan kajian tindakan.
5.1.2 OBJEKTIF MODUL
Selepas menggunakan modul ini diharapkan GBKSM dapat; a) Memahami konsep asas kajian tindakan b) Mengetahui ciri-ciri utama kajian tindakan c) Mengetahui kepentingan kajian tindakan d) Membezakan antara ciri-ciri kajian tindakan dengan ciri-ciri kajian lain (kajian kes, kajian strategi, konvensional dll) e) Mengetahui kaedah merancang dan melaksanakan kajian tindakan di sekolah f) Mengetahui kaedah merancang dan melaksanakan kajian tindakan di sekolah g) Merancang dan menulis kertas cadangan kajian tindakan h) Melaksanakan strategi tindakan i) Menulis pelaporan kajian tindakan.
 5.2 BAHAGIAN 2
KONSEP ASAS KAJIAN TINDAKAN
5.2.1 DEFINISI
Mc. Niff (1988), “….Pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan. Melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif sewaktu mengadakan kajian”. Elliott Adelman (1976) yang mempelopori kajian tindakan bilik darjah di United Kingdom, menegaskan bahawa kajian tindakan adalah suatu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu professional guru. Kajian tindakan merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru.

5.2.2 KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN
a) Suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu amalan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling melalui perubahan amalan GBKSM.
b) Melibatkan proses perkembangan amalan GBKSM yang sistematik melalui refleksi yang membina dan analisis yang kritikal.
 c) Melibatkan pembinaan teori daripada amalan sebenar. Penekanannya kepada praktik.
d) Membudayakan penyelidikan.
e) Kolaboratif dengan guru-guru lain.








5.2.3 CIRI-CIRI UTAMA KAJIAN TINDAKAN GBKSM dapat :
a) Memperbaiki kualiti melalui perubahan perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
b) Melibatkan proses perkembangan amalan bimbingan dan kaunseling yang sistematik melalui refleksi yang membina.
c) Merancang strategi tindakan melalui proses analitikal kritikal.
 d) Membina teori serta amalan sebenar dan penekanan kepada praktik.
e) Keutamaan dalam memahami dan memperbaiki amalan GBKSM.




5.2.4 PERBANDINGAN PENDEKATAN KAJIAN TINDAKAN DENGAN KAJIAN LAIN YANG BERSIFAT KUANTITATIF 
Rujuk Manual


5.2.5 ETIKA DALAM KAJIAN TINDAKAN
a) Bukti atau data yang diperolehi tidak boleh melibatkan pengenalan identiti kecuali dengan kebenaran.
b) Hak-hak kerahsiaan terpelihara.
c) Penerbitan laporan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada ahli jawatankuasa kajian.

5.3 BAHAGIAN 3
PROSEDUR PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

5.3.1 MENGENAL PASTI ISU / MASALAH / SITUASI

Untuk mengenal pasti perkara di atas, GBKSM perlu memusatkan perhatian terhadap perkara-perkara berikut:
 a) Apakah yang sedang berlaku?
 b) Bagaimanakah sesuatu isu / masalah / situasi itu wujud?
c) Apakah yang boleh dilakukan sebagai tindakan GBKSM?
d) Menghadkan kajian kepada isu yang spesifik, tidak rencam.
 e) Memberi keutamaan berdasarkan persoalan yang mana perlu didahului seiringan dengan kehendak pentadbiran sekolah dalam bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
 f) Sebaik-baiknya kajian dilakukan secara kolaboratif (kerjasama dengan rakan sekerja)
g) Menentukan bidang tindakan kajian dalam bimbingan dan kaunseling.
 h) Pemilihan isu kajian
i. Subjek dalam kawalan penyelidikan
ii. Perlukan tindakan segera
 iii. Belum ditemui jalan penyelesaian dan memerlukan pengkajian
iv. Melibatkan penyelidikan dan rakan sejawat
v. Diyakini akan mendatangkan kesan yang baik ekoran kajian tindakan.


 5.3.2 MERANCANG TINDAKAN
a) Menyediakan matlamat tindakan
b) Menyediakan rasional / sebab-sebab cadangan tindakan
c) Contoh senarai tindakan-tindakan yang dicadangkan:
i. Tugas dan tanggungjawab baru
ii. Aktiviti baru
iii. Bahan-bahan baru
iv. Struktur organisasi baru
v. Falsafah dan konsep perubahan
vi. Penyataan cara-cara pemantauan yang ada
vii. Penilaian
 viii. Penyataan keperluan yang lain seperti sumber rujukan, kewangan, tenaga, kelengkapan, masa dan sebagainya.
ix. Bersesuaian dengan teori-teori praktik yang dibina daripada amalan sebenar.

5.3.3 MENINJAU DAN MENGUTIP DATA KAJIAN TINDAKAN
Contoh tinjauan dan kutipan data awal;
a) Bahan-bahan dokumentasi seperti buku lawatan bilik bimbingan dan kaunseling, jadual kedatangan, keputusan peperiksaan, latar belakang murid, buku demerit murid dan sebagainya.
b) Transkripsi hasil temubual dengan murid dan guru. 5

3.4 INSTRUMEN/ALAT UNTUK MENGENAL PASTI MASALAH/ISU
a) Pemerhatian
i. Secara langsung tanpa bantuan alatan teknikal.
ii. Pemerhatian menggunakan borang dan alat elektronik.
b) Temu bual
i. Kaedah ini membantu mengkaji mendapatkan maklumat secara mendalam yang boleh dilakukan secara berstruktur.
c) Ujian Kertas Pensil / Bertulis i. Kaedah ini dirujuk sebagai salah satu kaedah untuk mengena pasti masalah melalui
a. Ujian bulanan
b. Ujian percubaan
c. Ujian tahunan
d. Ujian semester
d) Soal selidik Soal selidik digunakan untuk mengutip data secara formal.
Soal selidik yang dibentuk perlulah memenuhi objektif atau soalan kajian yang telah dikenal pasti.

5.3.5 MELAKSANAKAN TINDAKAN
Pada peringkat ini, GBKSM atau pengkaji melaksanakan aktiviti mengikut perancangan dan jangka masa ditentukan. Contoh : Meningkatkan peratus kehadiran murid di sekolah a) Taklimat
i.               Ceramah kesedaran
ii.               Bimbingan dan kaunseling kelompok
iii.             Pemantauan kehadiran berterusan
iv.            Kolaboratif dengan unit disiplin
v.              “Sentuhan Kasih Pengetua / Guru Besar” – touching pentadbiran
vi.            Penghargaan (siji) kerana perubahan positif murid


Pada ketika ini, GBKSM perlu membuat pemerhatian, refleksi dan penilaian terhadap setiap aktiviti yang dilaksanakan.
PROSES KERJA KAJIAN TINDAKAN
1. KENAL PASTI MASALAH
2. PERANCANGAN
3. MELAKSANAKAN
4. PENILAIAN


5.4 BAHAGIAN 4
PANDUAN PENULISAN KERTAS CADANGAN
Bagi menjalankan sesuatu kajian tindakan, GBKSM perlu memahami peringkat dan proses penulisan dalam kajian tindakan seperti dalam carta aliran berikut :

PERINGKAT PERMULAAN KAJIAN
Penulisan dan Pembentangan Kertas Cadangan
Peringkat Pelaksanaan
Penulisan dan Pembentangan Kemajuan Kajian
Penulisan Laporan Kajian
Peringkat Penelitian Kajian
Peringkat Terakhir Kajian
Peringkat Penerbitan Kajian



5.5 FORMAT KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN
5.5.1 Tajuk kajian
5.5.2 Nama sekolah
5.5.3 Kumpulan penyelidikan
5.5.4 Tujuan / Objektif kajian
5.5.5 Isu / keperihatinan yang dikaji
5.5.6 Refleksi masalah
5.5.7 Sasaran kajian
5.5.8 Cadangan tindakan
5.5.9 Cadangan bahan yang diperlukan
5.5.10 Jadual pelaksanaan kajian
5.5.11 Anggaran perbelanjaan kajian

5.6 BAHAGIAN 5
 5.6.1 PANDUAN PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN

GBKSM dapat mengemukakan pengetahuan atau maklumat yang diperoleh daripada kajian melalui penulisan laporan. Maklum balas tentang dapatan kajian membolehkan refleksi kendiri dilaksanakan. Walau bagaimanapun, terdapat berbagai cara atau gaya penulisan laporan kajian tindakan. Contoh berkenaan.












5.6.2 FORMAT MENULIS LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
1 Tajuk
2 Penghargaan
3 Abstrak
4 Isi kandungan
5 Latar belakang kajian
6 Pernyataan masalah
7 Metodologi kajian
8 Tinjauan alat / instrumen kajian
9 Perancangan tindakan
10 Pelaksanaan perancangan tindakan
 11 Refleksi
12 Kesimpulan
13 Bahan-bahan atau buku rujukan
14 Lampiran

1 TAJUK 

Pada muka surat pertama laporan tulis tajuk kajian, nama atau nama-nama penyelidikan dan tarikh selesai ditulis. Tajuk mesti tepat, ringkas dan menepati kajian yang dilaksanakan seperti contoh berikut:
i.               Meningkatkan jumlah kehadiran murid ke sekolah (di satu kelas pilihan) –“Jom, ke sekolah…”
ii.              Meningkatkan motivasi murid belajar dalam kalangan murid tingkatan 4
iii.             Meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan murid tahun 3.

2 PENGHARGAAN
Penghargaan hendaklah diberikan kepada semua pihak yang membantu melaksanakan kajian atau menyiapkan laporan

3 ABSTRAK
Dalam abstrak, terangkan tujuan kajian, kaedah dan dapatan kajian.

4 ISI KANDUNGAN
Senarai isi kandungan dan muka surat bagi pecahan tajuk.

5 LATAR BELAKANG KAJIAN
Terangkan latar belakang kajian seperti sejarah, isu, perkembangan dan sebagainya.

 6 PERNYATAAN MASALAH 
Huraikan masalah sebenar yang ingin dikaji berserta dengan sokongan daripada
kenyataan- kenyataan, penulisan, data dan sebagainya.

7 METODOLOGI KAJIAN 
Huraikan reka bentuk kajian, sasaran kajian, batasan kajian, alat kajian serta jenis
penganalisisan kajian. Etika kajian juga boleh dimuatkan.

8 TINJAUAN ALAT / INSTRUMEN KAJIAN Huraikan bagaimana anda melakukan tinjauan. Huraian ini mengandungi aspek-aspek berikut:
i.               Jenis instrumen untuk proses tinjauan
ii.              Huraian dapatan daripada tinjauan
iii.              Analisis dapatan daripada tinjauan
iv.            Teori yang dibentuk daripada tinjauan yang dilakukan v. Nyatakan persoalan yang diberi keutamaan fokus untuk diperbaiki.

9 PERANCANGAN TINDAKAN
Huraikan perancangan yang ingin dilaksanakan. Perancangan anda mungkin dalam bentuk kaedah pengajaran baru, modul, aktiviti dan sebagainya. Perancangan anda perlu bersesuaian dengan dapatan dari tinjauan dan teori yang anda bentuk.

10 PERLAKSANAAN PERANCANGAN TINDAKAN
Huraikan bagaimana anda melaksanakan perancangan serta kekangan yang dihadapi.

11 REFLEKSI 
Huraikan bagaimana anda melakukan refleksi dan apakah maklumbalas yang diterima daripada proses refleksi ini.

12 KESIMPULAN
 Buat kesimpulan ringkas dan rancangan untuk proses gelungan berikutnya.

13 BAHAN –BAHAN ATAU BUKU RUJUKAN
Nyatakan segala bahan rujukan yang telah digunakan.

 14 LAMPIRAN 
Sertakan pada penghujung laporan segala bahan yang digunakan dalam kajian sebagai lampiran kajian


Ikan Celup Tepung
Thank you Along, Puan B dan Kak Lenny
Meehon sup perut
Thanks Ziana :)
Really calm my panic attack







4 comments

Terima kasih Puan, artikel yang sangat membantu saya yang baru belajar untuk memulakan kajian tindakan. Tahniah.

TERIMA KASIH BANYAK PUAN...MOGA ALLAH LIMPAHKAN KEBAIKAN DAN REZEKI BUAT PUAN. BLOG PN SENTIASA MENJADI PANDUAN UNTUK SAYA TINGKATKAN KEMAHIRAN KAUNSELING.MOGA ADA REZEKI DAPAT BERTEMU PUAN.

Sama sama. Semoga perkongsian ini membantu anda memulakan kajian tindakan

waalaikummussalam Asma
Aamiin ..doa yg baik baik utk saya semoga dimakbulkan Allah. Semoga anda dapat meningjatkan kemahiran dan ada rezeki bertemu

 

Telegram Channel