Total Pageviews

17 September 2019

Manual SUDI 2.0: Murid Berisiko Keciciran Sekolah




Assalammualaikum warga Terengganu.

Mendapat info untuk ke Terengganu minggu ini menggamit kehidupan di Universiti Putra Malaysia Terengganu tempat saya belajar Bac Pend Bimbingan Dan Kaunseling dalam tahun 1997-2000.
Sebelum itu di peringkat diploma antara 1995-1997. Sudah tentu peluang yang ada ini saya akan gunakan menikmati makanan tempatan :)  Maka turun sahaja flight perkara pertama yang dicari ialah nasi minyak Terengganu. Terima kasih B selaku urusetia di sini yang membawa saya dan Kak Julia makan nasi minyak.

Pendaftaran peserta pada pukul 11.00 pagi dan saya dapat melihat ramai  coursemate, senior dan junior saya dalam senarai peserta di sini. 
Slot hari ini bermula pada pukul 2.00 petang dan ia merupakan slot mengenai pengenalan Manual SUDI 2.0. Taklimat ini disampaikan sendiri oleh En Mohd Pilus dari BPSH , KPM . Apa itu manual SUDI 2.0? Telah diupload dalam sepkm sejak dua bulan yang lalu. 
Ia merupakan langkah -langkah yang diambil oleh guru kaunseling menangani kes murid berisiko cicir melalui 4 fokus perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan agensi yang boleh dilibatkan.
Saya kongsikan manual ini yang di down dari sepkm.


Slot kedua hari ini dikendalikan oleh Kak Julia untuk meninjau mengenai  intervensi yang digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling menggunakan Modul SUDI 1.0. Simulasi dijalankan agar semua guru bimbingan dan kaunseling mengetahui mengenai intervensi yang terdapat pada Modul SUDI 1.0 dan dapat mengaplikasikannya.


Paya Bunga Hotel
Terengganu Cantik 













































No comments: