10 October 2019

Pertandingan Bilik Kelab Doktor Muda



Hari penjurian Kelab Doktor Muda. Mengapa saya upload dalam blog saya? Kerana aktiviti Kelab Doktor Muda di sekolah saya diletakkan di bawah Unit Kesihatan dan tidak bergerak seperti sebuah kelab yang biasa dijalankan sewaktu aktiviti kokurikulum. Oleh itu, jika ada aktiviti yang melibatkan Kelab Doktor Muda saya akan pinjamkan ahli ahli Kelab Kerjaya saya kepada Kelab Doktor Muda agar ada penyertaan untuk pihak sekolah seperti pertandingan folio atau pembentangan kesihatan yang melibatkan Doktor Muda. 

Sudah tentu hasilnya berbeza bukan, dengan ahli Kelab Doktor Muda yang bergerak secaa rasmi dengan aktiviti dan pemantauan buku log yang konsisten. Malahan modul yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan juga dapat dijalankan. Oleh kerana itu, ahli Kelab Kerjaya saya di tingkatan empat  aktif menyertai aktiviti di bawah Unit Kesihatan Dan UBK menyebabkan mereka faham mengenai Doktor Muda. Silibus PRS sendiri mengenai pelbagai jenis penjagaan kesihatan seperti PPDa, Rokok, Kesihatan Mental, Penjagaan Diri 

Tahun ini pula terdapat banyak aktiviti Kelab Doktor Muda menyebabkan penambahbaikan yang akan dilakukan oleh pihak sekolah adalah mewujudkan Kelab Doktor Muda secara rasmi dan akan bergerak seperti badan persatuan kokurikulum yang rasmi sewaktu perjumpaan kokurikulum. 

Namun guru kesihatan gembira kerana juri yang hadir memuji mengatakan inisiatif juga oleh pihak sekolah untuk menyertai pertandingan ini memandangkan surat siaran mengatakan bilik Kelab Doktor Muda diwajibkan diwujudkan. SEdangkan ada sahaja sekolah yang tidak menyertai pertandingan ini dan tidak mewujudkan bilik ini. 

Oleh kerana keahlian Kelab Doktor Muda tahun ini adalah ahli -ahli Kelab Kerjaya saya, maka tempias jugalah kami guru guru kaunseling turun padang bantu Unit Kesihatan sekolah yang mana hanya seorang guru sahaja dari Unit Kesihatan Sekolah yang terlibat dengan projek Doktor Muda ini. Tentulah tidak menang tangan dibuatnya dengan surat pertandingan diperolehi dua minggu sebelum penjurian. Inilah hasilnya Bilik Kesihatan sekolah kami yang menjadi bilik pameran Kelab Doktor 
Semoga memberikan pengalaman yang bermakna kepada murid -murid ini.

Tahniah Kementerian Kesihatan atas inisiatif Kelab Doktor Muda


KRS Uniform No 2 
Officially KRS and me 









































 

Telegram Channel