Total Pageviews

9 October 2019

Kertas Kerja Program Selepas PT3 : Slot UBK





1.0      PENGENALAN



            Peperiksaan PT3 merupakan peperiksaan yang penting bagi murid Tingkatan 3. Keputusan peperiksaan tersebut menjadi penentu bagi kelas –kelas yang akan diduduki oleh murid. Oleh itu, murid perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang baik. Oleh kerana peperiksaan PT3 dijalankan pada minggu pertama hingga kedua Oktober, maka pelajar perlu ke sekolah hampir sebulan lagi untuk menamatkan sesi persekolahan. Maka pengisian yang penting perlu dirancang dengan lebih bijak agar lebih berkesan dan dapat menarik perhatian pelajar untuk masih ke sekolah. Oleh kerana itu, Unit Bimbingan Dan Kaunseling merancang aktiviti – aktiviti  khusus untuk memberikan input dalam empat fokus bidang iaitu pemantapan sahsiah, peningkatan disiplin, psikososial dan kesejahteraan mental dan perkembangan kerjaya.



2.0      MATLAMAT



Murid dapat menjalankan aktiviti dengan berfaedah sepanjang program selepas PT3 dan menyeronokkan mereka untuk kekal hadir bersekolah.



3.0      TARIKH/MASA/TEMPAT

          14 Oktober 2019 – 16 November 2019



4.0      SASARAN

          Semua murid Tingkatan 3



5.0      OBJEKTIF

1)       Mempromosikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sepanjang masa

2)       Menarik murid mengekalkan kehadiran ke sekolah dengan aktiviti yang menarik







6.0      KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME

Output
100% murid Tingkatan 3 yang hadir akan mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
Outcome
Peningkatan jumlah klien yang sukarela menggunakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling setiap tahun.





7.0      PERUNTUKAN KEWANGAN

          Sumber Kewangan

          PCG Geografi                    :                                                             = RM 1,200

         

          Perbelanjaan

          Penceramah Kemasukan Ke SM Teknik           =        RM 120

          Penceramah Kemasukan Ke SM Vokasional     =        RM 120

          Jamuan RIMUP Deepavali                                =        RM 300

          Bas lawatan                                                       =        RM 450

          Pertandingan Team Building                             =        RM 210       = RM 1,200





8.0    AHLI JAWATANKUASA



          Pengerusi          : Encik Jamil Bin Jamaludin

          Naib Pengerusi : Cik Lee Swee Ching

          Setiausaha         : Puan Nurhaiza Bt Che Mat

          Naib Setiausaha : Puan Rozinani Bt Awang





9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN

          9.1      URUSETIA/ PENCERAMAH

                     Unit Bimbingan Dan Kaunseling

                     Panitia Geografi

                                        



          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN



         

Tarikh
Masa
Aktiviti

14.10.2019 (Isnin)
8.00 pagi -9.00 pagi
Intervensi Psikometrik Minat Kerjaya Dan Kecergasan Pelbagai: Pemilihan Aliran Elektif
Ting 4


9.30 pagi – 11.30 pagi
Taklimat Mata Pelajaran Elektif Ting 4 Di SMK Cheras
(Bersama Panitia Geografi)
15.10.2019 (Selasa)
7.30 pagi – 9.00 pagi
Soal Selidik Permasalahan Murid, Saringan Minda Sihat Dan Ujian Gaya Daya Tindak Murid Ting 3

16.10.2019 (Rabu)
7.30 pagi – 9.00 pagi
Ceramah Kemasukan Ke SM Teknik Anjuran UBK Dan Panitia Geografi
17.10.2019 (Khamis)
7.30 pagi – 9.00 pagi
Komunikasi Berkesan
21.10.2019 (Isnin)
8.00 pagi -9.00 pagi
SMART Penampilan Diri: Motivasi Keyakinan Diri Mata Sihat Imej Diri Sihat

24.10.2019 (Khamis)
7.30 pagi – 9.00 pagi
Aktiviti RIMUP Deepavali : Menghormati Kepelbagaian Budaya Di Malaysia
    
-       Pembinaan Kolum
-       Jamuan Maruku

Anjuran UBK Dan Panitia Geografi



9.30 pagi – 11.30 pagi
Berjaya TVET College
-       Taklimat Kursus Vokasional
-       Demo kulinari


1.11.2019 (Jumaat)

9.30 pagi -12.30 pagi

Ceramah Kemasukan Ke  Kolej Vokasional Anjuran UBK Dan Panitia Geografi


7.11.2019 (Khamis)
8.00 pagi – 1.10 t/hari
Lawatan Ke Ajinomoto


12.11.2019 (Selasa)

9.30 pagi
- 11.30 pagi


Aktiviti Al Ikhsan Sport: Membina Potensi Keusahawanan

15.11.2019 (Jumaat)

11.30 pg- 12.30 t/hari

Teknik Minda Sihat: Urutan Relaksasi Dan 10B



18.11.2019 (Isnin)
7.30 pagi – 1.00 t/hari
Team Building Menggunakan Orienteering Dan Strategi Penyelesaian Masalah Anjuran UBK dan Panitia Geografi








10.0    PENGURUSAN RISIKO

Risiko
Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab
Kemalangan
Kecuaian
Ke klinik
Guru rombongan





11.0    KAEDAH PEMANTAUAN

           PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM

            Borang Pemantauan Program Oleh Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum

           

PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME

Borang Penilaian Program





12.0    PENUTUP

          Semoga program selepas PT3 ini berjalan lancer dan mencapai objektif yang

diharapkan.



Ulasan:

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________









Disediakan oleh,





(Nurhaiza Binti Che Mat)



Multitask
Take a deep breath




No comments: