Total Pageviews

16 November 2019

Kertas Konsep Unit Kajian Tindakan Dan Inovasi SMK Cheras 2020


Selamat malam! Warga Melaka. Bengkel Pemurnian Buku Pengurusan Sekolah selama tiga hari dua malam di Avillion Legacy Melaka.

Saya kongsikan part saya menubuhkan Unit Kajian Tindakan Dan Inovasi Sekolah secara formal memandangkan selama ini saya hanya coaching guru yang berminat sahaja untuk menjalankan kajian tindakan bagi panitia. Tuan pengetua meminta saya membimbing dalam bentuk panitia pula kerana mahu setiap panitia dapat menghasilkan kajian  tindakan dan inovasi. Oleh itu, saya menubuhkan unit ini untuk sokongan dan pementoran  bagi setiap panitia untuk menghasilkan kajian tindakan dan inovasi mengikut kemampuan masing- masing. 

Peluang pembentangan dan pertandingan akan diintai untuk menguji inovasi tersebut di tahap yang boleh diketengahkan . Yang pastinya, penerbitan akan dilaksanakan setiap tahun sebagai salah satu bentuk penulisan ilmiah guru -guru SMK Cheras. Semoga dipermudahkan.

Habis sahaja sesi pemurnian untuk bahagian pentadbiran dan kurikulum, kami ke Ikan Bakar  Muara Sungai Duyung menikmati pemandangan laut dan senja. Memang cantik!

Kemudian kami ke Cruise Sg Melaka menikmati pemandangan Melaka di waktu malam dan berakhir dengan sambutan hari lahir Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum kami, Cik Lee Swee Ching. 


Leadership bonding



KERTAS KERJA
PELAN OPERASI PENUBUHAN
 UNIT INOVASI DAN KAJIAN TINDAKAN
SMK CHERAS 2020



1. 0     PENDAHULUAN                :

          Fokus  Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  (PPPM)  2013  –  2025  adalah  n
taraf sistem pendidikan sekolah agar selaras dengan sistem pendidikan terbaik di negara maju.
Faktor  guru  merupakan  salah satu  daripada  penentu kualiti  sistem  pendidikan.  Kajian  lepas
banyak  mempersoalkan  kualiti  guru  dalam  aspek  pengajaran  dan  pem
Fokus Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 adalah peningkatan taraf sistem pendidikan sekolah agar selaras dengan sistem pendidikan terbaik di negara maju. Faktor guru merupakan salah satu penentu kualiti sistem pendidikan. Usaha yang boleh diambil oleh guru untuk memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran mereka dengan menjalankan kajian tindakan. Kementerian telah menetapkan setiap jabatan menjalankan kajian tindakan namun terdapat cabaran untuk guru –guru menjalankan kajian tindakan secara efektif. PIPP 2006 - 2010 pula telah menekankan mengenai latihan perguruan yang menekankan mengenai penyelidikan dan pembangunan agar menjadikan budaya penyelidikan sebagai budaya kerja pendidik guru. Dalam PIPP menekankan setiap guru perlu berinovatif dalam memperbaiki kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Oleh itu kaedah yang diwajibkan adalah keperluan kajian tindakan dijalankan.

Namun demikian, di peringkat sekolah kajian tindakan yang sepatutnya dijalankan dalam keadaan sukerela mendapat sambutan dalam anggaran 10% guru sahaja dalam setahun. Manakala projek inovasi hanya melibatkan penyertaan guru antara 1% sahaja dalam setahun. Ini adalah satu budaya yang kurang menggalakkan penghasilan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan murid.

Pada alaf ini, pengajaran dan pembelajaran Abad Ke 21 menerapkan kemahiran oleh guru dalam 6C. 6C merupakan aspek pemikiran kritis, pemikiran kreatif, kolaborasi, komunikasi, pembentukan watak dan kenegaraan. Apsek pemikiran kreatif menggunakan kecekapan minda menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa, pelbagai dan bernilai.  Guru dapat menggarap elemen KBAT dan PAK21 yang berfokus kepada amalan berimpak tinggi untuk pengetahuan murid mengenai aktiviti semasa sekolah, menyediakan aktiviti secara komprehensif dan fleksibel mengikut kesesuaian murid dan lokasi dan murid sendiri boleh mengorganisasikan pengajaran dan pembelajaran (perancangan bahan, aktiviti  mengendalikan pembelajaran selaku fasilitator).

Oleh itu, satu unit kajian tindakan dan inovasi ditubuhkan untuk membimbing guru-guru yang berminat dalam kajian tindakan dan inovasi bagi peningkatan profesionalisme guru itu sendiri. Unit yang ditubuhkan dapat membantu sebagai unit sokongan kepada guru-guru mengetengahkan idea mereka bukan sahaja kepada warga sekolah malahan ke peringkat yang lebih tinggi.


2.0       MATLAMAT                           :
Mewujudkan budaya penyelidikan melalui kajian tindakan dan meningkatkan penghasilan inovasi oleh warga sekolah       

           3.0.      TARIKH/ MASA/ TEMPAT    :           Januari hingga November 2020

           4.0       SASARAN                              :           Semua warga sekolah

5.0       OBJEKTIF

Objektif penubuhan unit ini untuk:

2.1 Memupuk sikap menjalankan penyelidikan kajian tindakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menilai impak keberkesanan  pengajaran dan pembelajaran.
2.2 Menilai amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran guru untuk dijadikan amalan guru –guru yang lain sebagai contoh terbaik.
2.3 Menjalankan penyelidikan melalui kajian tindakan untuk menilai impak keberkesanan program Hal Ehwal Murid dan aktiviti Kokurikulum yang dapat dijadikan amalan terbaik sekolah.
2.4 Menubuhkan sistem sokongan untuk guru –guru menjalankan inovasi dan seterusnya menyertai pertandingan inovasi bagi dinilai oleh orang luar mengenai prestasi inovasi yang dicipta untuk manfaat kepada murid-murid di sekolah.


6.0       KPI (Indikator Output Dan Outcome)


Output

Penyelidikan kajian tindakan atau inovasi dihasilkan setiap tahun untuk membantu peningkatan kemenjadian murid dan peningkatan profesionalisme guru-guru yang menghasilkan penyelidikan dan inovasi sebagai amalan terbaik setiap tahun.
Outcome
Guru dan murid –murid yang dilatih, lebih yakin untuk membentangkan penyelidikan di peringkat sekolah, daerah, negeri , kebangsaan atau antarabangsa hasil kajian tindakan dan inovasi yang dijalankan dan seterusnya membudayakan penyelidikan kajian tindakan dan inovasi setiap tahun.

KPI Penghasilan Kajian Tindakan Dan Inovasi

2018
2019
(rintis)
2020
(projek dimulakan)
Bilangan Penghasilan Kajian Tindakan Dan Inovasi
8
11
14
Bilangan Penglibatan Dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan Atau Antarabangsa
0
4
6
Bilangan kemenangan dalam pertandingan inovasi
0
4

6
Bilangan kajian ilmiah yang diterbitkan

0
4
6

                                               
           
7.0       IMPLIKASI KEWANGAN

            SUMBER KEWANGAN
           
BIL
PERKARA
SUMBER
JUMLAH
1
Pertandingan Inovasi Murid Dalam Pembelajaran
PCG Panitia
RM 100 x 10 panitia=
RM 1,000
2
Pertandingan Inovasi Guru
PIBG
RM 1,000
3
Penghasilan Buku Amalan Terbaik Kajian Tindakan Dan Inovasi
Pusat Sumber Sekolah


RM 300
4

Pertandingan Inovasi Unit Kaunseling


PCG Kaunseling

RM 500
5
Pertandingan Kokurikulum
Ko kurikulum
RM 500
           



AHLI JAWATANKUASA
UNIT KAJIAN TINDAKAN DAN INOVASI
SMK CHERAS 2020
             
              Pengerusi                  : En Jamil Bin Jamaludin
                                                Pengetua
            Timbalan Pengerusi : 
            Naib Pengerusi        :  Cik Lee Swee Ching
                                                Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum

                                                Pn Nor Azlinda Bt Hasmunih
                                                Penolong Kanan HEM

                                                Puan Saleha Bt Ali
                                                Penolong Kanan Kokurikulum

                                                Pn Maheran Binti Ahmad
                                                Penolong Kanan Petang

            Setiausaha                  Puan Nurhaiza Bt Che Mat
                                                Guru Bimbingan & Kaunseling

           
Senarai Bidang Tugas
Bil
Senarai AJK
Tugas
1
Penyelaras
Pn Nurhaiza Bt Che Mat
1.     Bertindak selaku jurulatih untuk melatih guru –guru dalam penulisan penyelidikan kajian tindakan melalui bengkel penulisan.
2.     Bertindak selaku jurulatih terhadap penghasilan inovasi berimpak terhadap kemenjadian murid.
3.     Selaku ketua editor terhadap penghasilan penyelidikan kajian tindakan untuk diterbitkan dalam buku Amalan Terbaik Sekolah setiap tahun.

2
AJK Pelaporan Dan Editor
Puan Rozinani Bt Awang
Puan Nur Azlina Bt Che Omar
1.     Mencatatkan minit mesyuarat dan laporan perjumpaan sewaktu kajian tindakan atau inovasi guru dalam bengkel atau Dialog Prestasi dijalankan
2.     Editor buku Amalan Terbaik Sekolah
3
AJK Fotografi Dan Multimedia
En Rahimi Bin Ab Karim
Encik Hazmer Bin Mamat

1.     Menjalankan aktiviti rakaman amalan terbaik di bilik darjah atas cadangan dari guru kanan.

4
Cik Noraini Bt Jamaludin
1.     Membuat pengesahan terhadap penyelidikan dan inovasi melalui eviden yang ditunjukkan
2.     Menentukan giliran pembentang Kajian Tindakan atau Inovasi sewaktu Dialog Prestasi
5
AJK
Puan Rodiyah Bt Mohamed

1.     Pengurusan penjilidan buku, penyimpanan dan pengedaran buku Amalan Terbaik Kajian Tindakan Dan Inovasi SMK Cheras
6
AJK Grafik Dan Backdrop
En Abdull Azis Bin Arbi
1.     Mencipta grafik untuk kulit buku Amalan Terbaik dan mencipta grafik untuk kain rentang atau bunting pembentangan inovasi peringkat luar sekolah.
7
AJK Kajian Tindakan Dan Inovasi Panitia

Puan Narinder Kaur a/p Peara Singh
Ketua Panitia

1.     Merancang kajian tindakan dan inovasi untuk panitia
2.     Menjalankan kajian tindakan atau inovasi
3.     Menulis kajian tindakan atau inovasi
4.     Membentangkan dalam mesyuarat panitia
5.     Penerbitan kajian tindakan dan inovasi
8
AJK Kajian Tindakan Dan Inovasi HEM

Puan Nafsah Bt Mohd Shah
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
1.     Merancang kajian tindakan atau inovasi untuk Unit HEM
2.     Menjalankan kajian tindakan atau inovasi
3.     Menulis kajian tindakan atau inovasi
4.     Membentangkan dalam mesyuarat HEM
5.     Penerbitan kajian tindakan dan inovasi
9
AJK Inovasi Kokurikulum

Cik Hufaidah Bt Zakaria
Puan Rozinani Bt Awang
1.     Merancang kajian tindakan atau inovasi untuk Unit Kokurikulum
2.     Menjalankan kajian tindakan atau inovasi
3.     Menulis kajian tindakan atau inovasi
4.     Membentangkan dalam mesyuarat Kokurikulum
5.     Penerbitan kajian tindakan dan inovasi
           

9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN
          9.1      URUSETIA
                     Unit Kajian Tindakan Dan Inovasi
                     Unit Bimbingan Dan Kaunseling
                                                             
          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN
Proses Aliran Kerja     :
BIL
PROSES KERJA

TANGGUNGJAWAB
SASARAN
CATATAN
1
Mesyuarat Jawatankuasa
Penyelaras
AJK Unit Kajian Tindakan Dan Inovasi

2
Bengkel LDP
Puan Nurhaiza Che Mat

Guru –guru SMK Cheras
Bengkel Penghasilan Kajian Tindakan Dan Inovasi
3





4
Bengkel 2





Pelaksanaan kajian tindakan atau inovasi


Puan Nurhaiza Che Mat




Guru –guru mengikut panitia
Berdasarkan jadual


Guru yang terlibat
Bengkel





Sesi konsultasi individu dan kelompok secara berjadual
5
Bimbingan penyediaan slaid pembentangan peringkat sekolah atau menyertai pertandingan
Puan Nafsah Bt Mohd Shah
Cik Hufaidah Bt Zakaria
Guru yang terlibat
Bimbingan Individu Dan Kelompok
6
Penulisan kajian tindakan atau laporan pelaksanaan inovasi

Pn Nurhaiza Bt Che Mat

Guru yang terlibat

Bimbingan Individu Dan Kelompok
7
Pembentangan atau menyertai pertandingan

Pn Nurhaiza Bt Che Mat
Pn Rozinani Bt Awang

Guru yang terlibat
Bimbingan gaya pembentangan kepada yang terlibat
8
Melaporkan kajian tindakan secara bertulis untuk splkpm


Cik Noraini Bt Jamaludin

Guru yang terlibat
Pelaporan kajian tindakan
9
Edit artikel kajian tindakan atau inovasi oleh editor
Puan Nurhaiza Che Mat
Pn Rozinani Bt Awang
Pn Nur Azllina Bt Che Omar

Guru yang terlibat
Editor
10
Penjilidan artikel dalam Buku Amalan Terbaik Kajian Tindakan Dan Inovasi SMK Cheras


Puan Rodiyah Bt Mohamad
En Abdull Azis Bin Arbi

Guru yang terlibat
Penjilidan


            Proses Aliran Kerja Berkumpulan      :
BIL
PROSES KERJA

TANGGUNGJAWAB
1
Scaffolding
Ketua kumpulan
2
Memilih isu untuk dikaji
Ahli kumpulan
3
Perancangan pengumpulan data
Ahli kumpulan
4
Sesi perlaksanaan perancangan dan pemerhatian
Ahli kumpulan
5
Dialog Pedagogi menggunakan ayat menggunakan soalan Socratic
Iaitu soalan mengenai soalan, soalan mencari penerangan dan soalan mencari bukti atau bahan kepada pendapat

Guru yang terlibat
6



Penulisan laporan kajian tindakan

Guru yang terlibat
7
Pembentangan panitia

Guru yang terlibat
8
Penerbitan artikel kajian tindakan dan inovasi.

Guru yang terlibat


10.0    PENGURUSAN RISIKO
Risiko
Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab
Panitia tidak berminat untuk menghasilkan kajian tindakan dan inovasi
Kurang bermotivasi
Menyediakan ganjaran berbentuk sijil, pemarkahan keberhasilan guru dan hadiah iringan untuk kajian tindakan atau inovasi terbaik.
Semua Penolong Kanan
Panitia tidak dapat menghasilkan kajian tindakan atau inovasi kerana sering menangguh perbincangan dan penulisan
Tiada kerjasama antara ahli panitia dalam menjalankan projek
Menyediakan format dalam bentuk tugasan individu dan ahli panitia hanya menulis projek masing-masing mengikut format dalam borang tersebut sebagai eviden untuk mewakili panitia
Guru panitia


11.0    KAEDAH PEMANTAUAN
           PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM
            Borang Pemantauan Program
           
PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME
Borang Penilaian Program


12.0    PENUTUP
Semoga penubuhan unit kajian tindakan dan inovasi ini dapat membantu lebih ramai guru untuk menghasilkan penyelidikan sehingga menjadi budaya kerja untuk peningkatan profesionalisme guru. Unit ini menjadi pusat latihan, runding cara dan membimbing guru menjalankan kajian tindakan atau inovasi dengan cara yang lebih sistematik untuk menghasilkan amalan terbaik dalam pendidikan yang boleh dicontohi untuk peningkatan kemenjadian murid.



































No comments: