Total Pageviews

3 November 2019

Teknik Relaksasi Sepanjang Peperiksaan


Murid boleh mengalami ketegangan atau stres sepanjang musim peperiksaan.  Ia berlaku kerana otot-otot di bahagian leher dan bahu mengalami kurang pergerakan bagi  tempoh yang lama.
Untuk melegakan otot-otot dan melancarkan kembali perjalanan darah, anda boleh membantu rakan dengan melakukan  urutan leher dan bahu. Gap antara kertas peperiksaan boleh dicuba atau sewaktu mengulangkaji peperiksaan.
Bagi memulakan urutan ini,
1. Minta rakan anda duduk dengan selesa sambil memejamkan mata dan cuba  fikirkan sesuatu yang memenangkan fikiran.
Berdiri dibelakang dan letakkan tangan di atas bahunya.
2. Mulai dengan Ibu jari diletakkan di bahagian tengkuk sambil mengurut  dengan perlahan  ke bahu dan kembali semula ke tengkuk.  Ulangi sebanyak 3 kali.
3. Gunakan kedua-dua tangan dan urut bahu sehingga kebahagian atas lengan.  Ulangi sebanyak 3 kali. 4. Gunakan  ibu jari untuk mengurut bahagian tengkuk bermula dari bahagian  bawah tengkuk bergerak  menjauhi tulang belakang.  Ulangi sebanyak 3 kali.
5. Urut  bahagian bawah tengkuk dengan ibu jari dengan teknik memutar.
6. Letakan satu tangan di dahi dan sebelah tangan lagi  di tengkuk.  Dengan perlahan putarkan kepala rakan ke kanan dan kemudian ke  sebelah kiri.
7. Gunakan jari jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi dan terus ke bahagian tepi dengan menggunakan teknik memutar.  Ulangi sebanyak 3 kali.
8. Akhir sekali letakkan kembali tangan di bahagian bahu rakan anda.
Teknik releksasi yang diamalkan dapat mengurangkan rasa stres yang dialami dan memulihkan rasa keyakinan dalam diri seseorang.
Amalkan urutan leher dan bahu ini. Sudah pasti ia akan dapat membantu mengurangkan stres anda.

Duduk lama dalam keadaan statik akan membuatkan anda mengantuk

Gerak -gerakkan kaki, gerakkan jari jari kaki anda


Teknik Tapping  mengetuk ringan dengan dua ujung jari pada titik-titik tertentu di tubuh kita
saya ajar pada dua titik sahaja iaitu pada tangan bahagian Karate Chop

Dan tapping pada sore spot
Ok anda boleh google TAPPING SEFT ya untuk arahan yang jelas.

Ingat ye anak anak sekelian ilmu yang cikgu ajar ini. Semoga membantu :)


Weekend ..lalalalalala
Pampered yourself with ikan bakar and seafood 
















No comments: