Hari Isnin yang cerah dan kami memilih untuk menjalankan aktiviti lawatan ke rumah warga emas yang terletak di No 16, Jalan Watan 1, Taman Sri Watan, 68000 Ampang, Selangor. Rumah diusahakan oleh seorang jururawat yang aktif dalam kerja kesukarelawan. Rumah ini mempunyai 15 penghuni dan memerlukan dana untuk pengurusan warga emas di sini.
Seramai 34 PRS Bongsu Dan Muda terlibat dengan aktiviti ini. Projek yang diusahakan oleh guru praktikal kami Cik Nat. dan laporan ini juga disediakan olehnya. Terima kasih Nat.
JADUAL
PERLAKSANAAN PROGRAM
HARI ISNIN
|
AKTIVITI (4 NOVEMBER 2019)
|
7.15 – 7.30 pagi
|
Pendaftaran peserta lawatan
|
7.30 – 8.00 pagi
|
Taklimat untuk murid
|
8.00 – 8.30 pagi
|
Murid bersarapan di kantin
|
8.30 – 9.00 pagi
|
Bertolak ke Rumah Sri Mesra
|
9.00 pagi
|
Sampai di Rumah Sri Mesra
|
9.00 pagi -12.00 tengah hari
|
Menjalankan aktiviti khidmat sosial
di Rumah Sri Mesra
1)
Murid menjalankan aktiviti berkenalan
bersama warga emas
2)
Murid membersihkan persekitaran rumah
warga emas
3)
Murid-murid membuat persembahan dan
beramah mesra bersama warga emas seperti
berikut :
-
Permainan batu seremban
-
Persembahan nyanyian
-
Berbual-bual
-
Perkongsian tentang pengalaman murid
4)
Murid-murid menyuap warga emas makan nasi.
5)
Edaran sumbangan
6)
Sesi bergambar
|
12.00 tengah hari –
12.30 tengah hari
|
Bertolak balik ke SMK Cheras
|
12.30 tengah hari
|
Sampai di SMK Cheras.
|
10.0 PENCAPAIAN PROGRAM
1. Semua murid-murid dapat berkomunikasi dengan sebaik mungkin dengan
pemilik dan warga emas di sana.
2. Murid-murid telah menunjukkan keprihatinan kepada warga emas dan
menyentuh hati mereka kerana mereka boleh menyuap warga emas dan memimpin
mereka dengan berhati-hati dan teliti.
3. Murid-murid telah diberi tugasan membuat folio, dan mereka telah membuat
dan menghantar kepada guru-guru kaunseling.
11.0 KEMAJUAN/ MASALAH PROGRAM
Kemajuan
1. Murid-murid telah berjaya membawa diri dengan baik dan berdisiplin
sepanjang pengalaman mereka di Mesra Home Ampang.
2. Sumbangan yang dapat membantu warga emas di sana seperti lampin orang
tua, makanan dan sebagainya telah disediakan oleh murid-murid PRS.
Masalah
1. Murid-murid ada masalah komunikasi dengan warga emas kerana ramai yang
mempunyai percakapan yang kurang jelas. Terdapat seorang warga emas yang pekak,
bisu dan buta. Ini menambahkan lagi kesukaran untuk berkomunikasi dengan
murid-murid.
2. Murid-murid tidak dibenarkan
bertanya warga tua tentang soalan-soalan yang beremosi. Ini menyebabkan mereka
berasa sukar untuk memikirkan solan-soalan yang boleh ditanya.
12.0 PENAMBAHBAIKAN
1. Murid-murid boleh berbual-bual dengan warga emas di sudut berlainan agar
suasana lebih sunyi untuk mereka mendengar kata-kata warga emas di situ. Selain
itu, murid-murid boleh belajar bahasa signal sebagai pengetahuan untuk
menyediakan diri mereka untuk berkomunikasi dengan orang kurang upaya pada
waktu kelak.
2.
Murid-murid boleh membincangkan dan
menyediakan skrip-skrip soalan yang sesuai ditanya kepada warga emas dengan
iringan guru pembimbing supaya dapat lebih peka terhadap perasaan warga emas.
13.0 PENUTUP
Program ini dijalankan dengan jayanya. Diharapkan
agar lebih pelajar dapat mengunjungi Mesra Home Ampang pada waktu kelak.
Alhamdulillah penarafan
5 bintang Kaunseling Berfokus Berimpak
Dan Minda Sihat Proaktif
Ke Kebangsaan