Total Pageviews

1 January 2020

Coretan Emosi Sepanjang Kerjaya 2019

31 Disember 2019...penamat untuk tahun 2019 dan saya bercadang ingin berkongsi pencapaian dan kejayaan kami Unit Bimbingan Dan Kaunseling yang mewarnai perkhidmatan saya pada tahun ini.



Perkara paling menceriakan hari saya :)
Tentulah kemenangan demi kemenangan yg saya kecapi sepanjang 2019



Anugerah Pingat Emas Pertandingan Inovasi Psikologi Kaunseling Peringkat Antarabangsa anjuran PERKAMA INternational


Pingat Emas Inovasi Psikologi Kaunseling Peringkat Antarabangsa anjuran PEKA Brunei



Sekolah Terbaik Karnival Kaunseling Kerjaya PPW Pudu
Johan Penjelajahan Kerjaya Karnival Kaunseling Kerjaya PPW Pudu
Johan Video Kreatif Karnival Kaunseling Kerjaya PPW Pudu





Tempat Ketiga Video Kreatif Karnival Kaunseling Kerjaya WPKL


Anugerah Khas Guru Inovatif Dan Kajian Tindakan Peringkat Sekolah
Guru Terbaik SSDM Peringkat Sekolah


Kelab Terbaik : Kelab Kerjaya


Penarafan 5 bintang untuk dua kategori peringkat kebangsaan iaitu MInda Sihat Proaktif dan Kaunseling Berfokus Berimpak


Perkara yg membuatkan saya teruja kerana impian menjadi kenyataan

Saya selalu berangan esei karya kreatif saya akan memenangi tempat di peringkat kebangsaan kerana saya suka menulis dan saya mengharapkan hobi saya ini mendapat pengiktirafan dalam mana mana pertandingan. Alhamduliilah penutup sesi persekolahan top 10 Sayembara Penulisan Kisah Nilai Inspirasi anjuran Majlis Apresiasi Dakwah Bahagian Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan.




Pertama kali menyertai penulisan puisi untuk diterbitkan dan berjaya pula melepasi saringan  untuk diterima dan diterbitkan antologi guru. Dan bersama sama penulis lain dalam bentuk antologi, karya tersebut dilancarkan di PWTC sewaktu Pesta Buku Antarabangsa di atas pentas utama PWTC .



Perkara yg membuatkan saya gundah gulana

Pemakaian blazer PRS untuk tahun ini. Saya mendapat khidmat tailor yg biasa berurusan dgn sekolah untuk pengawas sekolah. Namun untuk blazet PRS, tailor ini agak bermasalah nak menyiapkannya hingga ke majlis pelantikan PRS , semua PRS Form 5 mempunyai blazer tetapi PRS Ting 4 hanya 2 orang mempunyai blazer walaupun tempahan dah 3 bulan. Selepas hampir 2 bulan majlis pelantikan berlalu, baru dihantar lagi..dan hingga penutup 2019 ini masih lagi semua PRS lelaki masih tidak mempunyai blazer...hmmmm. Suit ungu bagi perempuan saya kena mengekalkan tailor yg sama dan terpaksa menunggu lagi bimbang tona warna berbeza jika bertukar tailor untuk 4 org shj lagi.dan untuk PRS lelaki saya dah nekad bertukar tailor memandangkan tiada seorang pun PRS F4 yg sudah siap berwarna coklat gelap.

Lesson learn untuk pengalaman pertama.



Perkara yg buat saya tersenyum  krn berjaya capai lagi :)

Mendapat surat pengesahan pemangkuan gred DG52 Guru Cemerlang Bimbingan Dan Kaunseling. Sebelum ini saya merupakan Guru Cemerlang Gred DG48. Alhamdulillah melompat lagi tahun dan jimat tiga tahun  menjadikan penjimatan hampir 6 tahun dari laluan biasa.




Perkara yg membuatkan saya sedih
Partner kaunseling saya iaitu  Pn Raudzah Bt A. Rahman sejak 2014 hingga 2019 telah dapat bertukar ke Selangor yang lebih berhampiran dgn rumahnya. Walaupun kami tahu yg dia mohon tukar. tapi kami semua tidak menyangka yg dia dapat bertukar pada pertengahan tahun. Sebegitu cepat ..hanya doa mengiringi untuk melepaskan Kak Raudzah pergi. Walaupun baru 5 tahun bersama, kami byk menjalankan aktiviti luar sekolah bersama sama dalam urusan kerja seperti kem, menyertai pertandingan, menyertai lawatan dan pertandingan. Berkongsi tilam, bantal dan mengambil ayam Kak Raudzah setiap kali menu yang ada ayam dan balasannya saya hanya bagi sayur kat dia huhuhu rezeki bila partner tak makan ayam . Shopping baju seragam bersama setiap tahun rasanya 5 tahun bersama kami ber 3 ada hampir 14 koleksi baju sama.




Kenangan di Brunei adalah memiri bersama yg terakhir sbg team dalam pertandingan mewakili SMK Cheras. 


Perkara yg membuatkan saya sentap dan marah:
Tahun ini ada orang yg berjaya membuatkan saya sentap dan marah hingga saya block orang itu dari friendlist facebook saya. Alasan saya mudah, ini bukan kali pertama saya disakiti oleh orang yg sama tapi byk kali maka saya tidak akan membenarkan diri saya disakiti lagi oleh org yg sama. Saya kena jaga aura kerja yg positif. Haa bak kata partner saya Rozinani dah lama tak tgk Kak Aiza marah marah sampai merah padam mukaku.


Perkara yg membuatkan saya TAK TERKATA.
Panggilan telefon dari Bhgn Komunikasi KPM untuk tetamu jemputan di Selamat Pagi Malaysia untuk rakaman mengenai peranan guru kaunseling. Terima pelawaan lepas tu dup dap dup dap...haa 5 minit je rakaman lalalala jela. Pengalaman pertama yg mengujakan





Bye 2019.

Selamat malam
Warga Kajang

1 comment:

azizahhaziq said...

tahniah atas semua kejayaan kak haiza.... alhamdulillah, kak haiza permata bersinar utk unit bimbingan dan kaunseling se Malaysia. saya sama course di upm serdang dengan kak rozinani.. lembut orgnya, baik dan sopan.

terima kasih sharing byk perkara ttg ubk dlm blog ini. semoga lebih sukses pada masa akan dtg