30 December 2019

Kertas Kerja Program Orientasi Murid Ting 1 SMK Cheras 2020



Selamat datang warga SMK Cheras yang baru untuk tahun 2020. Saya share kertas kerja yang dibuat oleh partner saya Puan Rozinani Bt Awang selaku penyelaras program yang dijalankan hari ini.
















































PROGRAM ORIENTASI MURID TINGKATAN SATU DAN PERALIHAN 2020

1.0       PENGENALAN

Murid-murid yang baru menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah akan merasakan perbezaan ketara dari segi pengalaman dan pembelajaran mereka di sekolah rendah. Perubahan ini perlu mereka lalui kerana mereka berada di persekitaran persekolahan yang berbeza. Murid-murid ini akan merasakan perbezaan dari segi pergaulan dengan rakan-rakan baru, guru-guru baru, pakaian seragam baru, suasana dan tempat baru, dan yang paling ketara adalah pertambahan matapelajaran baru yang lebih banyak berbanding di sekolah rendah. Justeru itu, bagi memudahkan murid-murid melalui perubahan tersebut, program hari dan minggu orientasi telah dirangka untuk membantu murid lebih mengenali persekitaran sekolah, menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru, memahami mata pelajaran yang akan dipelajari, mengetahui sumbangan yang boleh dipohon dan pelbagai maklumat lagi yang boleh diketahui dengan pendekatan pelbagai aktiviti pelajar yang telah dirancang untuk mereka. Oleh itu, diharapkan pendedahan yang diberi di dalam program ini dapat mendorong murid-murid berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik, sahsiah, ko-kurikulum dan disiplin.

2.0       OBJEKTIF

1.     Memberi pendedahan kepada murid-murid baru tentang alam persekolahan sekolah
menengah.
2.     Mempastikan murid-murid baru dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajara  dan persekitaran sekolah menengah.
3.   Melatih murid-murid untuk bermotivasi ke sekolah.

3.0       TARIKH

4 hingga 15 November 2019               - Pendaftaran Tingkatan 1/2020

30 Disember 2019 (Isnin)                   - Hari Orientasi Pelajar tingkatan 1/ Peralihan
                                                               bersama ibu  bapa / penjaga

 2, dan 3 Januari 2020                          - Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan sahaja

4.0       TEMPAT
           
 Dewan Kris Mas, SMK.Cheras.

5.0       SASARAN

 Semua pelajar tingkatan 1 dan peralihan 2020



6.0       KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)


Output

100% murid dapat input mengenai persekitaran dan budaya sekolah menengah.

Outcome
100% murid peralihan dan tingkatan 1 tahun 2020 tiada masalah untuk mencari kelas atau bilik khas sewaktu Pdpc dan mengenali guru-guru yang penting untuk menjalani aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

7.0       IMPLIKASI KEWANGAN
           
SUMBER KEWANGAN        
BIL
PERKARA
SUMBER
JUMLAH
1.
Makanan VIP dan Murid serta Banner
PIBG
RM    530.00
JUMLAH
RM    530.00

ANGGARAN PERBELANJAAN
           
BIL
PERKARA
BUTIRAN
JUMLAH
1.

2.

3.


Makanan VIP

Makanan murid     

Backdrop Orientasi      

                                               
RM 6.00 x 15 orang VIP

RM 3.00 x 80 orang murid

RM 100 x 2 Backdrop
RM    90.00

RM  240.00

RM  200.00
JUMLAH
RM   530.00

8.0      JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi                                 : En. Jamil Bin Jamaludin (Pengetua)
TimbalanPengerusi                   : Pn. Nor Azlinda bt Hasmunih (PK HEM)
NaibPengerusi 1                       : Cik Lee Swee Ching (PK Tadbir dan Kurikulum)
Setiausaha                                : Pn. Rozinani Bt Awang (Guru Kaunseling)
Naib Setiausaha                        : Pn. Nurhaiza Bt Che Mat (Guru Kaunseling)
Naib Setiausaha 2                     : Pn. Nurazlina Bt Che Omar (Guru kaunseling)

8.1       JAWATAN KUASA KERJA HARI ORIENTASI ( DEWAN

AJK
NAMA AJK
BIDANG TUGAS
Pengacara Majlis
Pn. Athirah bt. Mohd. Riduan (K)
Pn. Amirah Bt Mohamed Kamil
    - Mengacara majlis semasa hari orientasi bersama ibubapa di dewan mengikut aturcara yang telah ditetapkan di dewan.
Sambutan Ibu Bapa
Semua Pen. Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP),
Pn. Zuhaida Bt Mohamad
Cik Lee Kiet Wei


    - Menyambut ibu bapa dengan mempersilakan mereka masuk ke dalam dewan
Pendaftaran
Pn. Haliza Binti Halid (K)
Pn. Aisyatul Nazliah Bt Abdul Rani
Pn. Ang Choon Ai
Pn. Kavitha A/P Chelliah
    - Menyediakan borang pendaftaran ibu bapa dan menjaga kaunter pendaftaran di hadapan dewan.
    - Mengedarkan pamplet dan bahan edaran mengenai majlis orientasi.
          
Persiapan Dewan, Peralatan dan hiasan dewan
En. Mohd Ikhwan Bin Che Muda (K)
En. Masrizal b. Abu Bakar
En.Mohd.Nidzam b. Mohd. Yusoff
En. Yahya b. Mat Yasin
    - Membuka, mengemas dan menutup dewan.
     - Menyediakan rostrum, dan kerusi untuk tetamu dan ibu bapa.
     -  Menyediakan ‘skirting’ dan bunga.
     Menghias dewan.
Teks Ucapan
Cik Nor Afiqah Bt Mohd Sidek
Pn. Tipah Bt Ngah
    Menyediakan teks ucapan YDP PIBG dan pengetua
Flyers
Pn. Nurul Hamiza Bt Nodzari
     Menyediakan flyers utk Ibu Bapa
sebanyak 300 cetakan
Jamuan
Pn. Tg. Laila Sari bt. Tg. Jusoh (K)
Pn. Suhaibah Bt. Mat
Pn. Faiza Bt. Mamat


     Menyediakan makanan kepada pentadbir, AJK PIBG,  AJK guru,dan murid-murid yang bertugas.
Back Drop
En. Abdul Azis b. Arbi
     Menyediakan back drop yang sesuai untuk majlis orientasi.
Bacaan Doa
En. Azrin Bin U Mat
     Menyediakan teks doa yang sesuai untuk majlis dan memimpin bacaan doa.
Siaraya
En. Balasegar a/l Muniandy (K)
En. Nik Rahmat b. Nik Mood
     Menyediakan system siararaya yang lengkap di dewan.
Persembahan Multimedia
Pn. Naimah Bt Ibrahim (K)
Cik Aida Azlina Bt. Ramli
     Menyediakan multimedia untuk ditayangkan kepada ibubapa.
AJK
NAMA AJK
BIDANG TUGAS
AJK Jemputan PIBG
Pn. Norhana Bt. Taufik
     -Menyediakan surat jemputan AJK PIBG untuk menghadiri Hari Orientasi.
     -Menyerahkan surat jemputan kepada para jemputan.
Taklimat Unit  Kaunseling
Pn. Nurhaiza bt. Che Mat
     Menyampaikan taklimat mengenai unit bimbingan & kaunseling sekolah dan Pentaksiran Ujian Psikometrik
Taklimat Kelas KAA
Pn. Haslina Bt. Hashim
     Menyampaikan taklimat mengenai kelas KAA
          
Taklimat Kelas Muzik
Pn. Umi Salbiah bt. Abd. Rahman
     Menyampaikan taklimat mengenai kelas Muzik
Dokumentasi & Jurugambar
Pn. Nurazlina Bt Che Omar (K)
En. Rahimi Bin Abd Karim
En. Hazmer b. Mamat
    Menyediakan dokumentasi sepanjang majlis dan minggu orientasi berlangsung.
     Mengambil gambar sepanjang program berlangsung.
Kebersihan dan Keceriaan
En. Ahmad Azran Bin Abdul Rahman (K)
En. Amiruddin b. Mohd. Yusoff
Pn. Normilah bt Mohd Noh
     Memastikan kawasan sekitar sekolah dan dewan bersih sebelum dan selepas program.
     Bekerjasama dengan pekerja pembersihan sekolah.

8.2       JAWATANKUASA KERJA HARI ORIENTASI (DATARAN INFORMASI)

AJK
NAMA AJK
BIDANG TUGAS
Pengacara Majlis
Pn. Nurul Arina Bt A’shaari
Pn. Zahirah Bt Abdul Halim
     Mengacara majlis semasa hari orientasi bersama murid di Dataran Informasi mengikut aturcara yang telah ditetapkan.
Disiplin pelajar dan Penyusunan Pelajar di Dataran Informasi
En.Masrizal Bin Abu Bakar (K)
En. Chan Yoong Keong
En. Ahmad Firdaus Bin Mohamad Ya
Pn. Noraida Bt Mohamad @ Abdullah



Guru Tingkatan

     Mempastikan disiplin pelajar terkawal dan menyusun pelajar di Dataran Informasi (tapak perhimpunan)
     Mempastikan pelajar berada di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat.
Taklimat Kelas KAA
Pn. Noor Nadiah Binti Tajuddin
     Menyampaikan taklimat mengenai KAA di Tapak perhimpunan
Taklimat Kelas Muzik
Pn. Umi Salbiah bt. Abd. Rahman
     Menyampaikan taklimat mengenai kelas Muzik
Data Murid
Pn. Norazah bt. Aris (K)
Cik Hamizah bt. Md. Aris
Pn. Haliza bt Halid
En. Ahmad Firdaus b. Mohd Ya
Pn. Rita Indriani bt Surip
En. Ikhwan b. Che Muda
         Membuat saringan kelas bagi tingkatan 1 & Peralihan
Agihan Buku Teks
Pn. Murni Yati bt. Masari (K)
Pn. Maizatul Akma bt. Mamat
Pn. Solehah bt Ahmad
     Agihan buku teks tingkatan 1




8.3       JAWATAN KUASA KERJA MINGGU ORIENTASI



AJK
NAMA AJK
BIDANG TUGAS
Taklimat Unit Disiplin
Pn. Noraida bt. Mohamad@ Abdullah
    Menyampaikan taklimat disiplin sekolah kepada murid semasa hari pertama orientasi.
Taklimat Surau
Pn. Haslina bt. Hashim
     Menyampaikan taklimat mengenai pergerakan dan masa untuk murid-murid menunaikan solat dan rehat.
Taklimat Kantin
Pn. Nurul Hamiza bt Nodzari
     Menyampaikan taklimat mengenai disiplin semasa murid berada di kantin
Taklimat Nilam

Pn. Suhaibah bt Mat
      Menyampaikan taklimat mengenai pengisian slot Nilai

Taklimat Unit Kokurikulum
En. Mohd Ikhwan Bin Che Muda
     Menyampaikan taklimat mengenai ko-kurikulum, iaitu persatuan/kelab badan beruniform, sukan dan permainan.
Taklimat SPBT
Pn. Solehah bt Ahmad
Pn. Murni Yati bt. Masari

     Menyampaikan taklimat SPBT  kepada murid.
Taklimat Koperasi
Pn. Aziyanti bt. Abu Khanipah
     Memberikan taklimat mengenai koperasi sekolah.
Taklimat Biasiswa
Pn. Nor Haiza Jaine
     Menyampaikan taklimat biasiswa Baitulmal dan BKP kepada murid.
Taklimat Pusat Sumber Sekolah
Pn. Rodiyah bt. Mohamad
     Menyampaikan taklimat pusat sumber sekolah kepada murid.
Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Cik Hamizah bt Md Aris
     Menyampaikan taklimat kepada murid tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS) agar-agar murid memahami dan bersedia untuk menghadapi PBS
Taklimat Ujian Psikometrik
Pn. Nurazlina Binti  Che Omar
     Menyampaikan taklimat kepada murid tentang Ujian Psikometrik
Taklimat GOOGLE CLASSROM
Pn. Norhaniza Bt Abd Jamil
     Menyampaikan taklimat kepada murid agar memahami aplikasi ini dan kepentingannya.
Latihan Nyanyian
Pn. Umi Salbiah bt. Abd. Rahman
Pn. Norlaili Bt. Ani
     Menyediakan lirik lagu dan melatih murid menyanyi lagu sekolah dan lagu Wilayah dengan betul.
Taklimat Pengurusan Diri (Murid perempuan)
Pn. Noraida bt. Mohamad@ Abdullah
     Menyampaikan taklimat kepada murid agar memahami penggunaan tandas dengan berdisiplin.


8.4       SENARAI GURU KELAS  TINGKATAN 1  & PERALIHAN TAHUN 2020
TINGKATAN
NAMA GURU YANG BERTUGAS
GURU TINGKATAN
PERALIHAN 1
Cik Tuong Loy Mui
PERALIHAN 2
En. Ahmad Azran b. Abdul Rahman
1 AMANAH
En. Abdul Rasyid b. Zakaria
1 BESTARI
Pn. Zahirah bt Abdul Halim
1 IMTIYAZ
Pn. Noor Nadiah Bt Tajuddin
1 GIGIH
Pn. Nurul Hamiza bt. Nodzari
1 JUJUR
Pn. Suhaibah bt. Mat
1 LUHUR
Pn. Naimah bt.Ibrahim
1 MAKMUR
Cik Hamizah bt.Md. Aris


9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

9.1       URUS SETIA/PENCERAMAH
          
            AJK Hari dan Minggu Orientasi 2019/2020


9.2       JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

TENTATIF MAJLIS ORIENTASI (IBU /BAPA)

Tarikh                :  30 Disember 2019 (Isnin)
Tempat              :  Dewan Kris Mas

Masa
       
        Atur cara

7.30 – 8.00 pagi                   :           Ketibaan ibu bapa
8.00  - 8.30 pagi                   :           Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
                                            :           Bacaan Doa
                                            :           Ucapan Pengetua
                                                        Ucapan Aluan YDP PIBG ( En. Abdul Razak Bin Tain)
:           Taklimat Kelas Muzik (Pn. Umi Salbiah bt. Abd.Rahman)
                                            :           Taklimat KAA (Pn. Haslina Bt. Hashim)
                                            :           Taklimat Guru Kaunseling (Pn. Nurhaiza bt. Che Mat)
                                             :           Persembahan Multimedia
09.30 – 10.00 pagi               :          REHAT
   10.00 -  12.00 tghr               :            Pendaftaran pelajar tingkatan 1/ Pengagihan buku teks

12.00 tghr                            :            Bersurai







TENTATIF MAJLIS ORIENTASI (MURID-MURID)

Tarikh            :  30 Disember 2019 (Isnin))
Tempat          :  Dataran Informasi (tempat pelajar berkumpul)

Masa
       
        Atur cara

07.30 – 08.00 pagi               :          Ketibaan pelajar/ semakan kelas
08.00 – 08.15 pagi              :          Ucapan Aluan daripada guru Bimbingan dan
:           Kaunseling (Pn.Nurazlina Bt Che Omar)                         
08.15 – 08.30 pagi               :          Taklimat KAA (Pn. Noor Nadiah Bt Tajudin)
08.30 – 08.45 pagi               :          Taklimat Muzik  (Pn. Umi Salbiah bt Abdul Rahman)
& Persembahan pelajar muzik  
08.45 – 09.30 pag               :          Pendaftaran pelajar di kelas
09.30 – 10.00 pagi               :          REHAT
                                                         (selepas rehat murid-murid masuk dewan)
10.00 – 10.30 pagi               :         Pengurusan agihan kelas
   10.30 – 12.00 tgh                 :           Lawatan ke sekitar sekolah bersama PRS
                                             :          Agihan buku teks
12.00 tghr                            :          Bersurai

10.0     PENUTUP
Program ini diharap dapat memberi maklumat dan pengalaman kepada murid-murid baru di SMK Cheras, khasnya semua murid tingkatan 1 dan kelas peralihan.  Dalam setiap usaha murni  ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tertentu dan memerlukan sokongan dari pelbagai pihak untuk menjayakannya.  Strategi dan perancangan yang kemas, membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan. 


Disediakan oleh,        


(PN.ROZINANI BT AWANG)         
Guru Kaunseling
SMK Cheras

Ulasan :
______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

Diluluskan/ Tidak diluluskan oleh:


(EN JAMIL BIN JAMALUDIN A.M.P)
Pengetua
SMK Cheras
Tarikh:




Still. counting
This journey
To live others people life...





































2 comments

Assalamualaikumcg. Saya Siti Hawa, pelajar UKM. Saya mohon untuk jadikan rujukan yaa laporan dan kertas kerja program orientasi nie

Waalaikummussalam. Boleh dijadikan rujukan .

 

Telegram Channel