11 December 2019

Day 4: Trip By Public Transport To Taipei Grand Mosque - Daan Park- Peace Park-National Dr Sun Yat Sen Memorial Hall-Kuil Lungshan




Morning Taipei!!! Morning walk start 7.30 am to MRT via Taipei park. Ramai dah berjogging dan beryoga. Kami menuju ke
NTU Hospital Station iaitu MRT line red colour. Dengan NT 20 kami ke Daan Park. Apa yang menarik di sini?

Kami breakfast di sini    soya panas NT15, breadstick atau cakoi, egg pancake atau roti canai telur. Semua ini kos NT 60. 

Hujan turun renyai renyai pula di Daan menyapa cuaca sejuk. Nasiblah..sweater pula yg tebal bukan yg ringan kalis air tu huhuhu. 

Kami berjalan kaki melalui Daan Park atau Daan Forest Park yang terkenal di Taipei. Turun sahaja MRT dah memang melalui Daan Park ini. Simbol taman tengah bandar yang dikatakan menyerupai New York City's Central Park. Berkeluasan 26 hektar dgn pelbagai ekologi burung dan pokok. Boleh berbasikal sebenarnya tetapi memandangkan adik bongsu tidak pandai mengayuh basikal maka hasrat itu terpaksa dilupakan hihi. Sewa basikal kelihatan merata rata di sini dan mudah akses dan jalan untuk kemudahan penunggang basikal juga disediakan bagi menjelajah kawasan Daan ini. Ramai warga emas di Taipei ini dan kelihatan di merata rata tempat. Mungkin juga gelandangan dan ada juga yang menjalankan aktiviti riadah tersendiri. 








Kami melalui Daan Park untuk tiba ke Taipei Grand Mosque. Masjid Besar Taipei merupakan masjid yang terbesar dan terkenal di Taiwan dengan keluasan 2,747 meter persegi. Terletak di Jalan Daan di Bandar Taipei, masjid ini telah menjadi struktur Islam Taiwan yang paling penting dan diiktiraf sebagai kawasan bersejarah pada 26 Jun 1999 oleh majlis bandar Taipei. Ada kedai makanan Halal Indonesia bersebelahan sahaja dengan masjid ini tetapi belum dibuka pada waktu pagi. 





Ini adalah motirsikal posmen bewarna hijau dan pejabat posnya juga bewarna hijau. 



Balik dari Masjid Besar Taipei ini kami menaiki MRT di Daan Park Station menuju ke Ximen Station. Terus exit pula ke
Peace Park ini yang hanya 5 minit sahaja dari  hostel dgn berjalan kaki. Dikenali sebagai 228 Peace Memorial Park kerana terletak di tapak bersejarah memoir February 28 Incident of 1947..mengenai sejarah Taiwan.  Terdapat Taipei 228 Memorial that stands at the center of the park and the Taipei 228 Memorial Museum yg asalnya merupakan stesen radio yang beroperasi dibawah pentadbiran Jepun dan Kuomintang. Park ini mempunyai kemudahan aktiviti riadah juga. 









Orait dah penat jalan jom layan boba oh boba. Hari ini memang itenary berdekatan sahaja memandangkan Kak Ema akan balik ke KL kerana cutinya setakat hari ini sahaja dan melayan Beef Noodles Muslim.  






Selepas temankan Kak Ema ke Taiwan Main Station untuk menaiki MRT ke Airport, saya dan adik Katy meneruskan aktiviti ke Dewan Peringatan Sun Yat-sen Kebangsaan terletak di Daerah Xinyi, Taipei, Taiwan. Ia adalah peringatan kepada Bapa Negara Republik China, Dr. Sun Yat-sen, dan telah siap pada tahun 1972. Jumlah kawasan bangunan merangkumi 29,464 meter persegi di ruang terbuka 115.000 meter persegi. Naik MRT sahaja dan turun di stesen Xinyi dan exit ke pintu yang mengarah kepada Memorial Sun Yat Sen Kebangsaan ini. Ramai orang tengah bersantai kerana Memorial ini bersebelahan dengan taman juga. Ramai warga emas ditemani samaada dgn ahli keluarga atau pembantu. Memorial ini mengisahkan mengenai perjuangan Sun Yat Sen ke arah Taiwan. Yang menarik tentulah pegawai yang menjaga tugu Sun Yat Sen ini yang tidak bergerak gerak langsung dan setiap sejam akan bertukar pengawal yang berdiri di kiri kanan patung tersebut. Ada upacara khas juga pengawal ini keluar dari pentas duty mereka. Menarik !
Galeri ini merupakan rujukan yg cepat untuk melihat dan menghayati bagaimana sejarah Taiwan dari pelbagai penjajah sehingga kini. 








Sedar tak sedar dah pukul 5.30 petang, dan semakin ramai pengunjung kerana inhin menikmati rehat di Park sebelah atau menghayati lampu lampu cantik di sini. 
Kami bergerak balik menaiki MRT juga dan menghayati pemandangan malam Taipei. 





Kuil Longshan ini merupakan kuil tertua yang ada di Taiwan sejak dinasti Tang pada tahun 791, . Namun, meskipun telah berabad-abad, bangunan Kuil Longshan masih berdiri kukuh dan digunakan sebagai tempat beribadah bagi  Buddha
Sejarah panjang dan arkitek bangunan yang memukau membuat Kuil Longshan menjadi pilihan pelancong di Taiwan 






Berhampiran Kuil Lungshen terletak Pasar Malam yang terkenal dgn jualan sup ular iaitu Pasar Malam Huaxi sekarang menjadi pasar yang menghidang berbagai makanan Meskipun dikenal dengan “Snake Alley” yang menjual snake meat dan snake wine!. Dikenal sebagai Pasar Malam Jalan Guangzhou dan Pasar Malam Pelancong Taipei Hwahsi, banyak yg menjual ramuan ubat cina.
Balik ke hostel menaiki LRT lagi dan mata melilau cari heavy food at the end ice cream juga yg dipilih.

Jom try makan Ice Papa antara kiosk yang merata rata di Taipei ini. 






Alhamdulillah
Still fit 
Miss nasi alrready huhu






















 

Telegram Channel