Cuaca yang baik untuk memulakan trip ke Ruifang. Berjalan kaki kira kira 8 minit dari hostel ke Terminal Taipei Station. Hari ini kami memilih menaiki local train ke Ruifang dgn harga NT76. Ruifang merupakan stesen ttansit untuk kami ke .... Sebenarnya jika kami membeli tiket ke....lagi dari stesen Taipei, lagi berbaloi kerana tidak perlu keluar ke kaunter di Ruifang ini untuk membeli tiket ke Shifepula. Apakan daya dah terbeli, kenalah exit ke kaunter untuk membeli tiket NT19 ke Shifen dan masuk kembali ke dalam tempat menunggu keretapi. Keretapi local dari Taipei ke Ruifang ini masih lagi mempunyai nombor tempat duduk yang boleh diduduki dan moden mcm KTM Malaysia perjalanan antara negeri sekarang.
Keretapi di sini, so far sangat tepat dgn masa. Yeah..keretapi local dah sampai dari Ruifang ke Shifen. dari luar macam keretapi zaman 90an di Malaysia. Tetapi tempat duduk mcm LRT Malaysia dan free seating.
Perjalanan kira kira ....minit sahaja melalui kawasan perkampungan. Setiba di sana, pelbagai sky lantern dijual. Tarikan utama di sini, memandangkan kami datang pada waktu siang tidak nampaklah cahaya api dari sky lantern yang berterbangan di udara. Anda boleh memilih warna yang disukai dan menulis di sky lantern tersebut. Mengikut hikayat lantern ini untuk ...
.... Waterfall yang mempunyai sejarah iaitu . Hiking kami tidak lama cuti 30 minit perjalanan untuk melihat air terjun Shifen yang cantik. Berlegar dalam kawasan air terjun ini selama 2 jam kami menuju ke Taipei semula.
Sky lantern ini ada pelbagai jenis warna. Setiap warna melambangkan maksud tertentu dan perlu menulis kata kata atau hasrat anda yang akan diterbangkan oleh sky lantern tu. Kami tidak menyertai acara ini tetapi sibuk mengambil gambar pelbagai karenah pengunjung di sini. Sky lantern diterbangkan di tengah tengah landasan keretapi lama Old Street Shifen. Di kiri kanan pelbagai kedai menjual sky lantern dan cenderamata yang berbaloi. Ada kedai yang menjual ais krim kacang tumbuk. Menarik aiskrim ni.
Setelah puas di Shifen Old Town ini ..kami menaiki train semula dari Shifen ke Rufang. Hmmm dah ramai memang kena berdiri sepanjang kira kira 15 minit. Di Ruifang, kami bercadang untuk berjalan jalan sekitar pekan kecil ini tetapi dalam masa 10 minit kami hanya berjumpa beberapa orang sahaja.Seram la pulak...dahla hujan mula turun baik kami keluar dari sini.
Dari Ruifang menaiki local train ke Taipei Station. Di sini Taipei Station ada disediakan.bilik solat tetapi biliknya sentiasa tertutup dan boleh digunakan oleh lelaki mahupun perempuan di bilik solat yg luasnya mcm bilik solat stesen minyak kat Malaysia. Ada telefon disediakan di luar bilik solat untuk menghubungi pegawai bagi membuka bilik solat dan menelefon kembali untuk menutupnya.
Disini juga ada label toilet for muslim sebab. toilet yg mempunyai air beaded.
Kami bercadang untuk ke trail Elepant Mountain di Xinyi. Kami menaiki keretapi MRT ke Xiangshan Station. Di Taipei Station anda perlu peka kerana terlalu byk jenis transport di sini seumpama KL Sentral hub untuk pengangkutan tetapi dgn kadar 2 kali ganda lagi jenis pengangkutan di sini. MRT pula ada dua jenis laluan red line or blue line. MRT Airport pula laluan lain. Kami mengikut sahaja laluan red line untuk menaiki keretapi.
Elephant Mountain ini tingginya 183 m dan jarak trail lebih kurang 1.5 km. Yang menarik tentang Elephant Mountain ini adalah pemandangan Taipei dari sudut sesi fotografinya. Boleh nampak Taipei 101 bangunan tertinggi di Negara Taiwan ini dengan cantiknya dari sudut atas Elephant Mountain ini.
Keluar dari stesen MRT dan mengambil exit no 2 memang terus betjalan kaki menuju ke trail ini. Ada tempat tempat untuk spot mengambil gambar yang cantik di sini. Hiking lebih kurang sejam juga tapi jika memang anda seorang yang fit dan memang suka hiking maka makan masa 20 minit sahaja. Oh ya kami memang suka itenary yang ada park dan nature. Mendamaikan dan menenangkan. Hiking with your own capability..macam saya yang selalu ditinggalkan ke belakang kerana jarang jarang sangat dgn aktiviti atau event yang libatkan hiking ke, walking ke running ke. Huhu boleh kira dgn 5 jari je sepanjang 5 tahun. Opposite dgn dua beradik saya tu yang laju sahaja naik tangga. Maka lalalalala sahaja sambil menikmati pemandangan Taipei.