Bengkel Kepimpinan Pengawas diadakan pada pukul 10 pagi hingga 1.30 tengah hari. Partner sy Rozinani selaku penyelaras program.
Isu utama ialah mengeratkan kerjasama antara pengawas dan bermotivasi untuk bertugas dan berperanan sebagai pemimpin.
Aktiviti yang dijalankan ialah
Masa
|
Aktiviti
|
10.00 -10.30 pagi
|
Pendaftaran
|
10.30 – 11.00 pagi
|
Bacaan Doa
Ucapan Pengetua
Ucapan YDP PIBG
|
11.00 – 12.00 t/hari
|
Motivasi Dan Ketrampilan
Pengawas Oleh Pn Nurhaiza Bt Che Mat.
Puan Nurhaiza menerangkan mengenai trait trait personaliti positif yang sepatutnya diamalkan oleh pengawas
Puan Nurhaiza meminta pengawas menulis nama pengawas lain yang secara spontan dibayangkan oleh mereka apabila Puan Nurhaiza menunjukkan perkataan trait positif seperti kemas, amanah, adil,
Pengawas diminta menghantar sendiri kata kata positif yang ditulis dan nama kawan yang dibayangkannya sedemikian positif kepada kawan tersebut. Cth pengawas menulis nama A mementingkan masa, jadi pengawas itu akan menyerahkan keratan kertas tersebut kepada A.
Pengawas kemudiannya diminta menulis trait yang sukar diamalkan oleh pengawas sendiri secara tulisan yang besar besar dan pengawas membuat kumpulan berdasarkan ayat yang diplih.
Intipati permainan ini adalah dapat mengesan kelebihan pengawas di mata pengawas lain dan kekurangan pengawas itu sendiri di mata diri sendiri.
|
12.00 – 12.30 t/hari
|
Pengucapan Awam Oleh Puan Rozinani mengenai prinsip prinsip dalam pengucapan awam.
|
12.30 – 1.30 t.hari
|
LDK bersama kaunselor
sekolah mengenai isu disiplin pengawas sendiri, cara menanganinya dan
cadangan penambahbaikan
Pembahagian mengikut kumpulan pengawas dan Puan Nurhaiza, Puan Rozinani, Puan Nurazlina dan Cik Nat bertindak selaku fasilitator
Pembentangan setiap kumpulan mengenai isu, cara menanganinya dan cadangan penambahbaikan disiplin Lembaga Pengawas
|
1.30 t/hari
|
Bacaan ikrar dan lafaz Saya Pemimpin Yang Memimpin Dan Menunjuk Arah.
Bersalaman dengan sesama pengawas
|
Pukul 2.00 petang bersurai.
Hashtag membimbing dan menunjuk arah
Cherasian boleh!
IKrar pengawas
Ucapan pengetua
Bersama ketua dan penolong ketua pengawas
Menulis trait positif pengawas lain yang saya suka
Perbincangan masalah dalam kumpulan
Bersalaman di akhir sesi