Assalammualaikum semua. Minit mesyuarat UBK kali 1 . Berkongsi tarikh mesyuarat yang sama dengan Unit Disiplin kami mulakan dengan mesyuaarat UBK dahulu selama sejam dan kemudian barulah mesyuarat disiplin bermula pada pukul 3 petang.
Post mortem perancangan strategik UBK telah dibentang sewaktu mesyuarat guru yg pertama dan mesyuarat HEM yg pertama minggu lalu termasuklah aktiviti UBK yg memang dimuatkan dalan buku pengurusan sekolah. Jadi hari ini kita kita skip perkara yg dah dibentang, kita ringkaskan shj perkara yg ingin dilaporkan.
Dah masuk blog minit mesyuarat ni, dah lari pula formatnya..tapi takpe masih boleh dibaca.
MINIT MESYUARAT
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KALI PERTAMA 2020
SMK CHERAS
Tarikh : 14 Januari 2020
Masa : 1.45 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Encik Jamil Bin Jamaludin
Kehadiran :
1) Puan Nor Azlinda Bt Hasmunih Pen. Kanan Hal Ehwal Murid
2) Pn Maheran Bt Abdul Mutalib Penolong Kanan Petang
3) Pn Noor Alamiyah Bt Zakaria Guru Kanan Bahasa
4) Cik Ooi Bee Khuan Guru Kanan Kemanusiaan
5) Pn Jasmail a/p Mewa Singh Guru Kanan Sains Dan Matematik
6) En Ismail Bin Mohd Noor Guru Kanan Teknik Dan Vokasional
7) Pn Nurhaiza Bt Che Mat Guru Kaunseling
8) Pn Nurazlina Bt Che Omar Guru Kaunseling
9) Pn Noraida Bt Mohammad @Abdullah Penyelaras Tingkatan 3
10)Pn Rita Indraiani Bt Surip Penyelaras Tingkatan 4
11) Pn Farah Hanum Bt Ramly Penyelaras Tingkatan 5
12) En Masrizal B Abu Bakar Ketua Guru Disiplin Pagi
13) Cik Lie Kiet Wei Ketua Guru Disiplin Petang
14) Pn Murni Bin Mat Jali Setiausaha HEM
15) Pn Tengku Laila Sari BT Tengku Jusoh Setiausaha Kebajikan
16) Pn Normilah Bt Mohd Noah Setiausaha Pemantapan Sahsiah
17) Pn Kanagambigai a/p Ramoo Setiausaha Peningkatan Akademik Dan
Penyelaras Ting 1 Dan 2
Tidak Hadir
1) Cik Lee Swee Ching Cuti sakit
2) Pn Rozinani Awang Cuti rehat khas
Urus Setia : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK dan mengalu-
alukan kehadiran semua AJK.
1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada UBK kerana kejayaan di peringkat negeri,
kebangsaan dan antarabangsa.
1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa banyak modul telah dikeluarkan oleh KPM
sebagai panduan namun yang penting pengurusan PRS yang membuatkan PRS
nampak berkesan
1.4 Pengerusi memohon agar semua unit dapat memberikan kerjasama kepada UBK
kerana peranan yang dimainkan oleh UBK adalah melibatkan program murid
terutamanya dalam kehadiran dan sahsiah murid.
Tindakan : Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit mesyuarat UBK 1/2019 diterima oleh Puan Murni Mat Jali dan disokong
sebulat suara tanpa pindaan.
3. PERKARA BERBANGKIT
Tiada
4. PELAPORAN
4.1 Sesi Kaunseling
4.1.1 Puan Nurhaiza Che Mat membentangkan mengenai data yang dihantar pada akhir tahun 2019 mengenai perkhidmatan kaunseling oleh ketiga –tiga guru kaunseling iaitu sesi kaunseling individu yang telah dijalankan sebanyak 393 sesi kaunseling individu melibatkan 358 murid. Manakala sesi kaunseling kelompok pula sebanyak 218 sesi melibatkan seramai 853 murid.
4.1.2 Guru praktikal dari UPM juga banyak membantu kerana banyak menjalankan sesi kaunseling individu dan kelompok.
Tindakan: Makluman
4.2 Pemantapan Sahsiah
4.2.1 Tahun lepas aktiviti sahsiah dalam penampilan telah diperkenalkan iaitu projek SMART manakala tahun ini akan projek sahsiah bertema akan diperkenalkan dan sasarannya kepada murid –murid sesi petang iaitu setiap hari Khamis pada pukul 12.00 hingga 12.30 di dalam dewan.
Tindakan: Puan Nurazlina
4.3 Peningkatan Disiplin
4.3.1 Seramai 33 murid telah dibuang sekolah pada tahun 2017, dan berkurang 30 orang pada tahun 2018 manakala pada tahun 2019 seramai 28 murid telah dibuang sekolah.
4.3.2 UBK akan menggunakan kad SPOT kepada semua murid rayuan bersekolah semula untuk mengawal disiplin kehadiran ke sekolah. Murid murid yang menerima surat amaran ke3 pada tahun lepas juga akan dimasukkan dalam projek SPOT.
Tindakan: Pn Nurhaiza
4.4 Perkembangan Kerjaya
4.4.1 Pada tahun ini UBK masih membuka kaunter sewaktu keputusan
peperiksaan PT3 keluar namun dengan strategi baru iaitu semua murid
perlu menghantar pemilihan aliran ke ting 4 selepas mengetahui keputusan
peperiksaan PT3. Semua keputusan mengenai pemilihan pakej KSSM
tingkatan 4 perlu mengikut pencapaian dan sesuai dengan minat
psikometrik masing-masing. Sesi konsultasi dijalankan di kaunter untuk
murid yang berada dalam dilemma pemilihan pakej.
Tindakan: Makluman
4.4.2 Orientasi tingkatan empat dijalankan pada hari pertama persekolahan
dengan taklimat pakej KSSM tingkatan empat dengan lebih menekankan mengenai hala tuju untuk setiap pakej KSSM yang dipilih dan murid mempunyai masa sehingga seminggu untuk urusan pertukaran pakej dengan permohonan dari ibu bapa.
Tindakan: Makluman
4.4.3 Kelab Kerjaya merupakan kelab yang aktif memenangi beberapa
pertandingan peringkat zon dan negeri.
Tindakan: Makluman
4.5 Psikososial Dan Kesihatan Mental
4.5.1 Saringan DASS 1 telah dijalankan kepada 100 murid dan intervensi telah dijalankan pada murid yang disaring mempunyai masalah kebimbangan, stress dan kemurungan yang tinggi. Intervensi menyebabkan semakin berkurang murid yang masih lagi mempunyai skor yang tinggi dalam ujian DASS iaitu 51 orang pada saringan kedua dan tinggal 23 murid sahaja pada saringan ketiga DASS.
Tindakan: Makluman
4.5.2 Seramai dua orang murid yang dalam perubatan pakar psikiatrik dan kehadiran mereka memang agak rendah ke sekolah tahun lepas, namun tiada tindakan disiplin diambil kerana guru kaunseling maklum mengenai status murid tersebut dan meminta guru kelas tidak perlu mengeluarkan surat amaran.
Tindakan: Makluman
4.5.3 Sesi orientasi murid tingkatan satu berjalan lancar dan penetapan kelas juga telah dibuat.
Tindakan: Makluman
4.6 Inovasi UBK
4.6.1 Projek inovasi UBK pada tahun lepas berfokuskan kepada program
psikososial dan kesihatan mental kerana menerima pengiktirafan
anugerah emas di peringkat antarabangsa untuk buku panduan bercetak mengenai aktiviti intervensi yang dijalankan di peringkat sekolah bagi menangani masalah kesihatan mental murid.
4.6.2 Inovasi tahun ini berfokuskan kepada pemantapan sahsiah murid
yang akan dipertandingkan dalam kategori murid oleh pasukan PRS
Bestari.
Tindakan: Makluman
4.7 Perancangan 2020
4.7.1 Program Dashboard Kehadiran akan ditambahbaik dengan
menyampaikan sijil dan hadiah iringan kepada semua murid yang
menyumbangkan peratus kelas terbaik bagi bulan tersebut di tapak
perhimpunan.
Tindakan: Puan Nurhaiza
4.7.2 Anugerah kelas terbaik kehadiran selepas peperiksaan juga akan
diwujudkan dengan hadiah iringan kepada kelas tersebut.
Tindakan: Puan Nurazlina
4.7.3 Selain dari anugerah kehadiran penuh ke sekolah bagi tahun tersebut, insentif bagi individu hadir penuh untuk program selepas peperiksaan juga akan diadakan.
Tindakan: Puan Nurazlina
4.7.4 Bagi kelas yang berada pada rating terendah peratus kehadiran ke sekolah, perjumpaan bersama guru tingkatan, mentor dan murid –murid kelas ini akan diadakan di bilik mesyuarat bersama pentadbir untuk mengesan murid yang bermasalah dan Ziarah Cakna adalah antara inisiatif yang akan dilaksanakan.
Tindakan: Puan Nurhaiza
4.7.5 Program motivasi penetapan matlamat akan dijalankan pada 16 Januari 2020 yang melibatkan murid-murid tingkatan 5 pada pukul 7.30 hingga 10.00 pagi. Manakala murid – murid tingkatan 3 pada pukul 10.30 pagi – 12.00 tengah hari.
Tindakan: Puan Nurhaiza
4.7.6 Program jalinan dan jaringan akan diteruskan ke sekolah berasrama penuh untuk murid –murid Juara Permata setelah direhatkan sementara pada tahun 2019.
Tindakan: Puan Nurhaiza
4.7.7 Pengetua memaklumkan mengenai satu bentuk perkongsian modul yang digunakan oleh sekolah berasrama penuh boleh dijadikan panduan untuk murid –murid SMK Cheras
Tindakan: Pn Nurhaiza
4.8 Hal –Hal Lain
4.8.1 Puan Nor Azlinda memaklumkan mengenai masa lewat yang akan
diambil tindakan bermula pada pukul 7.31 pagi hingga 9.30 pagi. Jika
murid hadir pada pukul 9.31 pagi, maka ibu bapa akan dihubungi oleh
pengetua untuk makluman. Guru diminta berintegriti untuk
memaklumkan kehadiran murid yang lewat.
Tindakan: PK HEM
4.8.2 Pengetua menyarankan agar pencalonan anugerah murid di Anugerah HEM dan Kokurikulum mestilah meliputi anugerah murid yang mempunyai kebolehan yang luar biasa.
Tindakan: PK HEM
4.8.3 Pengetua juga bercadang agar memperbanyakkan info mengenai aktiviti sekolah kepada murid –murid dalam bentuk multimedia dan ditayangkan di kantin. Malahan info juga boleh ditayangan di bilik rehat guru.
Tindakan: Setiausaha HEM
4.8.4 Pengetua meminta agar ujian DASS juga dijalankan kepada guru-guru.
Tindakan: Puan Nurhaiza
5. Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang
Disediakan oleh,
(Puan Nurhaiza Bt Che Mat)
Setiausaha
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
Thank you
To those friends and comrades
Who support and be kind to us
Team UBK SMK Cheras
2 comments
boleh share contoh pelan strategik ubk tak puan? terima kasih
Salam wafi
Saya share dari tahun lepas lagi. Boleh refer link ini https://www.nurhaizachemat.com/2019/10/perancangan-strategik-ubk-smk-cheras_28.html