27 June 2020

Anugerah Pingat Emas e-SPeDIP2020: Inovasi Kategori Murid Sekolah Menengah


Kenangan sewaktu PKP. 
Menyertai pertandingan yang sepatutnya bersemuka dgn pameran inovasi dan pembentangan inovasi TETAPI ditukar kpd bentuk e- pembentangan inovasi. 

Berbulan juga mendiamkan diri kerana ingatkan pertandingan akan dibatalkan. Tup tup diteruskan dgn e inovasi . Pembentangan kpd juri dlm bentuk video. 

Yang buat saya termenung lama..macam mana nak buat video pembentangan peserta yg masing masing berada di stesen rumah masing masing,  dan membuat latihan. Maklumlah pertama kali bagi guru pembimbing dan murid yg bertanding. 

Semua medium digunakan. Meet link untuk mesyuarat bersama. Group telegram untuk perbincangan diaktifkan. Sewaktu latihan..video call seorang seorang untuk raptai. 
Dah siap video pula, kena buat balik lagi dan lagi cikgu tak puas hati huhuhu. Maklumlah kalau depan mata, boleh tegur on the spot. 

Mendapat perkhabaran gembira dari urusetia iaitu dari IPG Miri Sarawak mengenai keputusan pertandingan inovasi pendidikan. 
Anugerah Pingat Emas Kategori Murid Sekolah Menengah

Projek ini bermula dari tiga tahun lepas lagi menyediakan koleksi video sahsiah untuk Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Setiap tahun PRS Bestari akan menyediakan video video bertema sebagai projek Bestari mereka. 

Tahun ini koleksi video dijenamakan dgn projek PEKA SAMA iaitu singkatan kepada Pembinaan Karaktor Sahsiah Murid yg bermodul. 
Modul modul ini disusun secara bertema dan berjadual. Ia berbentuk video sahsiah dijalankan kepada murid sesi petang bermula pada pukul 12.00 tengah hari hingga 12.30 tgh hari hari Khamis iaitu sewaktu menunggu loceng masuk ke kelas berbunyi. Modul disampaikan dua kali dalam sebulan. 

Signifikan projek ini ialah video dibuat berdasarkan kes di sekolah dan pengajarannya disampaikan dalam bentuk lakonan. Maka ia lebih dekat dgn murid murid mengambil ikhtibar darinya. Sesi refleksi dijalankan sblm tayangan untuk menguji sejauhmana murid memahami topik yg akan disampaikan. Tayangan video pendek selama 20 minit. Kemudian murid diuji dengan soalan refleksi akhir untuk mengenal pasti murid faham pengajaran yang disampaikan. Kuiz spontan disediakan selepas 
Saya kongsikan skrip pembentangan murid
KD04: SMK CHERAS
1.  Bahan projek mestilah hasil karya asli peserta/kumpulan
2.  Video  pembentangan/persembahan   dan   poster/banner  projek  inovasi  akan dinilai berdasarkan tujuh kriteria seperti yang berikut:
i.  Kreativti (25 markah)

Inovasi PEKA SAMA adalah singkatan kepada PEMBINAAN KARAKTOR SAHSIAH MURID. Inovasi ini merupakan kreativiti menggunakan pembelajaran digital. Ia merupakan koleksi video kreatif lakonan murid-murid sebagai bahan bantu pengajaran Sivik Tingkatan 5 dan pembinaan karaktor pemantapan sahsiah di sekolah oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Koleksi ini menepati pembelajaran era Revolusi 4.0 ke arah teknologi. Ia dapat membantu meningkatkan pembelajaran murid, dalam peningkatan kesedaran sahsiah melalui cara kreatif dan menyeronokkan. 
Sebelum inovasi diperkenalkan, slot Sivik dan Sahsiah Kaunseling adalah berbentuk ceramah.  Dijalankan tanpa berbantukan media teknologi selama 15 - 25 minit di dalam dewan untuk 250 orang murid. Oleh itu, slot penghasilan koleksi video kreatif lakonan murid -murid  ini adalah kreativiti murid sendiri dalam ‘project based learning’ yang menekankan konsep 6C. Elemen 6C yang diterapkan ialah komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dalam penghasilan koleksi video kreatif ini dari murid untuk murid. 

Kesignifikanan (25 markah)

Uniknya koleksi video kreatif ini berdasarkan isu semasa di sekolah dan dilakonkan dengan budaya dan persekitaran sekolah agar lebih signifikan dengan murid –murid ini. Video ini menarik minat murid untuk menontonnya dan menerapkan nilai positif dalam kehidupan murid. 
Di akhir video ini, sesi soal jawab sivik dan sahsiah dijalankan.Manual PEKA SAMA ini dilengkapi dengan skema jawapan untuk panduan pengguna. Terdapat 8 modul video kreatif yang telah dilaksanakan.  Ia memberi impak peningkatan kemahiran berfikir dan kesedaran murid mengenai topik yang dibincangkan. 
8 modul koleksi video kreatif berdasarkan kes di sekolah adalah
-  Pencegahan buli lisan
-  Pencegahan kes bunuh diri
-  Patriotisme
-  Bersikap positif
-  Pencegahan gangguan seksual
-  Motivasi Murid -Murid Keluarga B40
-  Integriti: Tidak Meniru Dalam Peperiksaan 
-  Motivasi Mencapai Cita-Cita


ii.  Kecekapan (20 markah)
Koleksi video kreatif lakonan murid-murid ini mencapai objektif, Objektif untuk murid memahami isi kandungan mengenai topik sahsiah tercapai. Murid mengetahui cara menjaga diri dari terdedah kepada masalah disiplin dan salah laku yang boleh membawa kepada tingkah laku yang membinasakan. Murid mengetahui prosedur yang diperlukan jika terlibat dengan kes seperti gangguan seksual, buli atau pelanggaran integriti. Video yang ditonton, lebih lama tersimpan dalam memori jangka masa panjang murid. Berbanding ceramah biasa, lakonan lebih mudah difahami oleh murid menengah rendah kerana unsur kreativiti dan jalan cerita yang memudahkan difahami. Apatah lagi video dilakonkan dengan setting budaya dan persekitaran yang lebih dekat dengan murid di sekolah sendiri.  Murid juga diuji refleksi pembelajaran selepas mengikuti tayangan video tersebut.  Hasil dari refleksi akhir, mendapati murid faham akan pengajaran di setiap video kreatif tersebut dan dapat membuat kesimpulan yang baik.

Replicability (5 markah)

Inovasi ini boleh diguna pakai oleh institusi pendidikan lain dalam subjek Sivik dan Sahsiah Kaunseling. Video ini boleh diguna sama  untuk guru yang relief kelas, guru Bahasa Melayu atau digunakan untuk kelas peningkatan sahsiah moral. Soalan boleh diubah suai mengikut subjek tersebut.

iii.  Keberkesanan Kos (10 markah)
Menggunakan gajet dari murid murid seperti kamera, telefon bimbit, komputer riba dan kemudahan internet sama ada di sekolah atau di rumah murid-murid. Segalanya percuma dan tiada kos kerana menggunakan barang -barang yang sedia ada.
Koleksi Video pendek PEKA SAMA ini boleh diguna pakai berulang kali dan boleh dijadikan koleksi simpanan bertahun -tahun lamanya.









PEMBENTANGAN DIJALANKAN DI DALAM DEWAN







objektif video disampaikan terlebih dahulu. Refleksi awal diuji dan selepas tayangan video, refleksi akhir diuji










Hasil krputusan pertandingan inovasi
Yang menariknya mengenai pertandingan inovasi ialah tiada nombor pemenang. Semua org berhak mendapat anugerah pingat yg sesuai mengikut inovasi yg dijalankan oleh mereka. Jika layak emas, maka emas yg diberi. Jika gangsa, maka gangsalah yg diberi. 




Happy weekend 
Jom mengemas 
Jom layan movie










 

Telegram Channel