20 June 2020

Susun Atur Bilik Kaunseling Mengikut SOP Pengawalan Penularan COVID-19


Hari ini kami memulakan kerja seawal pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.45 tengah hari. Cuaca yang suram dan hujan yang turun menyejukkan badan yang kepanasan turun naik tangga bilik kaunseling yang terletak di tingkat 1. 
Hari ini saya kali pertama saya berjumpa dengan partner-partner saya di bilik kaunseling . Kali terakhir sebelum cuti sekolah lagi. Maklumlah walaupun dah 3 minggu saya ke sekolah, saya terlibat dengan AJK pengurusan sekolah. Saya menguruskan aktiviti pentadbiran sekolah sebagai setiausaha task force pembukaan semula sekolah, AJK program Cakna Cherasian Bantuan Makanan  dan AJK TS25 sebagai middle leadership.

Rakan sekerja sebumbung saya ini memilih hari Sabtu  untuk kami menjalankan keceriaan dan kebersihan bilik kaunseling. Tagging dan menyusun atur semula bilik kaunseling . Terima kasih kepada kawan -kawan guru bimbingan dan kaunseling yang telah membuat tagging dan susun atur untuk saya rujuk. 

Antara yang saya kongsikan hari ini ialah bilik kaunseling sekolah saya yang telah disusun atur semula. Saya mengangkut semua carpet di bilik kaunseling 5 carpet semuanya untuk dibawa balik ke rumah. Maklumlah nak simpan dalam bilik kaunseling dalam keadaan tergulung gulung cacat pula pemandangan. Masuk stor rumah sahaja lah cara terbaik hihi. Meminimumkan barang di bilik kaunseling. 



Berikut saya kongsikan
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA PROGRAM MINDA DALAM KEBIASAAN BAHARU 
berdasarkan surat edaran yang rasmi oleh BPSH 22 Jun 2020

 3. Persediaan Kemudahan di Bilik Kaunseling 
GBK perlu memastikan perkara-perkara berikut disediakan sebelum beroperasi: 

  • membersihkan bilik kaunseling; 
  • memastikan pengudaraan dan pencahayaan dalam keadaan baik; 
  • memastikan bilik sesi kaunseling individu dan kelompok tidak dijadikan ruang kerja; menampal poster bagi mengingatkan murid untuk menjaga kebersihan dan keselamatan diri; 
  • menampal maklumat tatacara pelaksanaan perkhidmatan; 
  • menyediakan buku rekod kehadiran murid dan pelawat; 
  • menyediakan pensanitasi tangan di luar bilik kaunseling dan kaunter daftar masuk; menyediakan pelitup muka untuk murid yang memerlukan; 
  • menyimpan model dan alatan yang menarik minat murid untuk disentuh; 
  • memastikan susunan kedudukan kerusi ruang menunggu dan bilik sesi mematuhi penjarakan sosial satu (1) meter dengan menggunakan pita pelekat; 
  • menyediakan pelan laluan pergerakan terarah atau sehala; dan sekiranya perlu, 
  • GBK boleh menggunakan kelas yang kosong untuk menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling kelompok.


Alhamdulillah
Niat tercaPai 












SM Agama Khairiah, Kuala Terengganu
Terima kasih Kak Suja atas perkongsian gambar




SMK Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah
Terima kasih Azlinda atas Perkongsian. Bilik kaunseling diusahakan bersama Khairina Khalid, MisPan Mohd Said, Mohd Sayuthi B Hasim 

Antara yang disarankan ialah Poster di Pintu masuk bilik kaunseling




SMK Puchong Utama 1 , Selangor
Terima kasih Kak Julia Abu Sari atas Perkongsian gambar. Hasil usaha bersama
Noraini Marzuki
Suzira  Saad
Ang Sheaw Wa
Nurma Abu Hassan Bashri 
Ravichandran  a/l Krishnan

JIka anda menggunakan pintu yang sama untuk keluar dan masuk

SMK Jeram, Selangor
Guru Kaunseling Harfanizah Harun . Terima kasih atas perkongsian gambar.

Gambar gambar sebelum dikemas dan semasa dikemas untuk susun atur semula












 

Telegram Channel