1.0 Pengenalan
Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu merupakan projek yang melibatkan intervensi unit bimbingan dan kaunseling sebagai persediaan kehadiran murid -murid tingkatan lima selepas lama bercuti kerana wabak COVID-19. Bertemakan Minda Sihat: “Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera” bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan mental. Sekolah perlu mematuhi Prosedur Oerasi Yang Standard yang telah dikeluarkan oleh KPM untuk pembukaan semula sekolah dengan menitikberatkan aspek keselamatan murid. Elakkan konsep 3S dan amalkan 3W sebagai kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian bagi mengawal penularan COVID-19..Konsep 3S sentiasa diingatkan kepada murid-murid iaitu elakkan sesak, sempit dan sembang dekat. Poster – poster psikososial Minda Sihat juga dipamerkan di laluan utama keluar masuk ke sekolah dan di dalam setiap kelas untuk memastikan murid sentiasa peka dengan kesejahteraan emosi diri sendiri dan rakan -rakan lain. Selain itu, peringatan demi peringatan seperti mencuci tangan dengan sabun atau sanitizer sentiasa diingatkan agar murid menjaga konsep 3W yang disarankan iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn). Unit Bimbingan Kaunseling sebagai unit yang menjaga psikososial dan kesejahteraan minda murid juga perlu aktif menjalankan intervensi kepada semua murid dalam aspek pencegahan dan pendidikan psikososial kepada murid. Aktiviti yang dirancang seperti memberi ceramah di dalam kelas, menyampaikan panduan berguna sebelum memulakan sesi pembelajaran melalui pembesar suara dan berbual santai dengan murid sewaktu rehat. Aktiviti ini berguna untuk membantu murid mengenal pasti simptom yang ada pada diri sendiri atau kawan-kawan yang mengalami masalah mental dan emosi yang terjejas sepanjang perintah kawalan pergerakan diadakan. Seterusnya membantu mereka menangani kesihatan mental dan mengekalkan kesejahteraan minda dan emosi.
2.0 Matlamat
Warga sekolah dapat dibimbing untuk mengamalkan kesejahteraan emosi dan mental
.
3.0 Tarikh/ Masa/ Tempat :
Bermula 22 Jun 2020 mengikut tentatif program,
4.0 Sasaran
Semua warga SMK Cheras
5.0 Objektif
1) Warga sekolah mendapat maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai gejala awal yang memberi kesan kepada minda skibat pandemic atau krisis yang berlaku
2) Warga sekolah dapat menangani masalah kesihatan mental dan mengamalkan intervensi yang dibimbing, sebagai panduan yang boleh mensejahterakan mental dan emosi masing – masing.
3) Aktiviti memugarkan emosi dapat dijalankan bagi menyokong kesejahteraan diri masing - masing
4) Warga sekolah sentiasa peka dengan 3S iaitu elakkan keadaan yang sesak, sempit dan sembang dekat melalui penyebaran poster.
5) Mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).
6.0 KPI
Output | Warga sekolah dapat mengenal pasti tanda -tanda seseorang menghadapi tekanan dan belajar cara menghadapi tekanan tersebut. |
Outcome | Warga sekolah dapat mengamalkan panduan yang diberikan oleh guru kaunseling dan dapat membantu orang lain pula dalam kesejahteraan mental dan emosi. |
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil |
Perkara |
Jumlah |
Sumber |
1. |
Poster Minda Sihat di Laluan Dan Kelas |
RM 300 |
PCG Kaunseling |
2. |
Dua Bunting Di Hadapan UBK |
RM 200 |
PCG Kaunseling |
3. |
Pudding jeli ( Sembang Santai) |
RM 220 |
Koperasi |
|
|
|
|
|
Jumlah |
RM 720.00 |
|
8.0 AHLI JAWATANKUASA
JAWATANKUASA
MEMUGAR EMOSI MURID
KEMBALI KE SEKOLAH
Pengerusi : En. Jamil bin Jamaludin (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Pn. Maheran binti Abd Mutalib (PK Petang)
Naib Pengerusi : Cik Lee Swee Ching (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Pn. Salehah binti Ali (PK Kokurikulum)
Setiausaha : Pn. Nurhaiza binti Che Mat (Guru Kaunseling Cemerlang)
Jawatankuasa Kerja
AJK Sebaran Psikososial : Video Tutorial | Pn Nurhaiza binti Che Mat Noor Syaheerah Bt Hamdan Muhammad Bukhari B Saripuddin Mursyid Bin Baharom
| Menyediakan video tutorial pengurusan murid di sekolah melalui simulasi |
AJK Sebaran Psikososial : Poster | Pn Nurhaiza binti Che Mat En Abdull Aziz Bin Arbi
| Menyediakan poster dan menampal poster psikososial dan Minda Sihat di Laluan Minda Sihat dan setiap kelas |
AJK Sebaran Psikososial : Taklimat Ting 5
| Pn Nurhaiza binti Che Mat Pn Farah Hanum Binti Ramli
| Menguruskan taklimat pengurusan dan persiapan psikososial murid sebelum kembali ke sekolah melalui google meet |
AJK Rehat Minda | Pn Nurazlina Binti Che Omar
| Menyediakan senarai muzik yang akan dimainkan sepanjang murid rehat |
AJK Slot Hidupkan Hari Anda | Pn Nurhaiza binti Che Mat
| Menyediakan skrip mengikut tajuk untuk dibaca setiap pagi sebelum memulakan sesi persekolahan sebagai persediaan minda dan emosi |
AJK Sembang Santai | Pn Rozinani Binti Awang Pn Sharihan Bt Shaari
| Menempah puding jeli untuk setiap murid yang akan diedarkan ketika slot Sembang Santai Bersama guru kaunseling pada waktu rehat murid. |
9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 URUS SETIA
Unit Hal Ehwal Murid
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
9.2 TENTATIF
Sebelum 24 Jun 2020 : Sebaran Psikososial Kembali Ke Sekolah
TAJUK : SEBARAN PSIKOSOSIAL KEMBALI KE SEKOLAH
| |
OBJEKTIF: 1) Murid-murid dibimbing mengenai pencegahan menjaga keselamatan diri sepanjang berada dalam Kawasan sekolah | |
1) Menyiapkan video tutorial pengurusan Kembali Ke Sekolah mengikut SOP pada 21 Jun 2020
| Akan di hantar ke media sosial sekolah, telegram rasmi sekolah dan whatsapp kelas tingkatan 5 |
2) Menampal poster psikososial untuk sebaran pada 23 Jun 2020 agar murid dapat menangani stress dan kebimbangan dengan baik | Menampal tempat strategik seperti di koridor, di laluan keluar masuk sekolah, dan di dalam setiap kelas tingkatan 5
|
3) Taklimat persediaan psikologi kembali ke sekolah pada 22 Jun 2020 | Melalui meet dengan murid tingkatan 5 |
24 Jun 2020 : Intervensi Psikososial Minda Sihat
TAJUK PROGRAM | INTERVENSI PSIKOSOSIAL MINDA SIHAT | ||||||
TARIKH/HARI | 24 JUN 2020 : RABU | ||||||
OBJEKTIF | 1) MENGENAL PASTI KEPERLUAN MURID MELALUI SENARAI SEMAK KEPERLUAN MURID DALAM KEBIASAAN BAHARU 2) MENYAMPAIKAN PANDUAN MENANGANI TEKANAN MURID | ||||||
GURU/MASA | 8.00 - 8.30 PAGI | 8.30 -9.00 PAGI | 9.00 – 9.30 PAGI | 9.30 – 10.00 PAGI | 10.00 -10.30 PAGI | 10.30 – 11.00 PAGI | 11.00 –11.30 PAGI |
NURHAIZA | 5 ALPHA
| 5 BETA | 5 GAMMA |
|
| 5 IBNU RUSYD/A | 5 IBNU RUSYD/B |
ROZINANI | 5 IBNU SINA | 5 FARABI /A | 5 FARABI /B |
|
| 5 AR RAZI/A | 5 AR RAZI/B |
NURAZLINA
| 5 ALKHA/A | 5 ALKHA/B | 5 ALBIRU/A |
|
| 5 ALBIRU/B |
|
Rehat : 9.00 PAGI HINGGA 9.30 PAGI
25 – 29 JUN 2020 : Sembang Santai Rehat Minda
TAJUK PROGRAM | SEMBANG SANTAI REHAT MINDA | ||||
TARIKH/HARI | 25 JUN – 29 JUN 2020 : | ||||
OBJEKTIF | 1) MENGENAL PASTI MURID YANG MEMERLUKAN BANTUAN MELALUI SEMBANG SANTAI DAN PEMERHATIAN SEWAKTU MURID REHAT DI DALAM KELAS
| ||||
GURU/MASA | 25 JUN 2020 KHAMIS | 26 JUN 2020 JUMAAT | 29 JUN 2020 ISNIN | 30 JUN 2020 SELASA | 29 JUN 2020 RABU |
NURHAIZA | 5 ALPHA
| 5 AL FARABI/A | 5 IBNU RUSYD/A | 5 IBNU RUSYD/B | 5 BIRUNI/A |
ROZINANI | 5 BETA
| 5 AL FARABI/B | 5 AR RAZI/A | 5 AR RAZI/B | 5 AL BIRUNI/B |
NURAZLINA
| 5 GAMMA | 5 ALKHAWA/A | 5 ALKHAWA/B | 5 IBNU SINA |
|
24 Jun – 3 Julai 2020 : Hidupkan Hari Anda
TAJUK PROGRAM | HIDUPKAN HARI ANDA |
TARIKH/ MASA | 24 JUN – 3 JULAI 2020 : 7.00 PAGI – 7.20 PAGI |
OBJEKTIF | 1) MENYEBARKAN KATA – KATA MOTIVASI DAN POSITIF SEBELUM MEMULAKAN SESI PEMBELAJARAN MELALUI PA SISTEM SEKOLAH UNTUK MEMUGAR EMOSI WARGA SEKOLAH 2) MEMAINKAN ALUNAN LAGU YANG MENENANGKAN MINDA SEBAGAI SALAH SATU TEKNIK RELAKSASI 3) MENDENGARKAN BACAAN SURAH PENDEK UNTUK KEKUATAN JIWA |
24 JUN 2020 | Menangani Kebimbangan
|
25 JUN 2020 | Meningkatkan Gaya Daya Tindak Murid |
26 JUN 2020 | Latihan Pemikiran Positif |
29 JUN 2020 | BICARA DIRI YANG POSITIF |
30 JUN 2020 | PEMIKIRAN RASIONAL HADAPI DUGAAN |
1 JULAI 2020 | 3B PETUA KAWAL KEMARAHAN |
2 JULAI 2020 | PETUA 5T MENDENGAR |
3 JULAI 2020 | PANDUAN RAKAN BANTU RAKAN |
24 Jun – 3 Julai 2020 : Rehatkan Minda
TAJUK PROGRAM | REHATKAN MINDA |
TARIKH/ MASA | 24 JUN –3 JULAI 2020 : 9.30 PAGI – 9.45 PAGI |
OBJEKTIF | 1) Mendengarkan muzik muzik yang memberi kesan kepada ketenangan minda dan kedamaian sebagai salah satu teknik relaksasi |
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko | Punca | Penyelesaian
| Tanggungjawab |
Vandalism Poster | Murid merosakkan poster yang ditampal | Mengingatkan murid setiap hari oleh guru bertugas dan guru disiplin | Guru bertugas harian |
Pudding jeli tidak dapat diedarkan sepenuhnya | Murid tidak hadir | Menyimpan di peti ais koperasi sekolah | Guru kaunseling |
11.0 PENUTUP
Diharapkan agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan seterusnya membantu kesejahteraan mental dan emosi warga sekolah.
Disediakan oleh,
(Nurhaiza Bt Che Mat)
Guru Kaunseling
Ulasan
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Diluluskan oleh,
(En Jamil Bin Jamaludin)
Pengetua SMK Cheras, KL
Stay up Layan filem seram
Bonding time with Nana
37 comments
Terbaik...terima kasih kak atas ilmu yang dikongsikan..sangat membantu dan sy mohon share dan minta dihalalkan.
waalaikummussalam. diizinkan share. semoga bermanfaat
Assalamualaikum... Perkongsian yang sangat baik. Boleh saya guna kertas kerja ini & ubahsuai mengikut kesesuaian di sekolah saya? Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Hj. Aminuddin (019-6069509)
waalaikummussalam. saya izinkan tuan menggunakan untuk sek tuan. semoga bermanfaat
Salam sejahtera Puan Norhaiza, ada contoh untuk sekolah rendah?
Assalamualaikum, cikgu buat ujian minda sihat menggunakan intervensi apa? dan apa intervensi yang boleh kita gunakan? terima kasih
Terima kasih atas perkongsian program..amat bermanfaat
Waalaikummussalam
Saya tiada contoh untuk sekolah rendah. yang pastinya kerangkanya sama. tajuk dan modul sahaja cikgu sesuaikan dengan sekolah rendah.
Waalaikummussalam Wafi
Intervensi anda boleh gunakan modul kesihatan mental minda sihat, modul psikososial, atau penyebaran info mengenai kesihatan mental. Ia merupakan salah satu intervensi menggunakan sesi kaunseling individu, kelompok atau pelaksanaan satu pendekatan program.
Selepas saringan minda sihat, saya menggunakan intervensi murid berfokus kepada pendekatan IDEAL iaitu kaedah penyelesaian masalah dan kaedah mengurus masalah tersebut dengan menangani masalah dengan betul. Saya menggunakan modul Minda Sihat yang dibekalkan Kpm juga
Terima kasih Siti Rauzan
saya mohon izin untuk gunakan kertas kerja ini untuk program sekolah saya..terima kasih
Ada tak maklumat garis panduan program minda sihat dalam kebiasaan baharu
Assalamualaikum Pn. Saya mohon share kertas kerja ini Pn.
Waalaikummussalam
Saya izinkan dikongsi dan digunakan.
Sama-sama
Assalammualaikum Cikgu Zaidi
Kita menggunakan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Kpm dan lengkap dengan senarai semak, dan ujian saringan mengetahui tahap stress dalam kebiasaan baharu. Boleh rujuk kepada Jpn cikgu, untuk maklumat lanjut
assalamualaikum...
Mohon izin saya share kertas kerjanya yea cikgu..
waalaikummussalam
saya izinkan
Assalamualaikum. Mohon share kertas kerja ni ye. Semoga puan terus d murahkan rezeki
terima kasih kerana share kertas keja ini ianya sangat membantu.dapat idea.thanks again
Waalaikummussalam. Terima kasih mendoakan yg baik baik untuk saya. Semoga anda juga dimurahkan rezeki
Sama sama. Terima kasih memanfaatkan penulisan kertas kerja ini
terima kasih di atas perkongsian puan, mohon izin share ya.
terima kasih atas perkongsian.sangat bermanfaat.mohon izin share..
terima kasih atas perkongsian.sangat bermanfaat.mohon izin share..
Waalaikummussalam Mak Teh, Boleh saya izinkan di share
Waalaikummussalam
Sama -sama ya terima kasih memanfaatkannya. saya izinkan di share
SALAM CIKGU...MINTA IZIN UTUK MENGGUNAKAN KERTAS KERJA UNTUK PROGRAM MINDA SIHAT SEKOLAH SAYA..SEMOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN CIKGU
Boleh, saya izinkan. Terima kasih atas doa yang baik baik untuk saya semoga anda juga dirahmatiNya
Assalamualaikum puan, saya minta izin utk jadikan kertas kerja ini sbg panduan utk program saya ya. Moga puan sentiasa dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan. Terima kasih..
Waalaikummussalam Fatihah
Terima kasih doa yang baik baik kepada saya semoga dikembalikan kebaikan itu kepada kamu. saya izinkan kertas kerja saya digunakan
Assalamualaikum Pn. Mohon kertas kerja ini untuk saya gunakan di sekolah saya
waalaikummussalam
saya izinkan mahfudzah
Assalamualaikum Pn. Terima kasih atas perkongsian. Saya mohon untuk gunakan kertas kerja ini di sekolah saya ya.
waalaikummussalam. saya izinkan wahida
Assalamualaikum cikgu, izinkan saya guna kertas kerja cikgu untuk kerja kursus saya cikgu. Dan maaf bertanya tetapi cikgu ada laporan untuk program ini tak? Terima kasih cikgu <3
waalaikummussalam. ya sila guna. ya ada laporan juga
Assalamualaikum,
Sekolah ada tak program minda sihat untuk para guru?