24 October 2020

Kemenjadian Murid: Pemenang Penarafan Kaunseling Dan Pertandingan Perkhidmatan Kaunseling Dan Kerjaya Murid JPWPKL 2020


Alhamdulillah....rezeki anak anak ini. Mendapat mesej dari pegawai jabatan pendidikan KL mengenai senarai nama sekolah yang layak mewakili negeri ke peringkat kebangsaan Penarafan  Kaunseling Dan Pertandingan Perkhidmatan Kaunseling Dan Kerjaya Murid  Kebangsaan 2020 yang dijadualkan di Pulau Pinang. Semoga mendapat tempat di peringkat kebangsaan nanti. 

Yeah UBK SMK Cheras menghantar 3 kategori dan ketiga-tiganya kita mendapat tempat mara ke peringkat kebangsaan. 
1. penarafan 5 bintang pembimbing rakan sebaya unggul peringkat Kuala Lumpur
2. Naib johan pertandingan video inspirasi motivasi murid 
3. Naib johan pertandingan video sahsiah dan nilai murid (ILHAM)


Semoga dimurahkan rezeki
Dilindungi olehNya dari kesusahan 
Semoga kesihatan di tahap terbaik
Semoga baik baik sahaja menjalani kehidupan 
Aamin...

 

Telegram Channel