Total Pageviews

16 November 2020

Bimbingan Kelompok Murid Juara Permata


Isnin yang masih lagi dalam mood bercuti Happy Deepavali, saya membuat perjumpaan dengan kelompok murid Juara seramai 20 orang yang terpilih. Saya menghubungi mereka untuk memaklumkan persediaan dari segi fizikal dan mental untuk projek ini. 

Saya menjemput tuan pengetua untuk kata kata aluan dan selebihnya saya memberikan bimbingan dan motivasi untuk murid murid ini mengejar impian mereka. Saya juga memalumkan bahawa saya akan menjaga kebajikan mereka dan maklumkan kepada saya untuk  perubahan emosi negatif dan saya akan membantu . perjumpaan untuk sesi bersama guru kaunseling akan dijalankan setiap minggu bermula minggu hadapan sebanyak dua kali sebelum mereka memulakan kelas Brilliant.  

Orait perkenalkan top 20 murid Juara Permata saya . Misi kami target 3 orang straight A tahun ini. Percubaan SPM baru seorang sahaja straight A. Manakala 20 murid lagi target 6A dan 0 gagal. In sha Allah permudahkan urusan kami. 
Kami susun murid murid ini dengan jadual tambahan guru guru untuk membantu merealisasikan murid ini memperolehi skor A. Terima kasih kepada guru guru yang menyambut tugasan ini. 

Secret Recipe Jusco
To Starbuck Cofee
Bonding with bestie


No comments: