18 November 2020

Slot Motivasi : Tuisyen Online Percuma TOP PPD Bangsar Pudu

Selaku Timbalan Pengerusi MGKKL saya terpanggil untuk menghulurkan tenaga sukarelawan saya apabila PPD sendiri ingin sukarelawan guru kaunseling bagi memenuhi slot motivasi kaunseling setiap pagi sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran bermula. Dah bagi nama rupanya tidak ramai dalam kalangan guru kaunseling yg mendaftar. Maka dari hanya dua slot sesi motivasi bertukar menjadi setiap minggu giliran yg perlu saya muncul di live youtube Sektor Pembelajaran PPD Bangsar Pudu. Okey saya share link ye untuk tontonan di bawah 

PdPc ini berfokus kepada aspek pemahaman KOMSAS  dan novel dalam Kertas 2 Bahasa Melayu SPM.  Perkongsian ini akan membolehkan murid-murid mendapat pendedahan tentang teknik menjawab yang betul dari segi penggunaan kata kunci aspek sastera dan cara menjawab soalan KBAT.

Saya menjalankan aktiviti motivasi selama 5 hingga 6 minit tajuk Bicara Diri Yang Positif. Boleh rujuk link di bawah
Click the link to join https://youtu.be/nSKFQ7PTx6g




PdPc ini berfokus kepada penguasaan murid-murid untuk menerangkan tindak balas dalam sel kimia dan menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan tindak balas redoks.

Cikgu Mahani guru kaunseling berkongsi topik Tanya Diri

Click the link to join:https://youtu.be/cvJRVfjCJ8k



PDP akan dimulakan dengan pengenalan kepada Kata Tugas/Kerja.
Objektif PDP
1. Murid dapat menggunakan kata kerja/tugas JELASKAN dengan betul semasa menjawab soalan dengan kaedah Kaedah KKM (Kata kunci, Kata Tugas, Markah).

2. Murid dapat menggunakan kata kerja/tugas TERANGKAN dengan betul semasa menjawab soalan dengan kaedah Kaedah KKM (Kata kunci, Kata Tugas, Markah).

Guru Kaunseling Cikgu Rasean berkongsi topik Teknik Mendengar
Click the link to join: https://youtu.be/PfG7UnovVIM


When anxiety attack lead to stress 
Take a deep breath
Calm...




 

Telegram Channel