Menjemput MSU untuk memberikan taklimat mengenai cara membuat resume kepada murid murid tingkatan lima yang berminat dan dapat mengikutinya. Win win cikgu belajar murid belajar. Maklumlah ilmu baru, saya pun tidak menguasai lagi cara menulis resume alaf baru ini apatah lagi video resume.
Saya kongsikan slaid yang sempat saya snapkan
Antara panduannya di bawah ini merupakan cara menulis resume dulu dulu...ahaks. Tersenyum seorang seorang bila saya tengok begini...cara menulis resume sebelum ini. Sangat skema begitu...lagi skema potensi lagi baik. Itu yang dipersembahkan dulu-dulu
Di bawah ini yang di panggil infografik resume. Gambaran pertama orang tgk kita calon yang layak atau tak dari sekeping kertas . Tidak perlu berjela-jela panjang cukup dengan infografik tetapi dari satu muka infografik itu dah menggambarkan apa yang nak disampaikan.
Jom tengok slaid di bawah pula.
Kemahiran infografik anda menghasilkan sesuatu yang kreatif untuk design resume anda memerlukan kemahiran teknologi.
Gambar dihantar yang lebih formal dengan ber
Bagi maklumat peribadi pada infografik tersebut dan yang menariknya letak sekali nama
link dgn media sosial kita untuk di klik oleh bakal majikan.
Di sini diingatkan media sosial anda perlu media sosial yang mempunyai tatasusila yang
menunjukkan keperibadian anda, cara anda bersosial dengan orang lain yang akan
mempengaruhi majikan anda
Cara menulis pengalaman pula, dahulukan tahun yang terkini baru yang lama, jangan lupa masukkan sekali kemahiran anda. Jika kemahiran anda, anda tidak rasakan releven dengan kursus atau pekerjaan yang bakal anda ambil, jangan risau ye. Tulis sahaja kemahiran berbahasa anda, jika anda boleh berbahasa selain BM dan BI. Tulis kemahiran komputer anda dan aplikasi anda walaupun anda ingin memohon berkaitan dengan chef sahaja.
Yang penting kemahiran yang dicatatkan dalam resume tersebut yang memang anda diiktiraf dengan bersijil. Walaupun mempunyai kemahiran menjahit bersijil.
Masukkan graf, carta, yang sesuai dan font digunakan masih boleh dibaca.
Kokurikulum aktif cemerlang akan lebih berpotensi untuk memperolehinya kerana ia menunjukkan anda calon yang bagus.
Macam contoh di bawah menunjukkan kemahiran yang digunakan menggunakan graf penguasaan
Okey kita tengok pula cara membuat video resume yang menarik.
pernah dengar mengenai video resume. Trend terkini. Tahun lepas pun dua orang murid bertanya saya bagaimana ingin membuat video resume. Haaa...dengan pengetahuan yang sangat terhad maka saya cuba juga untuk mendalaminya.
Karaktor video resume ini sangat menjadi tarikan kepada bakal majikan untuk memilih calon biasiswa atau calon pekerja
1) Calon perlu mempunyai komunikasi yang bagus untuk bercakap. Menggunakan bahasa yang mudah difahami dan kena juga menjaga bahasa tubuh. Bagaimana tubuh badan anda bergerak berketrampilan ddan selari dengan apa yang dibentangkan. Memek muka kena seiring dengan gaya bercakap
2) Karsima ketrampilan diri ketika bercakap
Ada ciri ciri calon yang diperlukan untuk menjawat sesuatu jawatan atau mendapatkan biasiswa
3)Leadership
Dapat menunjukkan kepimpinan dalam video resume tersebut secara lisan. Boleh juga tunjukan sijil yang melibatkan kepimpinanya dalam resume.
4)Personaliti
Mengetahui bagaimana cara membuat proses video untuk ada storyboard yang dapat menerangkan mengenai anda dan lakukan dengan KREATIF. Bukan yang memandang kamera semata mata dan bercakap dengan tegak berdiri atau duduk sopan sambil memandang kamera.
Terima kasih MSU:)