21 February 2021

Poster Kelas : Selamat Menduduki SPM

 Assalammualaikum

Hari ini saya dan Rozi mengadakan aktiviti dari kelas ke kelas suntikan semangat dan motivasi. Mempersilakan pengetua untuk berucap dan memberikan kata kata motivasi kepada murud murid. 
Saya mengedarkan beg tajaan INTI yg mengandungi pen dan kotak pensil lutsinar. 

Kami juga mengedarkan alat tulis tajaan koperasi utk semua murid. 

Selesai sahaja aktiviti ini kami bergambar dan melaungkan kata kata motivasi saya mampu lulus! Saya cemerlang! 
Semoga anak anak ini cemerlang sahsiah dan akademik. Batch paling getir dengan ujian demi ujian. 
Semoga anda cemerlang dan terbilang. 

Dari kelas ke kelas bergerak seawal pukul 9.30 pagi dan habis pukul 11.00 pagi.Sejam setengah juga nak habiskan 8 kelas. 

Gambar gambar ini saya abadikan dalam bentuk poster untuk ditebarkan di ambang peperiksaan mereka nanti. 

#lenguhkakiberdirilama
#dahlamatakmelasaklepasoperation










 

Telegram Channel