Total Pageviews

22 February 2021

Kertas Kerja Cakna Perut Diisi, Terjaga Emosi Sepanjang SPM Anjuran UBK


Kertas kerja ini disediakan pada mulanya untuk saya mencari dana apabila setiausaha peperiksaan memberitahu bahawa SOP peperiksaan sewaktu COVID 19 ini melibatkan pergerakan terhad murid dan tidak boleh ke kantin terus, apatah lagi untuk keluar dari sekolah jika ada paper petang. 
Jarak masa paper yg agak rapat pun murid perlu kekal di pusat peperiksaan. Ia memberikan saya idea untuk mencadangkan pembelian roti sbg alas perut. Setiap tahun PIBG akan memperuntukkan sarapan waktu rehat utk murid - murid selama 2 hari. Namun amalan itu tidak praktikal utk dijalankan memandangkan gap paper sejam hingga menyebabkan murid kena ke tempat transit mkn berat dan rehat yg terletak di blok lain. Oleh itu pemberian roti seawal pukul 6.45 pagi hingga 7.30 pagi membolehkan murid murid mendapat makanan yg berkhasiat  Alhamdulillah saya mendapat sokongan alumni sekolah, PIBG sekolah , ibu bapa juga. Ada ibu yg membungkus kurma dan geng guru kaunseling membantu mengedarkannya. 
Dari minggu lepas saya melobi, duit sumbangan dari 2k...cecah 4k..cecah 6k..cecah 8k. Rakan rakan guru juga menyumbang dan ustazah Tg Laila guru kebajikan sekolah banyak membantu dgn mengutip sumbangan ikhlas guru manakala saya mengutip dari ibu bapa. 
Wah 8k mmg cukup untuk taja makan tengah hari pulak 😊untuk murid murid yg menduduki subjek sidang petang sehingga tamat peperiksaan


Semoga dimudahkan urusan kami. Semoga diberkati semua usaha penyumbang. Aamiin. 

Saya share kertas kerja asal saya mengenai sarapan pagi tetapi dapat sumbangan hingga makan tengah hari.


Semoga dilindungi oleh Allah SWT
DEngan kesihatan yang baik
Dengan kelancaran menulis
Dengan ketajaman akal fikiran untuk mejawab soalan
#Farietz, Mikail and Adam


KERTAS KERJA

 CAKNA SARAPAN PAGI

MURID-MURID SPM SMK CHERAS

 

1.0         PENGENALAN

 

SPM untuk murid tingkatan 5 tahun 2020 merupakan peperiksaan penting untuk murid-murid mendudukinya dalam kebiasaan baharu akibat COVID 19. SOP yang ketat juga menyebabkan pergerakan murid –murid adalah terhad untuk berulang alik ke kantin sebelum atau selepas peperiksaan malahan selang masa antara kertas peperiksaan. Tidak boleh berkerumun seperti peperiksaan tahun sebelumnya. Malahan ramai murid yang terjejas pendapatan ibu bapa kerana wabak ini juga mula berkira –kira untuk perbelanjaan keluarga . Oleh itu Unit Bimbingan Dan Kaunseling mengambil langkah membantu Unit Peperiksaan untuk menyediakan sarapan pagi kepada semua murid sepanjang peperiksaan. Ini bagi memastikan semua murid menikmati makanan berkhasiat sebelum memulakan peperiksaan.

 

 

2.0     MATLAMAT

            Semua murid tingkatan 5 yang menduduki peperiksaan SPM

           

3.0        TARIKH/ MASA/ TEMPAT  :

22 Februari 2021 sehingga 25 Mac 2021

                                         

4.0       SASARAN

            Semua murid tingkatan 5

 

5..0     OBJEKTIF

1)     Meningkatkan kesedaran murid mengenai khasiat sarapan pagi untuk kekal bertenaga dalam peperiksaan

2)     Memastikan murid murid tidak lapar sebelum memulakan peperiksaan dan berada dalam keadaan yang sihat


6.0       KPI

Output

Murid –murid dapat menikmati sarapan pagi yang berkhasiat sepanjang peperiksaan

Outcome

Murid –murid kekal sihat dan bertenaga dari mula peperiksaan sehingga tamat peperiksaan

 

7.0     ANGGARAN KEWANGAN

Sumber Kewangan

 

 

Bil

 

Perkara

 

Sumber

 

Kos

 

Jumlah

 

 

 

 

 

 

 

Perbelanjaan

 

 

Bil

 

Perkara

 

Pembekal

 

Kos

 

Jumlah

1.

 

 

 

 

 

 

 

8,.0    AHLI JAWATANKUASA

 

Pengerusi     : En Jamil Bin Jamaludin

Timbalan Pengerusi : Cik Lee Swee Ching

Setiausaha   : Puan Nurhaiza Binti Che Mat

Naib Setiausaha: Puan Rozinani Bt Awang

AJK                  : Puan Nurazlina Bt Che Omar

                             : Puan Kavitha a/p Chelliah

 


9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

         

9.1       URUS SETIA

 

            Unit Bimbingan Dan Kaunseling

             

          

10.0     PENGURUSAN RISIKO

 

Risiko

 

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Roti lewat tiba ke sekolah sebelum 7.10 pagi

Masalah dari pembekal

Mengedarkan semasa murid menunggu di luar pusat peperiksaan

Guru kaunseling

 

 

 

11.0     PENUTUP

 

Semoga murid murid dapat menjawab peperiksaan dengan lancar dan dapat menjawab dengan persediaan makanan yang berkhasiat,

 

         

Disediakan oleh,                                                                 

  

(Nurhaiza Bt Che Mat)  

Tarikh:                                                     



Ulasan

________________________________________________________________  

          ________________________________________________________________

 

 

Diluluskan oleh/ Tidak diluluskan oleh,

 

 

(Jamil Bin Jamaludin AMP)

            Pengetua

            Tarikh :

 

 




No comments: