12 May 2021

Kertas Kerja Pertandingan RIMUP Sambutan Hari Raya Normal Baharu 2021

 


Hi semua tengah busy merendang dan memasak ke tu untuk makan makan esok sambutan Hari Raya. 
Semoga Ramadhan yang dilalui memberi makna dan dirahmatiNya.

Saya share kertas kerja yang dianjurkan oleh UBK saya dengan kerjasama Unit Kokurikulum sekolah dalam memastikan aktiviti sambutan Hari Raya diteruskan setiap tahun. Tahun ini dengan normal baharu dan secara dalam talian tetapi pelbagai aktiviti telah dirancang dengan ganjaran baucer duit raya untuk pemenang menebusnya di koperasi sekolah.

KERTAS KERJA

 

PERTANDINGAN RIMUP KECERIAAN

 

SAMBUTAN HARI RAYA NORMAL BAHARU SECARA DALAM TALIAN

 

 

 

1.0         PENGENALAN

 

Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan program yang dilaksanakan bagi melibatkan semua kaum di sekolah. Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil inisiatif untuk mengadakan program sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah dalam suasana masih berhari raya untuk diraikan oleh semua warga sekolah. Memandangkan sambutan raya tahun ini dalam perintah kawalan pergerakan dan tahun kedua menyambutnya dalam suasana perintah kawalan pergerakan. Oleh itu Sambutan Hari Raya mengikut normal kebiasaan baharu secara dalam talian diusahakan untuk keceriaan Syawal yang disambut secara sederhana . Aktiviti yang melibatkan tema Hari Raya yang disertai oleh semua peringkat dari kelas peralihan hingga ke tingkatan lima. Ia juga melibatkan pelbagai kaum di sekolah yang dijalankan secara dalam talian. Oleh itu semangat muhibah dalam sebuah masyarakat majmuk perlu dipupuk walau di bangku sekolah lagi agar murid-murid dapat menghormati kaum lain dalam hidup bermasyarakat.

 

 

 

2.0     MATLAMAT

 

Semua warga sekolah hormat menghormati perayaan kaum yang berbeza di Malaysia dan

 

bersama –sama mengambil cakna sambutan perayaan yang diraikan.

           

           

3.0        TARIKH/ MASA/ TEMPAT  :

 

19 Mei 2021 secara  youtube

 

                                         

4.0       SASARAN

 

            Semua warga sekolah

 

 

 

5.0     OBJEKTIF

 

            1) Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-

menghormati antara pelbagai budaya di sekolah.

2) Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama

lain walaupun berlainan agama dan bangsa.

3) Menerapkan integarasi kaum dalam hidup bermasyarakat

 

         

 

6.0       KPI

 

Output

Terdapat kerjasama antara kaum dalam persatuan sewaktu menjalankan tugasan masing- masing

 

Outcome

Murid dapat menyiapkan tugasan yang diberi sambil memupuk perpaduan kaum dan menceriakan suasana Hari Raya.

 

 

7.0     ANGGARAN KEWANGAN

 

Sumber Kewangan

 

 

Bil

 

Perkara

 

Sumber

 

Kos

 

Jumlah

1.

Pemenang

Johan

Naib Johan

Ketiga

Keempat

Kelima

Bantuan Kokurikulum

 

RM 50 x 17 pasukan

RM 40 x 17 pasukan

RM 30 x 17 pasukan

RM 20 x 17 pasukan

RM 10 x 17 pasukan

 

RM 850

RM 680

RM 510

RM 340

RM 170

2

Penyertaan Pertandingan 5 unit yang terbanyak

Johan

Naib Johan

Ketiga

Keempat

Kelima

 

 

Bantuan Kokurikulum

 

 

RM 150 x 1 pasukan

RM 130 x 1 pasukan

RM 100 x 1 pasukan

RM 80 x 1 pasukan

RM 60 x 1 pasukan

 

 

 

RM 150

RM 130

RM 100

RM   80

RM   60

3

Bahan Pertandingan 5 unit yang terbaik Johan

Naib Johan

Ketiga

Keempat

Kelima

 

 

 

Bantuan Kokurikulum

 

RM 150 x 1 pasukan

RM 130  x 1 pasukan

RM 100 x 1 pasukan

RM 80 x 1 pasukan

RM 60 x 1 pasukan

 

 

RM 150

RM 130

RM 100

RM   80

RM   60

 

Jumlah

 

 

RM 3,590

 

 

 

 

Sumber Perbelanjaan

 

 

Bil

 

Perkara

 

Sumber

 

Jumlah

1.

RIMUP Hari Raya

Bantuan Kokurikulum

RM 3,590

 

Jumlah

 

 

RM   3,590

 

8.0      AHLI JAWATANKUASA

          Pengerusi               :          Encik Jamil Bin Jamaludin (Pengetua)

          Timbalan Pengerusi :         Puan Saleha Binti  Ali (PK Kokurikulum)

           Naib Pengerusi                  :Puan Marhaniza Binti Mahmod(PK HEM)

                                         :          Cik Lee Swee Ching (PK Tadbir & Kurikulum)

          Setiausaha              :         Puan Nurhaiza Binti Che Mat

          Naib Setiausaha      :         Cik Hufaidah Bt Zakaria

         

1

Kelab Bahasa Melayu

 

 

1. Menganjurkan pertandingan video mendeklamasi sajak atau syair Hari Raya durasi 2 hingga 3  minit untuk ahli kelab

( berkumpulan tidak lebih 4 orang)

 

      2. Menyerahkan nama pemenang kepada

          AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil

          dan hadiah.

2

Kelab Bahasa Inggeris

 

 

 

1. Menganjurkan pertandingan video mendeklamasi sajak Hari Raya dalam Bahasa Inggeris durasi 2 hingga 3  minit untuk ahli kelab ( berkumpulan tidak lebih 4 orang)

2. Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah.

3

Kelab Bahasa Cina

 

 

1. Menganjurkan pertandingan video bercerita dalam Bahasa Cina dengan kreatif durasi 2 minit kepada ahli kelab mengenai budaya sambutan Hari Raya di kawasan perumahan murid ((berkumpulan tidak lebih 4 orang)

 

 

2. Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah

4

Kelab Pengguna

 

 

1.Menganjurkan pertandingan video bercerita durasi 2 minit dengan kreatif kepada ahli kelab mengenai promosi menjadi pengguna yang bijak berbelanja untuk persiapan Hari Raya ((berkumpulan tidak lebih 4 orang)

2. Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah

5

Kelab Komputer & ICT

 

 


       1.  Menganjurkan pertandingan kepada semua ahli kelab iaitu aktiviti mencipta poster infografik ucapan Hari Raya kepada warga sekolah (secara berpasangan)

       2. Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah

6

Kelab Interact

 

       1.  Menganjurkan pertandingan kepada semua ahli kelab iaitu aktiviti mencipta poster infografik ucapan Hari Raya kepada warga sekolah (secara berpasangan)

      

        2. Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah..

      

7

Kelab Kerjaya

Puan Nurhaiza Bt Che Mat

Puan Nurazlina Bt Che Omar

Puan Rozinani Bt Awang

 

 

       1. Menganjurkan pertandingan fotografi ke  

           kepada semua ahli kelab iaitu gambar ahli

           bersama kuih raya yang digemari dan tulis   

           mengapa anda menyukainya (penyertaan   

           secara berkumpulan tiga orang sahaja).    

    Minimum seorang ahli wajib berada dalam

    gambar.

 

2.  Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah

8

Kelab Fotografi/Redaksi

 

Hazmer bin Mamat

Noor Syaheera binti Hamdan

  

 

    1. Menganjurkan pertandingan fotografi ke  

       kepada semua ahli kelab iaitu gambar ahli

       bersama makanan tradisional Hari Raya

       yang digemari dan tulis mengapa anda menyukainya (penyertaan secara  .  berkumpulan tiga orang sahaja). Minimum 

     seorang ahli wajib berada dalam gambar.


2.   Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah

9

Kelab pencegah Jenayah

 

 

      1. Menganjurkan pertandingan video  2           minit kepada semua ahli kelab mengenai

           Sambut raya mengikut SOP (berkumpulan antara 3-4 orang


2.       Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah.

10

Kelab Doktor Muda

 

 

 

 

1.     Menganjurkan pertandingan video  2 minit kepada semua ahli kelab mengenai ucapan Hari Raya secara kreatif kepada    warga sekolah (berkumpulan antara 3-4 orang)

2.   Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah

11

Kelab Katering

 

 

1)   Menganjurkan pertandingan tik tok (berkumpulan tidak lebih 4 orang) tidak lebih 2 minit mengenai cara menyediakan satu menu juadah Hari Raya

2)    Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah

12

Persatuan Rukun Negara

 

 

 

 

·       1)     Menganjurkan pertandingan tik tok (berkumpulan tidak lebih 4 orang) tidak lebih 2 minit mengenai persiapan  menyambut Hari Raya

2)     Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah

13

Kelab STEM

 

 

1)     Menganjurkan pertandingan tik tok (berkumpulan tidak lebih 4 orang) tidak lebih dua minit mengenai persiapan menyambut Hari Raya

2)     Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah

14

Kelab Budaya Dan Muzik

 

 

 

 


1.     Menyediakan persembahan murid secara rakaman selama 4 minit 

2.     Menganjurkan pertandingan menyanyi lagu raya dalam kalangan ahli secara kumpulan tidak lebih 6 orang secara rakaman video kurang 3 minit Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah..

15

Kelab Seni Visual

 

 

 

1.    Menganjurkan pertandingan Poster infografik (berpasangan) dalam kalangan ahli  mengenai suasana Hari Raya dengan SOP Covid 19

2.    Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah.

16

Kelab Pencinta Alam

 

 

1.    Menganjurkan pertandingan Poster infografik dalam kalangan ahli  mengenai suasana Hari Raya dengan SOP Covid 19

 

2.       Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah.

17

Kelab Agama Islam

 

 

1.    Menganjurkan pertandingan rakaman video berdurasi 2-3 minit mengenai aktiviti murid dalam bulan Ramadhan (contoh tadarus, solat terawih, suasana berbuka puasa)

 

2.    Membuat rakaman video aktiviti penghayatan sahsiah sepanjang Ramadhan di sekolah durasi 5 minit  

 

3.     Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah..

 

 

18

AJK e-Sijil Dan Hadiah

1.     Cik Hufaidah Bt Zakaria

2.     Puan Usha

3.     Puan Faiza Binti Mamat

 

19

AJK Pengurusan Bahan Dan Teknikal Youtube

1.     Puan Nafsah Bt Mohd Shah

2.     Puan Murni Bt Mat Jali

 

 

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

           

9.1       URUS SETIA

           

            Unit Bimbingan Dan Kaunseling dan Unit Kokurikulum


9.2     TENTATIF PROGRAM

 

            2.00 petang                : Ucapan aluan pengerusi majlis

                                                : Ucapan aluan pengetua

                                                : Video Aktiviti Bulan Ramadhan: Kelab Agama Islam

                                                : Video Ucapan Hari Raya : Kelab Doktor Muda

                                                : Poster Infografik Ucapan : Kelab Komputer Dan Kelab Interact

                                                : Video Deklamasi Sajak/ Syair Hari Raya : Kelab BM

                                                : Video Deklamasi Sajak : Kelab BI

                                                  Tik Tok Menu Masakan Hari Raya : Kelab Katering

                                                : Fotografi Menu Hari Raya: Kelab Fotografi & Kelab Kerjaya

                                                : Video Bercerita Perayaan Hari Raya:Kelab Bahasa                                             Cina                   

                                                : Tik Tok Sambutan Raya: Kelab STEM dan Kelab Rukun                                         Negara

                                                : Video Sambut Raya  Belanja Berhemah : Kelab Pengguna

                                                : Poster Infografik Hari Raya : Kelab Seni & Pencinta Alam

                                                : Video Sambut Raya Dengan SOP: Kelab KPJ

                                                : Persembahan Kelab Budaya Dan Muzik

            3.30 petang                 : Bersurai

 

 

10.0     PENGURUSAN RISIKO

 

           

Risiko

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Masalah teknikal sewaktu live youtube

Bahan bahan yang banyak yang perlu dimasukkan sewaktu live youtube

Menghantar bahan bahan rakaman dan disusun terlebih dahulu sebelum muncul live

AJK Teknikal

 

 

11.0     PENUTUP

 

            Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program

yang diharapkan dan seterusnya menggalakkan integrasi murid untuk

perpaduan dalam kalangan murid

 

Disediakan oleh,

 

 

(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                        

 

 

Ulasan

________________________________________________________________  

________________________________________________________________         

 

 

 

Diluluskan oleh,

 

 

 (Jamil Bin Jamaludin)




Mood merendang on...

Mood ketupat palas tak on.....

Hi jiran jiran jom tukar tukar menu


 

 

 

 

 

Telegram Channel