21 May 2021

SPM Ulangan 2021: Tahun terakhir format KBSM


Jom anak anak yang dapat result suam -suam kuku atau gagal terus dalam BM, Sejarah yang menyebabkan anda tidak mendapat kelayakan sijil SPM. Jom repeat paper...sementara format masih lagi dalam bentuk KBSM iaitu subjek yang anda belajar sewaktu zaman sekolah dulu. So bolehla masih ingat lagi asas yang diajar. 

Jika tangguh lagi....makin banyak yang kena belajar sebab format baru dan kena belajar semula teknik menjawab soalan yang baru untuk KSSM. Kena ambil kelas tambahan la pula ye. 

Pendaftaran secara online sahaja...duduk rumah diam -diam walau PKP buat online tak perlu ke PPD atau Jabatan untuk urusan pendaftaran.

Klik sini

Mengapa perlu menduduki SPM Ulangan? Saya share di entri blog saya ini dan sesi soal jawab untuk rujukan
Sila klik link di bawah


Jangan pikir 100 kali....sila daftar ye. Roger cikgu jika ada soalan. Tiada istilah terlambat dalam hidup ini, jangan banding dengan rakan sebaya yang dah ke depan sana. Atau memperlekehkan kawan yang sama je nasib dengan kita atau ke belakang dari kita walau lulus semua subjek SPM.  Impian kita berbeza, semangat yang penting mencari jalan dan peluang selagi terdaya. Mana tau...ada rezeki lebih baik di hujung sana .

Berita baik di pagi Jumaat
Naib Johan dan Ketiga Pertandingan Video Kreatif Cakna Siber

First dose vaksin mak...semoga dimudahkan





o











 

 

Telegram Channel