26 June 2021

Kajian Tindakan Guru Kaunseling Dalam Tempoh PdPR atau PKP


Diberikan peluang untuk menyampaikan tajuk fav saya Kajian Tindakan. Saya berkongsi bagaimana menjalankan kajian tindakan. Menggunakan slaid dari EPRD yg digunakan untuk melatih guru guru dalam kajian tindakan selaku jurulatih utama kajian tindakan peringkat kebangsaan. Semoga guru guru kaunseling tahu cara membuat kajian tindakan dan beza antara keduanya kajian penyelidikan dan kajian tindakan. Saya share juga bagaimana mengendalikan kajian tindakan dalam PdPR. Semoga bermanfaat 😊

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

SEMINAR PROFESIONALISME GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING NEGERI JOHOR TAHUN 2021
diteruskan lagi dengan SLOT KETIGA. 

Tarikh : 23 Jun 2021
Hari : RABU
Masa : 9.00 pagi
Tajuk : KAJIAN TINDAKAN DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Personalia : Cikgu Nurhaiza Binti Che Mat (Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling, SMK Cheras)

Saluran : Channel Youtube Jabatan Pendidikan Negeri Johor


Dalam link ini, Majlis Guru Kaunseling Johor  share  bhn bhn ceramah saya. Boleh diakses. 




MENULIS LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 

 


TAJUK 

 


Perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam menulis tajuk penyelidikan akademik ialah:

  1. Menggambarkan subjek dan skop kajian.

  2. Jangan gunakan singkatan (kecuali menggambarkan skop kajian).

  3. Gunakan perkataan yang boleh menimbulkan positive impression dan menarik perhatian pembaca.

  4. Gunakan istilah terkini dalam bidang yang dikaji.



  1. Pengenalan 


Perkenalkan konsep/fokus bagi tajuk secara umum atau mengikut situasi semasa.

Nyatakan kepentingan konsep/fokus yang dinyatakan dalam tajuk

Cabaran umum bagi pelaksanaan/pencapaian konsep/fokus yang terkandung dalam tajuk.

Impak/perubahan jika cabaran boleh diatasi dan kaitan dengan hasrat yang diharap dalam kajian tindakan anda.



  1. Demografi/ Profil sekolah dan murid 

Nyatakan latar belakang sekolah untuk memberikan gambaran kepada pembaca tentang situasi di sekolah tersebut. Maklumat yang boleh dimasukkan adalah seperti:

  • Lokasi sekolah

  • Bilangan guru 

  • Bilangan bilik darjah

  • Enrolmen murid

  • Kebitaraan sekolah

  • Infrastruktur

  • Maklumat utama dan penting mengenai sekolah



  1. Pelaksanaan Kajian Tindakan

  1. Pemerhatian isu 


  1. Refleksi Yang Lalu 

 

Refleksi merupakan muhasabah diri untuk menilai kembali pengajaran yang lalu. 

 

Penulisan Refleksi mengandungi beberapa komponen berikut: 

a. Tema/ masalah/isu keprihatinan yang telah dikenal pasti. 

  1. Refleksi pengalaman yang lalu. 

  2. Rujuk bahan yang berkaitan 

  3. Terjemah refleksi secara bertulis. 




  1. Objektif Kajian 

Merancang: menetapkan objektif yang ingin dicapai dan metodologi untuk mencapai objektif tersebut.


 

Objektif kajian meliputi: 

 

  1. Objektif kajian terdiri daripada objektif umum dan objektif khusus. 

  2. Objektif berkaitan dengan masalah. 

  3. Objektif berkaitan dengan aktiviti/ tindakan. 

  4. Objektif hendaklah boleh diukur. 

  5. Semua objektif khusus hendaklah diukur/ dinilai semasa menjalankan tindakan/ aktiviti. 

  6. Sasaran hendaklah diperincikan. 

 



  1. Pelaksanaan Kajian 

 

Penulisan pelaksanaan kajian meliputi beberapa perkara yang berikut: 

 


N yatakan aktiviti-aktiviti/ intervensi/ program yang dicadangkan dalam kajian tindakan. Pengkaji boleh melaksanakan satu atau lebih aktiviti/ intervensi/ program yang bersesuaian dengan kajian. 

  • Contoh intervensi:

  1. Projek

  2. Teknik baharu

  3. Kaunseling

  4. Motivasi

  • Contoh metodologi pengumpulan data:

  1. Ujian

  2. Rakaman 

  3. Soal selidik

  4. Temubual 

  5. Dokumen


 

  1. Bertindak: melaksanakan intervensi yang diperihalkan dalam metodologi untuk mencapai objektif.


  1. Impak Pelaksanaan/ Keberhasilan 

Pemerhatian selepas tindakan dilaksanakan.


 

  1. Menjelaskan hasil dapatan daripada tindakan/ intervensi yang dilaksanakan. 

  2. Terjemahkan dalam bentuk graf atau carta. 

  3. Menunjukkan intervensi yang dijalankan berjaya atau tidak berjaya menangani isu atau permasalahan kajian.  

 

  1. Refleksi Kajian 

Refleksi sama ada objektif tercapai.

Merancang untuk tindakan seterusnya (jika perlu).



 

4) Kesimpulan 


  1.  Nyatakan keberkesanan intervensi yang telah dilaksanakan. 

  2. Nyatakan kekangan/cabaran yang masih dihadapi. 

  3. Berdasarkan kepada refleksi anda, nyatakan faktor utama yang menyebabkan kejayaan intervensi anda.

  4. Berdasarkan kepada refleksi anda, nyatakan faktor utama yang menyebabkan masalah masih belum selesai melalui intervensi yang telah dilaksanakan.

Cadangkan apa langkah selanjutnya yang anda sendiri perlu dilakukan dan siapakah yang boleh membantu anda menjayakan cadangan tersebut

 

Terima kasih urusetia yg hantar gambar

 



 

NOTA TAMBAHAN: 

GBK hendaklah menyimpan semua dokumen yang berkaitan dengan kajian sebagai lampiran untuk tujuan rekod dan audit. 

 

Selamat hari lahir mak,

Semoga dikurniakan kesihatan terbaik

Rindu....semoga kita bertemu lagi.



 

Telegram Channel