Klik link https://youtu.be/YQitYUJHipw
Assalammualaikum dan
salam sejahtera buat semua yang masih lagi setia dengan rancangan PEER yang
telah memasuki slot 3 hari ini. Terima kasih Hidayah kerana sudi berkongsi
emosi dan luahan perasaan rakan –rakan sebaya untuk kita sama-sama belajar bagaimana
kita dapat meyokong anyata satu sama lain dalam suasana PKP ini.
Iya apabila terlalu lama
berada dalam rumah, anda akan bertemu juga dengan rasa bosan. Itu perasaan yang
normal…... Namun,!!! anda tidak boleh membiarkan diri kamu dikuasai oleh rasa kebosanan tersebut. Membiarkan diri hanyut
dan semakin lama semakin bosan dengan kehidupan diri sendiri hingga tidak mampu
berfungsi untuk mengahadapi aktiviti seharian dengan proaktif dan bertenaga. ANda kena cepat bertindak mencari aktiviti yang cukup untuk mengalihkan kebosanan. Agar
anda dapat menkmati hidup ini.
Mari kita selidik dahulu punca –punca yang menyebabkan anda
merasa bosan terperuk di rumah, sedangkan tempoh untuk kita PdPR ini sehingga
bulan September.
Asyik melakukan hal yang sama: Bangun,kemas rumah, sarapan,
masuk kelas PdPR, makan, tidur, makan, tengok tv/layari permainan (ulang semula
rutin ni dari hari 1,2, dan seminggu jadi dua minggu jadi tiga minggu) dan
pengulangan pengulangan ini akan menyebabkan anda seperti mengikut kitaran masa
seperti sudah diset secara automatic dalam minda dan tingkah laku anda. Ini
menyebabkan….anda sendiri
Tidak tahu apa yang sedang dilakukan. Kenapa mesti buat, mengapa
mesti dibuat, bagaimana nak hentikan kitaran ini sebab memang macam ini hidup
aku selama ini. Dan aku dah selesa macam ini dari dulu hingga kini tetapi
kenapa sekarang pula aku rasa bosan dan serba tidak kena!
Apatah Melalkukan aktiviti yang anda tidak suka.
Anda suka belajar di sekolah , luas pemandangan luas perhatian.
Bila belajar kat rumah, ibu bapa boleh tengok secara trus prestasi kita bila
terkial –kial jawab soalan cikgu, bila cikgu seru nama kita petik nama tetiba
kita terus merah padam tak reti jawab dan ibu bapa atau adik beradik yg lain
dah Kikiki ketawakan kita.
Anda juga tidak
melibatkan aktiviti yang boleh menyegarkan minda anda dan emosi anda. Iaitu
aktiviti yang dapat memberikan motivasi dan semangat anda melalui hari anda
dengan gembira , bersyukur. Emosi yang menyegarkan yang memberi warna pada
kehiduvan anda hari ini. Bila anda bosan, Andalah yang bertanggungjawab belajar
menjadi kreatif…memikirkan aktiviti yang dapat memberikan cabaran kepada minda
untuk terus aktif kreatif menjana idea dan keluar dari kelesaan anda dan buat
cabaran diri sendiri aktiviti yang baru, Memberikan pemandangan, vengalaman
yang baru memecahkan aktiviti harian rutin anda atau kerap selitkan pengalaman
baru dalam aktiviti seharian anda.
Oleh itu mari amalkan aktiviti yang dapat membantu menangani kebosanan anda
1) Lakukan hobi atau cipta hobi baru
Tak perlu mahal, seperti membela ikan, menjahit
baju, melukis, memasak kek , tanam kaktus ke . Luangkan masa antara 15 minit pun
sudah memeberikan anda senyuman yang membahagiakan dengan ‘me’ time anda.
Jangan lupa scroll jenis jenis bersenam yg diiringi muzik yg anda suka …sambil
buat regang regang badan maka hormone
Endorphins
dirembeskan
Jika masih bosan ? Maka, lakukan
pekerjaan tersebut dengan ikhlas dan sepenuh
hati."
2) Ubah susasa bilik atau rumah anda
"Jangan buang
waktu dengan mengeluh atau bosan. buktikan dengan
tindakan!"
Tidak perlu belanjakan duit membeli perabot baru,
hanya tukar kedudukan meja dan kerusi, tukar alas katil dengan kerap, tukar
susunan buku buku anda, susun pakaian dalam almari cantic cantic, tukar setiap
minggu pun takpe.
Bila kita berjaya buat sesuatu perkara, kecil mahupun besar di
rumah, kita rasa gembira, kita berjaya laksanakan. Ini adalah kerana hormon dopamine dirembeskan. Hormon keseronokan…
3) Melihat suasana baru
Luangkan masa, pandang keluar tingkap perhati 3 benda,
mendengar bunyi dari 3 benda . Nikmati pandangan itu, rasakan angina yang menyapa.
Buat selama 5 hingga 10 minit sahaja
sama ada di awal pagi atau lewat petang.
Gunakan pandangan luar yang berbeza sama ada dari dapur, dari balkoni, dari
bilik .
4) Komunikasi
Berbual dengan seseorang
atau menyapa orang tersebut untuk mendapatkan mood teruja kerana lama tak
berbual, menzahirkan kerinduan untuk berkongsi emosi dengan orang orang yang
rapat yang lama tidak berjumpa, bergurau senda dengan geng sekolah untuk
memberikan anda ketawa
. Ketawa pun akan
keluar hormone endorphine .
30 min diperlukan
sehari untuk hormon ini. Maka kalau tak suka /malas bersenam, ketawalah 30 minit
ya, baca komik yang menarik dan kelakar.
Gunakan
masa dengan banyak berkomunikasi dengan ahli dirumah, membantu adik beradik dengan kerja sekolah
Hormon Serotonin
hormone gembira akan dirembeskan bila kita
membantu orang lain, kerana kita gunakan masa kita untuk bantu orang lain maka
kita pun rasa bahagia.
4 panduan ini cuba amalkan
untuk mendapatkan kembali keseronokan dan keterujaan anda untuk menjalani hari-hari, merasa segar, dan mendapatkan
kembali kreativiti anda.
Ingat ye
"Kebosanan adalah racun
paling mematikan." - William F. Buckley
Iaitu Mematikan
minat untuk menjadikan kehidupan seharian anda menyeronokkan dan membahgaiakna.