13 June 2021

Peranan Ibu Bapa Bantu Guru Membantu Anak Sepanjang PdPR

 Wah Ahad yang cerah!! matahari bersinar!!

Esok bermula PdPR 3.0 maka poster poster peringatan untuk anak -anak kembali ke sekolah saya upkan di group whatsapp semua kelas dan telegram kelas masing - masing. 

Salam dari Unit Bimbingan Dan Kaunseling 😍

Buat ibu bapa..ANDA ibu bapa yg hebat. Ingin buat yg terbaik untuk anak anak anda. Mohon kita bersama berganding bahu membantu sekolah membantu anak - anak dalam pelajaran dan dalam masa yang mengekalkan persekitaran dan kesejahteraan emosi keluarga. Menyahut seruan Menteri Pendidikan agar sekolah membina jaringan dengan ibu bapa , kerap berkomunikasi dan marilah kita memainkan peranan yang aktif dalam mengambil tahu perkembangan anak -anak di rumah anda.

4 panduan untuk ibu bapa membantu guru agar anak-anak berada dalam 'kelas' secara online atau offline. Diharapkan panduan ini membantu ibu bapa untuk mengambil tindakan yang seterusnya. 


Andaikata berkongsi gajet, sewaktu giliran anak yang seterusnya gunakan masa dengan optimum untuk melayari hal-hal yang berkaitan dengan tugasan sekolah anak -anak. Ketepikan dahulu keinginan untuk bermedia sosial, pantau anak -anak mengggunakan gajet yang berkongsi itu untuk melihat tugasan dan rakaman yang dibuat guru. Begitu juga dengan anak-anak, masa yang diperuntukkan untuk bahagian masing -masing gunakan dengan sebaiknya. Jika ibu bapa mempunyai laptop, sila install whatsapp atau telegram dan masuk kelas anak. Agar dapat menggunakan laptop tersebut untuk membantu anak melihat tugasan dan kerja sekolah yang perlu. Jika semua dah sudah membuat dan mengikuti pelajaran pada hari tersebut walau tertangguh 'kehadirannya' barulah berikan ganjaran. 

Andaikata anak -anak semuanya mempunyai gajet sendiri, sekali sekala masuklah dalam group whatsapp atau telegram subjek anak dalam masa seminggu untuk melihat adakah nama anak pernah diseru seru cikgu kerana tidak siap kerja, tidak hadir kelas online atau hantar tugasan offline. Maklumlah anak -anak asyik dengan gajet dengan senyap senyap, kita kurang pasti adakah belajar secara offline juga atau melayari media sosial lain ketika waktu pdPR dijalankan. Jika anak bising bising iya, itu kelas online dijalankan ada suara guru kedengaran. Tetapi jika dah dua hari senyap sunyi maka checkla apa yang berlaku, anak yang tak masuk kelaskah atau memang semua guru subjek buat offline. Offline ini bermaksud tugasan yang diberi dalam whatsapp, telegram, melayari youtube rakaman atau video rakaman. Adakalanya Google Classroom digunakan. 

Andaikata semua kemudahan telah diberikan, namun anak anda yang memilih untuk tidak mahu masuk ke kelas, maka berhubunglah dengan guru kaunseling sekolah anak masing -masing untuk mengetahui apakah yang berlaku dengan emosi anak -anak masing masing jika mereka dalam keadaan berikut

1) menyendiri dalam bilik dan kurang bercakap dengan ahli keluarga yang lain. ada masalah emosi yang perlu dibincangkan bersama guru kaunseling


2) rutin tidur yang tidak betul. malam berjaga dan siang tertidur melayari gajet. Atau sudah ketagihan gajet permainan dalam talian. Tindakan dari pihak ibu bapa untuk menyantuni anak -anak. Ganjaran vs ganjaran. Masuk kelas dan belajar dan anak dapat bermain permainan dalam taliannya pada waktu yang diinginkannya. Jika dia tidak mahu belajar dan ibu bapa masih lagi memberi ganjaran untuk anak -anak meinikmati permainan dalam talian dengan membekalkan internet dan membiarkan gajet dimainkan maka itu namanya ganjaran untuk anak sahaja yang boleh menjurus kepada tabiat yang lebih menyukarkan ibu bapa untuk menangani disiplin anak.

Dalam kes persekolahan bersemuka, ada sahaja anak -anak yang ponteng sekolah kerana tidak dapat hadir pada waktu pagi kerana berjaga sepanjang malam di rumah dan menyukarkan ibu bapa untuk membangunkannya. Maka konsep yang sama PdPR ini ponteng dalam talian kerana tidak mampu berjaga sepanjang hari persekolahan PdPR. 




Buat anak - anak:

Esok kembali ke PdPR 🥰. Jumpa cikgu dan kawan - kawan secara online dan offline . Belajar dalam talian dari 14 Jun - 16 Julai 2021. 

Ikuti panduan di atas ye sebelum hari PdPR dan semasa hari PdPR. 😊. Semoga anda menjadi murid yg SENTIASA BERSEDIA untuk menuntut ilmu walau dalam apa cara sekali pun. ✅


Lockdown bersambung lagi...

 

Telegram Channel