1 June 2021

EDUCOGATOR: Informasi Mengenai Senarai Pembina Kandungan Pendidikan

Asalnya laman web yg saya join ini adalah pasukan yg ahlinya suka dgn aktiviti blogging, saya join thn 2019 dan berkenalan dgn penulis penulis blog yg mmg terkenal lalu lalang sentiasa pada wall fb saya. cikgu raihan, cikgu helmi, cikguayu, satu lagi hijau apa ye lupa dah sbb pembina blog tu dah tutup akaun tu . 

Sekarang ni group myedu blogger tu dah dijenamakan dgn educogator. boleh baca penerangan di bawah ini oleh pengendalinya iaitu Cikgu Razif, Cikgu IK dan Cikgu Azhar. maknanya diluaskn kpd ahli youtuber, instagram yg berorientasikan kandungan pendidikan. Nanti dapat sijil keahlian penyertaan.
Dalam satu hub kita boleh tengok content guru guru yg ada blog, list yg ada youtube, list pendidikan dlm instagram ke. Memudahkan dari tercari cari kat google guna keyword. Yg penting bagi pembina bahan, link anda masih selamat sbb klik masih lagi ke link anda. Usaha pengendali laman ini yg harus dipuji. 
Ni fakta mengenai EDUCOGATOR yang disediakan oleh pengendalinya

FAQ MENGENAI EDUCOGATOR

1. Apa itu EDUCOGATOR?

EDUCOGATOR merupakan projek komuniti untuk mengumpul kandungan-kandungan pendidikan sama ada dari sumber blog, video Youtube, podcast, posting di sosial media dan sebagainya. Kandungan ini dipaparkan secara automatik menerusi kaedah ‘web agregator’ ke laman

Projek EDUCOGATOR sebenarnya telah bermula pada 2017, dengan nama asal MyEduBlog.info. Menyedari kandungan yang semakin pelbagai dari pelbagai platform, kami menjenamakan semula platform ini sebagai EDUCOGATOR. 

Web hub terbaru EDUCOGATOR masih lagi dalam pembangunan dan bakal dilancarkan secara rasmi pada 6 Jun ini. Segala perubahan sedang berlaku dalam EDUCOGATOR dari segi struktur web dan antaramuka. 

2. Adakah EDUCOGATOR menyalin semua kandungan anda?

EDUCOGATOR tidak menyalin atau mengambil semua kandungan ada. Kami hanya memaparkan ‘feed’ seperti tajuk, imej dan sedikit penerangan dari muatan kandungan terkini anda. Jika pengguna berminat dengan kandungan anda di EDUCOGATOR, setiap kali mereka klik pada pautan tersebut, kandungan dari platform asal dipaparkan dalam tab baharu. Anda boleh cuba sendiri di https://educogator.my 

Kaedah ini sebenarnya terbukti untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke platform anda. 

3. Adakah carian Google Search dapat menemui kandungan di EDUCOGATOR?

Tidak. Kami telah mematikan fungsi carian Google di EDUCOGATOR. Segala carian di Google Search akan menemui kandungan asal kandungan, iaitu platform anda, bukan kandungan yang telah di’feed’ ke EDUCOGATOR.

4. Apakah kelebihan menyertai EDUCOGATOR?

EDUCOGATOR akan dipromosikan dengan lebih agresif sebagai platform terbesar rujukan kandungan pendidikan di Malaysia dengan dana geran. 

Kami juga telah mengadakan dua acara ‘meetup’ pada 2018 dan 2019 menghimpunkan pencipta-pencipta kandungan pendidikan seluruh Malaysia. Meetup (perjumpaan bersemuka) akan terus dianjurkan selepas pandemik sebagai acara yang unik dengan konsep yang berbeza setiap kali penganjuran. 

Dengan menyertai EDUCOGATOR, selain kandungan anda akan disenaraikan di hub EDUCOGATOR, anda akan menerima jemputan untuk pelbagai program kami  seperti bengkel kemahiran serta menerima satu Cert of Appreciation menerusi email secara automatik.   

5. Bagaimana untuk menyertai EDUCOGATOR? 

Anda perlu mengisi borang ini:: http://gg.gg/EducogatorContributor Setelah menyemak borang anda, kami akan senaraikan profail anda di https://educogator.my/our-contributor Dalam masa 24 jam, sila semak peti email/peti spam untuk mendapatkan sijil penghargaan anda. 



Hai Jun 2021
Lockdown bermula ..

1 comments

Sangat informatif. :D

 

Telegram Channel