10 July 2021

Anniversary Ke 21 : Guru Bimbingan Kaunseling

Mendung nak hujan ..
Seharian online dari pkl 8.45 pagi hingga 12 tgh hari...selaku penceramah. Petang ni masuk zoom pula jadi peserta bengkel menulis cerpen...ahaks. Ni 'me' time...minat saya melayan penulisan. 

Kenapa familiar date ni mcm ada sesuatu peristiwa yg signifikan dalam hidup .haaaa..hari ni anniversary ke 21 saya dgn KPM. Dah 21 tahun jadi guru. 

Yeah saya guru bimbingan dan kaunseling kerja hakiki saya di sekolah. Part time pegawai kebajikan ahaks..tapi sejak pkp 1.0 tahun lepas rasanya tugas part time sbg pegawai kebajikan lebih menonjol. Intervensi kebajikan murid lebih difokuskan. Set up Gerobok Rezeki di sekolah tahun lepas agih kan makanan barang dapur kering kpd keluarga, set masa untuk murid ambil makanan percuma di gerobok di wakaf bawah bilik kaunseling sejak tahun lepas , Tahun Baru Cina set agihan duit dan brg mkn kepada murid Cina, Ramadhan agihkan duit kepada murid murid B40 yg terpilih RM 50 untuk seorang, Set Up Makanan Percuma Untuk Murid Murid Sepanjang SPM sesi breakfast dan lunch, dan terkini Set Up Gerobok Peranti untuk sekolah. Cari modal top up untuk budak budak. Kadang kadang termenung gak bila susut bekalan.🥺 

Terima kasih partner partner Unit Bimbingan Dan Kaunseling saya iaitu Rozinani dan Azlina, ikut je idea saya. Ikut je bagaimana perlaksaan yang ingin saya jalankan. Sanggup bersama - sama jadi pegawai kebajikan di sekolah. Tukang agih tukang scan murid miskin, tukang angkat barang barang, maklumlah sejak  saya operation tahun lepas Dr tidak benarkan saya mengangkat barang barang berat. Maka ada je kotak kotak besar partner saya akan sibuk mengangkutnya dan tidak membenarkan untuk saya mengangkat juga. 🥰. Terasa dihargai ...😊

Fokus utama di era pandemik ini benar benar intervensi guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan. Menjaga psikososial merupakan keutamaan dan bila dah dengar masalah ia berkaitan juga dgn kebajikan murid . 

Mendapat sokongan dari guru guru merupakan satu bonus. Support apa yg ingin dilakukan. Kerja kerja kebajikan ni sekarang bukanlah sesuatu yg kita kena diamkan. Jika diam, tak nak org tau kita buat kebajikan..hasilnya tak byk outreach yg kita dapat. Tapi bila tersebar, org tau bagaimana nak cari kita...apa bantuan yg boleh kita hulurkan. Win win jika ada pula guru guru dan ibu bapa yg ingin bersama sama kita untuk membantu maka lebih ramai outreach lebih ramai memperolehi manfaat dari intervensi Unit Bimbingan Dan Kaunseling. 
Semoga saya terus istiqomah...perkhidmatan tahun ke 21 pegawai kebajikan mendominasi perkhidmatan membantu saya sama ada kepada murid, ibu bapa, guru dan komuniti.  :) 

Mee bandung gearbox ...yummy :)
My vitamin for hectic day :)
Ni bukan gambar hari ni ye..ni gambar waktu kami agihkan duit bantuan am persekolahan kepada murid murid. 😊
 

Telegram Channel