12 September 2021

Penerbitan Buku PERKAMA 2021


Dilantik selaku editor untuk buku buku penerbitan PERKAMA. 
Team saya diketuai oleh Dr Mazli Sham selaku ketua editor untuk team penulis dari sekolah, IPG dan matrikulasi. 
Team Dr Rafidah mengetuai penulis dari pensyarah universiti.. 

Hari ini team kami buat taklimat terlebih dahulu didahului dgn 
Aturcara
9.00 pagi: Pendaftaran
9.05 pagi : Ucapan Aluan Moderator
                 : Bacaan Doa
9.10 pagi: Ucapan Perasmian Prof Dr Mansor B Abu Talib
Timbalan Presiden PERKAMA

9.30 pagi: Sesi Taaruf
10.00 pagi: Slot 1 : Pengenalan Buku oleh Dr Tan
10.20 pagi: Slot 2 : Pengalaman Dan Disiplin Dalam Penulisan oleh Tn Haji Saiful

10.50 pagi : Slot 3
Penulisan Buku oleh Dr Mazli
11.15 pagi : Sesi Soal Jawab
11.30 pagi: Bersurai

Part saya tukang buat poster..poster jemputan penulis, poster bengkel dijalankan. 
Hari ni jadi moderator. Namun cabaranya bila laptop takleh bukak sound so peserta takleh dgr suara saya. Maka kenalah pakai handphone untuk suara..muka maintain pendang laptop. Haha sbb saya host google meet dan hanya di laptop saya set up admit auto lagi mudah bukak.
Kami buka untuk 30 org lebih kurang dan mmg bukan buka penyertaan untuk beratus. 
Buku ini akan dilancar pada oktober dan masing masing buat 5 muka surat sbg satu penulisan yg bukan berbentuk ilmiah seperti kajian tindakan atau jurnal...bukan! 
Supaya pembaca dapat membaca cerita dgn santai dan dalam masa yg sama unsur intervensi yg digunakan dan cabarannya dapat dikongsikn. 
Terima kasih Prof
Slaid Tn Hj Saiful memotivasikan untuk terus menulis
Graf motivasi kita untuk menulis
Tema penulisan


Antara ahli ahli panel penulis dalam projek penulis bab dalam buku. Semoga semuanya berjaya menghabiskan tugasan yg diberi. 


Rushing to Perak..
Emergency call

 

Telegram Channel