25 October 2021

Kertas Kerja Jom Raikan Murid Kembali Ke Sekolah

 

Saya share kertas kerja tapi bajet saya hide. pandai pandaila ye ejas utk sek sendiri. Sumber boleh dari PCG Kaunseling, PIBG, PCG lain atau sumbangan. 
Minggu lepas mkn nasi ayam dan hari ni mkn nasi ayam masak merah. Khas utk hari pertama sahaja kembli ke sek iaitu minggu lepas form 5 team A dam hari ni form 5 team B. 
Then Isnin depan utk form 3 dsn form 4 team A, 8 0ktiber team B dan form 1 dan form 2 team A. Penutup  15 nov team B bagi ting 1 dan 2. 

Barisan pentadbir, guru dan PIBG mengalukan kehadiran. Hari ni ada penaja yg bagi epal untuk diagihkan kpd murid yg hadir..murah rezeki anak anak ni.

 

Hiho sek depan kondo..selfie jap 
Orait sila baca kertas kerja

KERTAS KERJA

JOM KE SEKOLAH DALAM TEMPOH ENDEMIK

PKP

FASA 3 DAN FASA 4

 

 

Pengenalan

Program Jom Kembali Ke Sekolah merupakan projek yang melibatkan intervensi unit bimbingan dan kaunseling sebagai meraikan kehadiran murid -murid selepas lama bercuti kerana wabak COVID-19. Sekolah perlu mematuhi Prosedur Oerasi Yang Standard yang telah dikeluarkan oleh KPM untuk pembukaan semula sekolah dengan menitikberatkan aspek keselamatan murid. Elakkan konsep 3S dan amalkan 3W sebagai kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian bagi mengawal penularan COVID-19..Konsep 3S sentiasa diingatkan kepada murid-murid iaitu elakkan sesak, sempit dan sembang dekat. Poster – poster psikososial Minda Sihat juga dipamerkan di laluan utama keluar masuk ke sekolah dan di dalam setiap kelas untuk memastikan murid sentiasa peka dengan kesejahteraan emosi diri sendiri dan rakan -rakan lain. Amalan Guru Penyayang diterapkan meraikan murid dan Unit Bimbingan Kaunseling juga aktif mempromosi kesediaan murid kembali ke sekolah sebagai unit yang menjaga psikososial dan kesejahteraan minda murid.  juga Aktiviti psikososial juga  berguna untuk membantu murid mengenal pasti simptom yang ada pada diri sendiri atau kawan-kawan yang mengalami masalah mental dan emosi yang terjejas sepanjang perintah kawalan pergerakan diadakan. Seterusnya membantu mereka menangani kesihatan mental dan mengekalkan kesejahteraan minda dan emosi.

 

 


2.0     Matlamat

           

   Warga sekolah dapat dibimbing untuk mengamalkan kesejahteraan emosi dan mental dan dapat hadir ke sekolah

           

.

3.0     Tarikh/ Masa/ Tempat  :

 

18 Oktober 2021 / 29 Oktober 2021/ 1 Nov 2021/ 8 Nov 2021/ 15 Nov 2021

                                                                                                                    

                                            

4.0       Sasaran

 

            Semua warga SMK Cheras

 

           

5.0       Objektif

 

1)   Mengalu -alukan kehadiran murid ke sekolah dengan pengedaran mekanan percuma sewaktu rehat untuk meraikan murid yang hadir ke sekolah

2)    Warga sekolah sentiasa peka dengan 3S iaitu elakkan keadaan yang sesak, sempit dan  sembang dekat melalui penyebaran poster.

3)    Mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).

 

6.0       KPI

 

Output

Menceriakan hari pertama murid ke sekolah setelah sekian lama belajar dalam talian

Outcome

Murid rasa seronok, dihargai kehadiran ke sekolah pada hari pertama dan bermotivasi ke sekolah setelah mendengar kata -kata guru yang meraikan mereka ke sekolah pada hari pertama persekolahan

 

 7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN

  

         

 

8.0     AHLI JAWATANKUASA

 

 

JAWATANKUASA

MEMUGAR EMOSI MURID

KEMBALI KE SEKOLAH

 

Pengerusi                                 : En. Jamil bin Jamaludin (Pengetua)

Timbalan Pengerusi                 : Pn. Marhaniza Binti Mahmud (PK HEM)

Naib Pengerusi                       : Cik Lee Swee Ching (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi                       : Pn. Salehah binti Ali (PK Kokurikulum)

Setiausaha                               : Pn. Nurhaiza binti Che Mat (Guru Cemerlang

                                                   Kaunseling)

 

Jawatankuasa Kerja  

 

AJK Sebaran Psikososial  :

Poster

Pn Rozinani Binti Awang

En Abdull Aziz Bin Arbi

En Abdul Razak Bin Tain

 

Menyediakan poster dan menampal poster psikososial dan Minda Sihat di Laluan Minda Sihat dan setiap kelas

AJK Sebaran Psikososial  :

 

 

Taklimat Murid Semua Tingkatan

 

Pn Nurhaiza binti Che Mat

 

 Pn Nurazlina Binti Che Omar

Menguruskan taklimat pengurusan dan persiapan psikososial murid sebelum kembali ke sekolah melalui google meet

 

Hari Pertama Persekolahan Aktiviti Memugar Emosi Murid

Pn Rozinani Binti Awang

 

Puan Nor Afzani

Makanan Untuk Murid -Murid Moral Sewaktu Rehat disediakan

 


9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

           

9.1       URUS SETIA

           

            

            Unit Bimbingan Dan Kaunseling

 

 

9.2     TENTATIF

 

       

TAJUK : MEMUGAR PSIKOSOSIAL KEMBALI KE SEKOLAH

 

OBJEKTIF: 1) Murid dirakan kehadiran kembali ke sekolah kesihatan mental dan fizikal dalam tempoh endemik

Aktiviti Sewaktu Rehat

Ting 1, 2 dan 3

Ting 4 dan 5

9.00 pagi – 9.30 pagi

10.00 pagi -10.30 pagi

 

 

 

10.0     PENGURUSAN RISIKO

 

Risiko

Punca

Penyelesaian

 

Tanggungjawab

Murid tidak hadir ke sekolah

Murid tidak sihat atau tidak bersedia ke sekolah

Makanan yang ditempah di kantin akan diberikan kepada murid yang hadir

UBK

 

 

 

11.0     PENUTUP

 

            Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program

yang diharapkan dan seterusnya membantu kesejahteraan mental dan emosi warga sekolah.

 

 


 


 

 

 

 

Telegram Channel