21 October 2021

Laluan SME - Subject Matter Expert Untuk Guru Kaunseling

Diberikan penerangan oleh Timbalan Pengarah BPSH, KPM iaitu Puan Mazwin mengenai konsep Subject Matter Expert- SME. 

Guru  kaunseling juga boleh memohon. Intipatinya
Moving up without moving out. 
Menarik ni boleh kekal sebagai guru juga tetapi tetap berada di setting kita bekerja. Jika GUru Cemerlang masih berada di sekolah dan diiktiraf KPM namun SME lebih tinggi dengan nama kepakaran di bawah surat Jabatan Perdana Menteri..
Boleh dipanggil untuk membantu dalam urusan negara yg memerlukan kepakaran kita. 

Persediaan mcm guru cemerlang kriteria asas yg diperlukan dgn pelbagai penulisan..Namun oleh kerana SME ini lebih tinggi sifat dari Guru Cemerlang, maka lebih tinggi dan lebih tebal eviden yg menunjukkan penulisan dan rujukan kpd kita sbg SME. 

saved slaid disini untuk rujukan bila perlu. 

Habis sahaja penerangan AjK MGKK buat suprise kek dan bersama sama meraikan birthday saya .  Comei je kek tulis Haiza GC untuk Guru Cemerlang BK tu bimbingan kaunseling gred 52..hahaha. Terima kasih semua. 
 

Telegram Channel