31 December 2021

Regulasi Emosi Sepanjang Tahun 2021

Penutup tahun 2021, marilah throwback apa yg signifikan utk diingati. Ambil gambar berlatarbelakangkan almari yang dah penuh dengan trofi dan pingat huhu

 Perkara paling menceriakan hari saya :)

Tentulah kemenangan demi kemenangan yg saya kecapi sepanjang 2021.


Antara kejayaan yang dicapai murid under UBK peringkat negeri
1) Naib Johan pertandingan Kempen Cegah Siber Buli
2) Ketiga pertandingan Kempen Cegah Siber Buli
3) Johan pertandingan Inovasi Minda Sihat Sekolah Menengah peringkat KL
4) IKON PRS
5) IKON   PPDA
6) penarafan empat bintang kerjaya efektif Simposium HEM KL
7) penarafan lima bintang pengurusan kaunseling cemerlang Simposium HEM KL



Kebangsaan (selaku guru pembimbing)
1) Tempat ke 4 Inovasi Minda Sihat Kategori Sekolah Menengah Dalam Simposium HEM Kebangsaan
2) Anugerah pingat emas peringkat kebangsaan inovasi digital kerjaya anjuran Institut perguruan Miri, Sarawak
3) Tempat keenam video kreatif Keselamatan Jalan Raya 
4) Tempat ke 3 pertandingan tik tok booster challange peringkat kebangsaan
5) IKON PPDA

Kebangsaan untuk UBK
pengurusan kaunseling cemerlang peringkat kebangsaan



Perkara yg membuatkan saya teruja kerana impian menjadi kenyataan

Mendaftarkan diri untuk program ilmiah dan dah kena jadi ulat buku buku ilmiah ....tulis jurnal buat penulisan ilmiah..hahhaa rasanya lepas ni makin slow la update blog kurang masa.


Perkara yg membuatkan saya gundah gulana
Mesej dari boss besar negeri ..buat tawar menawar dan permintaan...next siapkan mental dan emosi untuk pengakhiran yang baik baik . terima kasih atas peluang 


Perkara yg membuatkan saya tersenyum  krn berjaya capai lagi :)
Anugerah peringkat kebangsaan untuk UBK kali ni dengan pengurusan kaunseling cemerlang dan IKON ppDA murid sekali lagi milik SMK Cheras


Perkara yg membuatkan saya kecewa
Saya tersilap ayat masa muncul kat Didik TV sebagai panel....hmmm berminggu juga nak move on.



Perkara yg membuatkan saya sentap dan marah:
Alhamdulillah yang baik baik sahaja tahun ini


Perkara yg membuatkan saya teruja dengan pengalaman baru:

Dilantik selaku Bendahari Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan maka banyak aktiviti yang dilakukan oleh MGKK dan mendapat pengalaman bagaimana tindak balas dari MGKK apabila ia melibatkan isu isu GBK di Malaysia. Aktiviti aktiviti luar tabir media sosial ini , memang tak nampak sebab itulah MGKK ini berfungsi memperjuangkan kebajikan ahli ahli yang ramai.



Perkara yg membuatkan saya TAK TERKATA.
Tak terkata juga nak tulis kat entri ni.....simpan sorang dalam hati hahaha




Selamat datang 2022
TOMEI with love 💕
 

Telegram Channel